SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Al-kisahnya adalah:

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di suatu medan perang, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. 

Sultan Muhammad Al-Fatih memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". 

Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". 

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". 

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh . 

Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya itu.

Wallahu'alam.