Keris Tajung Seberang adalah keris yang popular di kalangan orang-orang Melayu pada zaman dahulu. Biasanya keris ini berhulu tajung digunakan untuk majlis-majlis tertentu seperti mengadap Raja, majlis keramaian tetapi jika untuk bertempur mereka akan menukarkan kepada hulu yang lain kerana hulu tajung ini panjang dan mudah patah.
Hulu pekaka menjadi suatu simbol kebesaran dan kemuliaan orang yang memakainya. Bilah keris ini lebar dan mantap, mempunyai batu lapak yang jelas kelihatan di bawah ganja. Sampir dan sarong berukiran halus bermotifkan flora dan fauna yang amat indah.
Hulunya berasal daripada bentuk burung raja udang, ukirannya amat halus dan indah.Biasanya keris ini dipanggil dengan nama keris pekaka dan ada juga yang memanggilnya keris tajung.