Senjata Tradisional - Pisau




Pisau ialah sejenis alat yang digunakan untuk memotong sebuah benda. Pisau telah digunakan sebagai alat dan senjata sejak Zaman Batu lagi.
Pisau terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bilah pisau dan gagang atau pegangan pisau. Bilah pisau diperbuat daripada logam pipih yang tepinya dibuat tajam; tepi yang tajam ini disebut mata pisau. Pegangan pisau umumnya berbentuk memanjang agar dapat digenggam dengan tangan.
Bentuk umum pisau mirip dengan pedang, bezanya adalah bahawa bilah pedang lebih panjang daripada bilah pisau.
Bila pisau terlalu kecil untuk memotong sesuatu, gergaji atau kapak mungkin diperlukan.

Jenis pisau


Terdapat banyak jenis pisau bergantung pada keperluannya. Berikut adalah beberapa di antaranya.

@wikipedia.org