Bazar pertama bertapak Cardova Creative pada tahun 2001.
Inilah kedai kami Cardova Creative setelah beberapa kali kami berniaga macam orang "Badwi" tanpa lesen di kawasan Banda Hilir, Melaka, barulah kami dapat bertapak di gerai bazar kawasan parking di Banda Hilir pada tahun 2002.
Gambar ini diambil pada tahun 2003 di kawasan lot parking di sebelah belakang setelah dipindahkan dari lot parking depan. Kedai kami di sini kami hanya berniaga cuma beberapa bulan sahaja kerana kurang sambutan.
Inilah cabaran yang kami rasai, baru berpindah pada tahun 2002 kemudian dipindahkan lagi ke kawasan parking di sebelah belakang parking lot pula di tahun 2003.
Kenangan di ekspo MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Kenangan di ekspo MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Tahun 2004
Inilah resepi perniagaan kami berpindah randah, masih jua seperti orang "Badwi" dipindahkan lagi dari tapak belakang parking tahun 2003 pindah pula di atas padang Dataran Pahlawan yang projeknya belom disiapkan berdepan dengan panas,habuk, hujan tetap kami teruskan usaha untuk berjaya.
Gambar keris dan kraftangan yang dijual tahun 2004 di atas padang yang memeritkan.
Tahun 2004
Disinilah bermulanya empayar Cardova Creative bertapak di dalam kompleks Dataran pahlawan, Mega Mall, Melaka, Lot C-24, Heritage Bazaar pada tahun 2006.
Inilah kedai Cardova Creative pada peringkat awal sebelum diselenggarakan pada tahun 2006.
Bermulanya empayar Cardova Creative di Dataran Pahlawan pada tahun 2006. Inilah gambar kedai yang telah siap untuk perniagaan.
Barangan yang diperniagakan adalah keris, cincin, batu permata, barangan antik dan hasil kraftangan.
Tahun 2006
Kami akan memberi anda kepuasan di dalam perniagaan kami terhadap anda.
Citarasa anda matlamat kami!
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang telah menjalankan urusan perniagaan dengan kami.
Bermulanya kami di sini di atas sokongan para pelanggan yang dihormati.
Jika anda ke Melaka Bandaraya Bersejarah jangan lupa singgah le ke kedai kami.
Sekarang di kedai empayar Cardova Creative Lot C-24, kami telah ubahsuai perniagaan kami hanya untuk keris, cincin, batu permata dan baran antik sahaja tetapi dikedai kami yang baru di Lot C-11, kami menjual pelbagai hasil kraftangan, cenderahati dan pelbagai barangan yang terdapat di dalam blog kami.
Kami bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa yang telah memberikan rezeki, kekuatan, kesihatan, iman dan ketakwaan di dalam membina perniagaan Cardova Creative. Kami mengharap Allah SWT membela dan membantu kami didalam menjayakan perniagaan kami mengikuti sunnah Rasullulah SAW.
Dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan perniagaan kami baik keluarga, masyarakat dan semua pelanggan-pelanggan yang setia kepada kami dan kepada anda juga.
Wassalam.