Kraftangan Kaca - Keris Tajung


Keris Tajung adalah keris yang berbentuk burung raja udang dihulunya. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari Dewa Ramayana. Hulu keris seperti ini biasanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu, jarang digunakan untuk bertempur kerana hulunya paruh burung yang panjang.

Jadi ia mudah patah. Dan biasanya jika digunakan untuk bertempur akan ditukar kepada hulu yang lain. 



Bilah matanya berlubang tengah memanjang dipanggil juga salur atau darah anak sungai. Dan ia berpamor mayang mengurai dan mempunyai junjung derajat atau pucuk rebung.

Harga : Rujuk dengan kami!


Tak semestinya keris ini dimasukkan dalam kotak kaca ini. Pilihlah mana-mana keris yang anda suka kami pasti menunaikannya.

Selamat Memilih!