Bidaan berlian berusia 36 tahun terjual di Hong Kong



31 Mei 2012
Berlian Martian Pink terjual dalam tempoh 10 minit.
Berlian Martian Pink terjual dalam tempoh 10 minit.
HONG KONG - Berlian Martian Pink berharga AS$17.4 juta (RM55 juta) yang dilelong pada majlis bidaan di Hong Kong minggu lalu dijual buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun, pada harga lebih dua kali ganda.

Bidaan berlian Martian Pink bertakhta permata menjadi acara lelongan kemuncak barangan kemas Christies.

Wakil penganjur, Christie Asia berkata, pada majlis itu AS$80 (RM 253 juta) diraih secara keseluruhan.

“Martian Pink dijual oleh Harry Winston pada 1976, mencipta sejarah apabila terjual dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Hong Kong kini muncul sebagai pusat lelongan ketiga terbesar di dunia selepas New York dan London sekali gus merangsang pertumbuhan pasaran mewah yang berkembang di China