Kenyataan Media Bersama
SHURA dan MAPIM
10hb Jun 2012
SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan
Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di
Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang
sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.
Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah
Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh
untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis
etnik Rakhine.
Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.
Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah
di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.
Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus
dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain
diseluruh wilayah Arakan.
Setakat ini pertempuran antara
pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke
beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke
arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh
sementara ramai yang cedera.
Dari maklumat langsung dari
Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam
Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari
berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah
ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis
dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh
sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka
berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang
tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya
ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang
diperlukan.
Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan ,
polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik
Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan ,
pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk
Rohingya tanpa belas kasihan.
Pihak berkuasa telah
menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun
etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis
untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang
dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi
telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
Rumah
orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk
melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar
rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari
ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk
membeli keperluan makanan seharian.
Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara
dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang
mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.
Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung
tersebut juga dibakar.
Dari maklumat terkini , semua
perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang
rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian
telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw
sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
Kami
mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982
telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam
Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada
tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di
Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di
Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar
di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa
Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib umat Islam
Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk
dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak
1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam
Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .
Antara
penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan ,
pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid ,
ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan
dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera ,
penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan
keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk
Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau
parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka
juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan
dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan
untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat
dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN
perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan
anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.
Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya
mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi
kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami
menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami
akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera
Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA