MP BN: Janji syurga rasuah politik 'tertinggi' - Nasional - Sinar Harian

MP BN: Janji syurga rasuah politik 'tertinggi' - Nasional - Sinar Harian

MP BN: Janji syurga rasuah politik 'tertinggi'
fairuz jumain
29 Mac 2012
Abdul Rahman Dahlan
SHAH ALAM - Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mendakwa, rasuah politik yang paling tertinggi, yang patut dikutuk adalah parti politik yang menjanjikan syurga jika pengundi memberi sokongan kepada mereka dalam pilihan raya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkata, "menjanjikan syurga kepada penyokong adalah rasuah politik di tahap tertinggi."
Malah menurut anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah ini berkata, pihak pembangkang juga terlibat dalam amalan rasuah, dan ia jelas ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dua tahun lalu.

"Ia berlaku, pembangkang hanya menyebut BN, tetapi pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Pakatan Rakyat juga menjanjikan pelbagai perkara," kata beliau ketika menjadi ahli panel Wacana Sinar Harian ke-12