Barangan Antik - Kacip Tembaga Putih Kepala Kuda


Kacip ini berukuran panjang 14 inci di kenali sebagai kacip pinang. Kacip ini amat jarang ditemui. Ukiran yang ada amat mempersonakan, meyerlahkan keindahan seni ukiran Melayu.


Kacip pinang ini biasanya digunakan untuk memotong buah pinang dimakan bersama daun sireh. Biasanya kacip pinang kecil sahaja tetapi kacip ini besar bersamaan 14 inci.

Pada zaman dahlu kacip-kacip seperti ini diguna-pakai oleh orang-orang tertentu sahaja kerana ia melambangkan kemewahan yang empunya diri. 


Lihatlah seni bunga-bungaan dan ukiran yang berada di kacip ini, amatlah memukau mata!