Remaja ditahan sebar video lucah di FB, Twitter

Remaja ditahan sebar video lucah di FB, Twitter

7 April 2012
LONDON - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan kerana memuat naik video aksi seksnya bersama gadis sebayanya di Facebook dan bercerita mengenai perbuatan tidak senonoh itu menggunakan akaun Twitter.

Menurut laporan portal berita
This is Gloucestershire (TiG), remaja yang tinggal di Gloucestershire, ditahan awal minggu ini atas kesalahan menghasil dan mengedarkan video lucah.

Dia diberi amaran terakhir oleh polis dan ia akan kekal dalam rekodnya selama enam tahun, lapor portal itu awal minggu ini.


Namanya tidak didedahkan kerana dia masih bawah umur.


Kisahnya menjadi tajuk utama media tempatan, selepas dia dibebaskan, - memberi pos dengan memegang senaskhah akhbar Gloucestershire Citizen dengan tajuknya dalam huruf besar "SCHOOL KIDS IN SEX VIDEO" (Kanak-kanak sekolah dalam video seks”), menerusi akaun Twitter.


Ibu bapa, yang menemui foto itu dan memanjangkan kisahnya kepada portal berkenaan berkata, tindakan remaja itu akses kepada Twitter, Facebook atau mana-mana laman media sosial yang lain menyerlahkan sifat sombongnya.


"Apa yang berlaku memang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, remaja itu kelihatan seolah-olah mengalami keseronokan menerusi gambar dia ketika memegang satu naskhah akhbar Gloucestershire Citizen, yang disiarkan di Twitter.


"Malangnya, penahanan dia dan amaran polis tidak menjadi pengajaran kepadanya," kata mereka.