Ibu pejabat Facebook di Palo Alto, CA
Facebook ialah sebuah tapak web
rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.
[3]
Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat
e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih
menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.
[4][5]
Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta
mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan.
Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan
oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada
timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak
pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun
akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.
Facebook diasaskan oleh
Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer
Eduardo Saverin,
Dustin Moskovitz dan
Chris Hughes.
[6]
Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard,
tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di
kawasan Boston,
Liga Ivy, dan
Universiti Stanford.
Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana
pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya,
sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai
oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
[7][8]
Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran
Akademi Phillips Exeter,
sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang
menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan
fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".
Facebook juga berdepan dengan
kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria,
[9] China,
[10] Vietnam,
[11] dan Iran.
[12]
Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan
para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.
[13]
Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka
beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai
kod sumber dan harta intelek.
[14] Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.
[15]
Sejarah
Facemash
Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di
Universiti Harvard. Pada malam itu, Zuckerberg memblogkan cubaan melupakan bekas teman wanita yang baru meninggalkannya:
[16][17][18]
I'm a little intoxicated, not gonna lie. So what if it's not even 10
p.m. and it's a Tuesday night? What? The Kirkland [dorm] facebook is
open on my desktop and some of these people have pretty horrendous
facebook pics. I almost want to put some of these faces next to pictures
of farm animals and have people vote on which is more attractive.
(Aku rasa mabuk sedikit, tak nak bohong. Buat apa kalau belum pukul 10
pada malam Selasa? Apa? Facebook asrama Kirkland dibuka dalam desktop
aku, ada mereka yang buruk sangat gambar facebooknya. Aku rasa nak
letakkan beberapa muka-muka mereka dekat dengan gambar haiwan ladang dan
jemput orang ramai untuk mengundi gambar mana paling menarik.)
—9:48 malam
Yea, it's on. I'm not exactly sure how the farm animals are going to
fit into this whole thing (you can't really ever be sure with farm
animals...), but I like the idea of comparing two people together.
(Ya, dah naik. Entahlah bagaimana untuk memasukkan haiwan-haiwan ladang
ini ke dalam semua ini, tapi baguslah idea membanding-bandingkan dua
orang.)
—11:09 malam
Let the hacking begin.
(Penggodaman bermula.)
—12:58 tengah malam
Menurut akhbar
The Harvard Crimson, Facemash "menggunakan gambar-gambar foto yang dihimpunkan dari
facebook
atas talian dari sembilan Rumah, meletakkan dua gambar bersebelahan
sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang 'lebih
hangat'". Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan
terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar
ID asrama yang sulit dari setiap rumah.
Ketika itu, Harvard tiada buku panduan pelajar yang diisi gambar dan
maklumat asas, dan Facemash berjaya menjana 450 pelawat dan 22,000
tontonan foto sepanjang empat jam terawalnya dalam talian.
[19]
Ciri-ciri Facemash yang mencerminkan komuniti fizikal orang ramai,
dengan identiti sebenar sekali, merupakan aspek-aspek terpenting untuk
Facebook.
[20]
Tapak web berkenaan dikirimkan ke beberapa pelayan senarai kumpulan
kampus, tetapi beberapa hari kemudian, ia ditutup oleh pihak pentadbiran
Harvard. Zuckerberg didakwa mencabuli keselamatan, hak cipta, dan
privasi individu oleh pihak pentadbiran, sehingga menghadapi hukuman
buang sekolah, tetapi akhirnya tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan.
[21]
Kemudian, Zuckerberg memperluaskan projek asal ini dengan mencipta
alat pembelajaran sosial sebagai persediaan peperiksaan akhir sejarah
kesenian dengan memuat naik 500 imej
zaman Augustus ke dalam sebuah tapak web, dengan satu gambar sehalaman diiringi seksyen komen.
[20] Beliau membuka tapak tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya, dan mereka semua mula berkongsi catatan.
Thefacebook
Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah
laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan
oleh editorial dalam senaskhah
The Harvard Crimson mengenai
peristiwa Facemash. "Jelas sekali bahawa teknologi yang diperlukan untuk
mencipta tapak web yang terpusat sudah tersedia," kata-kata yang
tertera dalam akhbar tersebut. "Banyak sekali faedahnya."
[16] On February 4, 2004, Zuckerberg launched "Thefacebook", originally located at thefacebook.com.
[22] "Semua orang hangat memperkatakan
face book
kegunaan sejagat dalam Harvard," Zuckerberg memaklumkan The Harvard
Crimson. "Saya rasa adalah tidak masuk akal bagi pihak Universiti untuk
memakan masa dua tahun untuk membiasakan diri. Saya boleh melakukannya
dengan lebih baik daripada mereka, dan saya mampu melakukannya dalam
seminggu."
[23]
Enam hari selepas laman itu dilancarkan, tiga pelajar senior Harvard, iaitu
Cameron Winklevoss,
Tyler Winklevoss, dan
Divya Narendra,
menuduh Zuckerberg sengaja memperdaya mereka dengan kepercayaan bahawa
beliau akan membantu mereka membina rangkaian sosial bernama
HarvardConnection.com, padahal beliau sebenarnya menggunakan gagasan
mereka bertiga untuk menghasilkan produk pesaing.
[24]
Mereka bertiga mengadu kepada
Harvard Crimson agar melakukan
siasatan. Zuckerberg menggunakan tapak webnya, TheFacebook.com, untuk
mencari ahli-ahli tapak web yang memperkenalkan diri sebagai ahli-ahli
Crimson, kemudian menyemak daftar kegagalan log masuk untuk melihat sama
ada adanya ahli-ahli Crimson yang pernah memasukkan kata laluan yang
salah ke dalam TheFacebook.com. Bagi yang melakukan cubaan log masuk
yang gagal, Zuckerberg cuba menggunakan kata laluan berkenaan untuk
mencapai akaun emel Harvard ahli-ahli Crimson itu, lalu berjaya menuduh
dua daripada mereka.
[24]
Kemudian, adik-beradik Winklevoss dan Narendra memfailkan tuntutan
mahkamah terhadap Zuckerberg, tetapi kemudian menyelesaikannya secara
damai.
[25]
Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar
Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini.
[26] Kemudian, Zuckerberg disertai oleh
Eduardo Saverin (aspek perniagaan),
Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan
Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini. Pada Mac 2004, Facebook diperluaskan ke universiti-universiti
Stanford,
Columbia, dan
Yale.
[27] Perluasannya berterusan dengan pembukaannya ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf
Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat.
[28] Facebook diperbadankan pada pertengahan tahun 2004, dan usahawan
Sean Parker yang selama ini menjadi penasihat tak rasmi Zuckerberg, menjadi presiden syarikatnya.
[29] Pada Jun 2004, Facebook memindahkan tapak operasinya ke
Palo Alto, California.
[27] Perkataan
The digugurkan dari namanya setelah
nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000 pada tahun 2005.
[30]
Facebook melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005,
sebagai apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg sebagai langkah logik
seterusnya.
[31] Ketika itu, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainya.
[32] Facebook kemudian meluaskan kelayakan keahliannya kepada para kakitangan beberapa syarikat, termasuk
Apple Inc. dan
Microsoft.
[33] Akhirnya pada 26 September 2006, Facebook dibuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas dengan
alamat e-mel yang sah.
[34][35]