Pengenalan Kepada Batu Permata


Manusia telah mengenali batu permata sejak beribu-ribu tahun dahulu.  Mereka terpesona dengan keindahan dan keajaibannya sehingga melambangkan batu permata sebagai kemegahan, kekuasaan dan kekayaan.  Sebaliknya, apa yang akan saya bincangkan dalam blog ini ialah tentang kelebihan batu permata yang diciptakan oleh Allah swt terhadap kegunaanya dalam segi perawatan dan perubatan, insyaallah.



Perlulah diingatkan bahawa setiap kejadian Allah itu ada kegunaannya.  Tumbuh-tumbuhan boleh dijadikan ubat herba. Pada sepohon pokok yang terdiri dari daun hinggalah kepada akarnya boleh dijadikan ubatan tertentu, mengikut spesis pokok itu.


Begitulah dengan batu permata yang diciptakan oleh Allah swt. Setiap yang dijadikan itu ada hikmatnya.  Saya  akan bongkar dengan seberapa daya yang boleh, insyaallah.  Anda tentu akan berasa pelik kerana selama ini kita didedahkan kepada perkara-perkara khurafat tentang batu permata.  Misteri tentang adanya jin, wali atau khodam pendamping dalam batu tersebut.


Apa yang akan saya terangkan adalah secara saintifik dan jelas dengan hukum akal. Dan insyaAllah saya akan sentiasa kemaskinikan blog ini dari masa ke semasa dengan artikel-artikel yang lebih menarik.


Terima kasih di atas kunjungan anda, sila lah datang lagi!