Keris 8 - Keris Jawa Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia



Keris Jawa Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia ini berlok 9 berkinatahkan tembaga dibahagian naga tunggal diganja dan diaring-aring berkinatah tembaga dengan ukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Keris yang bertanda atau gambaran seekor naga ini melambangkan kekuatan dan kemegahan Raja Pemerintah di Kepulauan Tanah Seberang.  Keris Naga dikenali sebagai Keris Keraton iaitu keris jagaan istana, ianya jarang dimilliki oleh orang-orang kebiasaan pada zaman dahulu.

Keindahan dan keunikannya dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan keris-keris yang lain. Rahsianya ialah untuk menjaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri.

Besinya berbisa, pantang terkena tikamannya. Nilainya amat tinggi dan keris ini adalah buatan daripada Jawa.