Kraftangan Kaca - Keris Berayat Asma Ul-Husna


Keris ini memaparkan keindahannya yang mempersonakan mata yang memandangnya dari hulu bilah dan sarungnya. Keris ini bertatahkan berlian dan kuningan keemasan yang memukau mata. 

Biasanya keris seperti ini digunakan oleh pembesar-pembesar negeri pada zaman dahulu.


Keris ini berluk di hujung mata, amat sukar mendapati keris yang berluk seperti ini (3 luk di hujung mata). Keris ini juga mempunyai nama-nama Allah yang dinamakan Asma Ul-Husna. Ayat Asma Ul-Husna di keris ini berkinatah tembaga dengan kualiti yang amat halus keindahannya.


Pendongkoknya juga bertatahkan permata. Sangat cantek menjadi seni warisan budaya bangsa Melayu kita.

Harga: Sila rujuk dengan kami!