Najib pangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Najib pangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


2012/04/07

TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai Senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes NFCorp yang melibatkan keluarganya. Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di sini, petang ini.
Komen Anda