Showing posts with label info melaka. Show all posts
Showing posts with label info melaka. Show all posts

rumah tradisional melaka

 inilah sebahagian keindahan rumah tradisional melaka

 gaya warna yang menceriakan lagi keindahan rumah tradisional melaka
 tangga rumah melaka selalunya menjadi tarikan penting keindahanya menarik tetamu untuk naik kerumah

 rumah tradisional melaka mempunyai ciri2 dan nama yang unik yang telah dilupakan generasi masa kini
antaranya serambi atau sengkuap,anjung sengkuap,rumah ibu,rumah anak,pangkin,pelantar,lotengg,para,bendul,papan manis dan banyak lagi namanya yang unik.

 lihat ajer keunikannya pasti kita teruja
 lihat tingkapnya mempunyai ukiran awan larat yang mencorakkan flora dan fauna
 ini pula rumah melayu yang digabungkan dengan ciri melayu,cina,india dan inggeris
magheii ler datang melaka..

sungai melaka

BERITA TERKINI
Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka River Cruise di bawah PPSPM berjaya mendapatkan 2 anugerah iaitu "Special Award For National Contribution" dan "Excellence Innovative Tourist Attractions Man Made Attraction/Natural Culture Heritage Identity" 2010/2011

Melaka River Cruise berjaya mendapat pengunjung ke 1,000,000 pada 25 Disember 2011, jumlah pengunjung bagi tahun 2011.
25 Disember 2011 - Melaka River Cruise sekali lagi mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya merealisasikan impian kerajaan negeri bagi mencatat 1 juta pengunjung bagi setahun. Di malam yang bersejarah tersebut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri meluangkan sedikit masa bagi menyampaikan hadiah berupa televisyen LCD 32 inci kepada pengunjung yang kesejuta.
Lagi Berita....
Program "Jom Naik Bot Melaka River Cruise" dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berjaya mendapat sambutan yang amat baik.

AKTIVITI TERKINI
Orang ramai dijemput bagi memeriahkan Pesta Pantai 2011 yang berlansung dari 9 - 11 Disember 2011



Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah acara memancing yang menawarkan hadiah yang lumayan sehingga RM 5,000. rebutlah peluang dengan menyertai acara memancing sempena Pesta Pantai Melaka 2011.

Lagi Aktiviti.....



Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web rasmi Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan Perbadanan kami, aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.  Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka merupakan salah satu badan penggerak utama dalam menjadikan Sungai dan Pantai Negeri Melaka bersih, cantik dan terindah di Dunia. Menjadikan Sungai Melaka yang teletak di kawasan Bandaraya Warisan Kebudayaan Dunia kawasan utama pelancongan dunia merupakan antara tugasan utama kami. Sungai Melaka kini dikunjungi lebih daripada setengah juta pelancong pada setiap tahun.
Berhubung dengan Negeri Maju 2010, PPSPM dan Sungai Melaka merupakan salah satu perkara penting dalam indikator yang ditetapkan oleh OECD dalam menjadikan Melaka Negeri Maju.
Oleh itu jika anda melawat ke Negeri Melaka jangan lupa melawat ke Sungai Melaka, anda pasti teruja.


 

 

 
Melaka River Cruise adalah salah satu perkhidmatan kami yang menarik. Bot-bot kami boleh membawa anda melihat keindahan Sungai Melaka, menyusuri kawasan Bandaraya Warisan Kebudayaan Dunia. Lebih daripada setengah juta penumpang telah menaiki Melaka River Cruise dalam masa setahun, anda bila lagi...

 

 
 
Bagi peminat-peminat keindahan kawasan pesisir pantai PPSPM menyediakan untuk anda perkhidmatan Melaka River Taxi, ianya adalah sebuah bot unik dan menarik. Melalui perkhidmatan ini kami boleh memberikan anda perkhidmatan "Islanding hoping" iaitu membawa anda dengan "River Taxi" ke beberapa pulau yang menarik dan menyusuri ke beberapa kawasan pesisir pantai di Negeri Melaka.
 

 

Pesta Sungai Melaka merupakan acara kalender tahunan di Negeri Melaka. Ketika lebih kurang sebulan Pesta Sungai Melaka ini berlangsung pelbagai aktiviti-aktiviti menarik diadakan antaranya ialah bot berhias, persembahan-persembahan kebudayaan, pertandingan nyanyian, lumba bot kawalan jauh dan pelbagai lagi acara yang menarik. Jangan ketinggalan untuk bersama meraikan Pesta Sungai Melaka.

portal rasmi kerajaan negeri melaka

logo_portalmelaka23april2012
Tukar Latarbelakang kehijauan Tukar Latarbelakang kemerahan   

Anda di sini :: Laman Utama :: Pelancongan
Pelancongan PDF Print Write e-mail

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.
Slogan Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.