Tasbih Kayu Koka



  Tasbih kayu koka ada yang mengatakan spesis bahtera Nabi Nuh as, kemudian ada kajian mengatakan ia bukan spesis kayu bahtera Nabi Nuh a.s tetapi sejauh pengalaman tentang kayu koka ini memang banyak khasiatnya seperti 
1) terkena gigitan binatang berbisa, 
2) anak kecil demam, menangis malam tidak dapat tidur - letak di bawah bantal atau rendam di dalam air lalu diberi minum, insyaAllah anak anda itu sudah boleh tidur nyeyak.
3) sakit gigi - rendam sebahagiannya ke dalam air suam kemudian berkumur dengannya dan minum, insyaAllah sembuh.
4) sakit kepala, sakit urat atau otot - gosok2kan ke bahagian yang sakit insyaAllah lega.
5) demam, sakit kuning, kerongkong, tonsil guam dan ruam - rendam di dalam air lalu diberi minum atau titiskan ke mulut insyaAllah sembuh.
6) ibu dalam pantang bawa bersama ketika tidur rendam di dalam suam dan minum insyaAllah sembuh.
7) termakan santau atau terkena racun serta batu karang - rendam ke dalam air dan diberi minum insyaAllah sembuh.
8) sekiranya dipakai pada tubuh badan insyaAllah akan terhindar dari binatang berbisa
9) terkena gigitan binatang berbisa - letakkan kayu koka ini pada bahagian yang terkena gigitan insyaAllah akan sembuh.
10) jika di bawa bersama berjumpa orang zalim insyaAllah akan tenang dan aman.
11) sekiranya memakai semasa orang hendak menyusahkan kita insyaAllah tidak akan terdaya.
12) menurut sejarah yang berlaku di negara jiran pembebas2 di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan..alhamdullilah.
13) dalam keadaan yang terdesak logam yang panas sepantas kilat tidak lagi bahaya. insyaAllah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

Akan bertambah khasiatnya jika digunakan sebagai sabbahah atau tasbih untuk berzikir, sentiasa mengingati Allah swt dan berdoa kepadanya serta berusaha, Allah swt jualah yang berkuasa atas segalanya.

Khasiat ini tentang kayu koka diambil daripada buku PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS.

Buku ini adalah hasil idea AlFadil Uztaz sebenarnya penghasilan buku ini adalah khusus utk kegunaan semua anak2 murid AlFadil Ustaz Farhan yang berjumlah hampir 2000 orang setakat ini terutamanya kepada semua sahabat seperjuangannya di dalam usrah tobibi team di Kedah, Pahang, Kelantan, Sabah dan Lembah Kelang yang banyak mengharungi pahit getir bersama ketika proses kuliah latihan pertapaan dan praktikal bersama.

Buku ini banyak kegunaannya untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan mendapat menangkis kejahatan makhluk halus. Diharapakan kepada anda dapat membeli buku ini untuk kegunaan kita dan diberitahu kepada rakan2 yang lain untuk diamalkannya semoga kita mendapat rahmat.

Al-Fadil Ustaz Sharhan sering dipanggil di dalam Tanyalah Ustaz TV9, Al-kuliyyah, Halaqah TV9, dan juga orang perseorangan yang memerlukan khidmat perubatannya.