Showing posts with label artikel batu permata. Show all posts
Showing posts with label artikel batu permata. Show all posts

hukum pakai cincin suasa






Sumber:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
http://www.ustazazhar.net/
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

Waalaikumussalam. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”

Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu.
(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.
Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Bidaan berlian berusia 36 tahun terjual di Hong Kong



31 Mei 2012
Berlian Martian Pink terjual dalam tempoh 10 minit.
Berlian Martian Pink terjual dalam tempoh 10 minit.
HONG KONG - Berlian Martian Pink berharga AS$17.4 juta (RM55 juta) yang dilelong pada majlis bidaan di Hong Kong minggu lalu dijual buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun, pada harga lebih dua kali ganda.

Bidaan berlian Martian Pink bertakhta permata menjadi acara lelongan kemuncak barangan kemas Christies.

Wakil penganjur, Christie Asia berkata, pada majlis itu AS$80 (RM 253 juta) diraih secara keseluruhan.

“Martian Pink dijual oleh Harry Winston pada 1976, mencipta sejarah apabila terjual dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Hong Kong kini muncul sebagai pusat lelongan ketiga terbesar di dunia selepas New York dan London sekali gus merangsang pertumbuhan pasaran mewah yang berkembang di China

Emas susut selepas cuci


Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2012
Dari kanan: Che Sam dan Jah cuba menimbang berat rantai tangan mereka.
Dari kanan: Che Sam dan Jah cuba menimbang berat rantai tangan mereka.
PENDANG – Lebih 20 suri rumah dan warga emas dari 10 kampung menanggung kerugian ribuan ringgit apabila barang kemas milik mereka rosak dan susut nilai setelah ditipu sindiket mencuci emas yang berkunjung ke rumah mereka baru-baru ini.

Mereka mendakwa dikunjungi dua lelaki bersama seorang wanita yang berpura-pura menjual emas Korea, sambil memujuk untuk mencuci emas dengan mengenakan bayaran RM2 setiap satu barang.

Difahamkan lagi, suspek menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dan mereka kurang fasih berbahasa Melayu.

Antara kampung-kampung yang sering menjadi sasaran adalah Kampung Tualang, Minangkabau, Kubur Panjang, Alor Pudak, Tanjung Radin, Kuala Lanjut dan Pulau Keramat.

Mangsa, Che Sam Md Arof, 50, dari Kampung Kuala Lanjut berkata, kira-kira 9.30 pagi dia yang berada di rumah bersama suami dan cucu didatangi dua lelaki bersama seorang wanita memberitahu ingin menjual emas Korea.

“Pada mulanya saya menolak, namun mereka tetap memanggil keluar sambil memaksa saya melihat barangbarang yang dijual. Mereka juga menawarkan untuk mencuci rantai tangan saya.

“Namun saya menolak, menyebabkan seorang daripada mereka bertindak membuka rantai tangan yang dipakai ketika itu,” katanya.

Che Sam berkata, rantai tangan itu dibeli kira-kira tiga tahun lalu berharga RM2,000, namun selepas mencucinya didapati beratnya semakin susut.

“Jangkaan saya tepat setelah ke kedai emas untuk mengesahkan berat rantai tangan itu semula.

“Saya kerugian hampir RM3,000  dengan nilai harga emas itu masa kini RM602 sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Jah Taha, 66, berkata, dia turut kerugian kira-kira RM2,000 apabila seutas rantai tangan seberat 9.55 gram yang baru dibelinya rosak selepas mencuba perkhidmatan mencuci itu memandangkan bayaran yang dikenakan untuk mencuci emas di kedai jauh lebih tinggi iaitu RM10 setiap satu.

Jah berkata, dia baru sebulan membeli rantai tangan itu hasil wang simpanan menoreh getah, namun sedih setelah melihat rantai tangan itu rosak dan semakin susut beratnya.

Katanya lagi, mereka mencuci emas menggunakan sejenis cecair yang digoncang bersama barang kemas dalam botol selepas dipanaskan dengan api.

“Keadaan air di dalam botol itu berwarna kuning selepas dicuci dan saya tidak mengesyaki apa-apa ketika itu.

“Saya berharap agar pihak boleh dapat mengambil tindakan tegas membanteras sindiket terbabit, agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan kejadian sama yang turut membabitkan suri rumah

TEMPAH CINCIN DAN KERIS DI http://www.cardovacreative.blogspot.com/MELAKA

cara membuat cincin yang ditempah pada mulanya kita pastikan model yang di tempah kemudian ukur saiznya,
setelah itu tukanng cincin akan memotong kulit sotong untuk di buat bentuk cincin selepas itu perak akan dileburkan dituangkan kekulit sotong.
setelah kering maka sampai lah masa untuk membentuk cincin dengan menggunakan kikir.
mengikir cincin tidaklah semudah disangka untuk mencantikkan cincin tersebut.setelah terbentuk dan dikikir maka cicin tersebut akan di ukir dengan bentuk bunga ataupun mengukir apa yang dipinta mengikut tempahan.setelah itu cicin itu akan dipolish untuk menghensemkannya.
http://www.cardovacreative.blogspot.com/
cincin yang ditempah lebih selesa dan berkualiti mutunya dari  cincin yang dibeli sudah siap.serupa juga baju yang ditempa dengan baju yang dah siap untuk dipakai,cincin yang ditempa akan mengikut apa yang dipinta harga agak mahal tapi mutunya berbaloi..
tengoklah macam-macam peralatan digunakan untuk membuat tempahan-tempahan pelanggan
keterangan diatas cuma serba ringkas jer! untuk membuat tempahan cincin.tapi banyak lagi prosenyer.jadiii lerrr! ringkasan tadi...
kami syarikat cardovacreative menerima tempahan cincin perempuan lelaki dan wanita dan barang-barang kemas.
kami ada bengkel di melaka untuk membuat cincin.tapi tak dikedai yang sedia ada ,kerana tempat perniaagan kami ada aircond,.tidak boleh ada bahan bakar,.kami buat dibengkel kami
kami jua menerima tempahan untuk membuat keris,sarung keris,hulu keris,sarung parang,sarung pisau..
anda hendak menempah cincin atau barang kemas bolehlah order,,secara online atau terus kekadai kami.

CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com