Keris ini mempunyai ketandaan simpulan patat sipot ataupun huruf "Ha" dan huruf "Lam Alif" tanda seperti ini tinggi darjatnya mengikut tafsiran bahawa patat sipot itu simbolik bagi kalimah "Allah", manakala "Lam Alif" pula rahsia untuk perlindungan dari ancaman musuh.
Keris ini dipakai oleh ketua angkatan perang pada zaman dahulu mengikut kepercayaan bahawa besi nya beracun dan berbisa. Lok keris ini disebut ular mematuk rahsianya amat digeruni oleh musuh. Biasanya bukan semua orang boleh memiliki keris ini pada zaman dahulu kerana hak miliki sebuah kerajaan negeri.
Nilainya amat tinggi sama dengan keris lain yang setaraf dengannya. Ia juga dipanggil sebagai Keris Laksamana.
