Kim Jong-Un Diisytihar Sebagai Ketua Tentera

Korea Utara Isytihar Kim Jong-Un Sebagai Ketua Tentera
SEOUL – Korea Utara secara rasmi mengisytiharkan pemimpin baru, Kim Jong-Un sebagai Ketua Tentera yang disokong 1.2 juta tentera, sekali gus menunjukkan beliau pantas mengukuhkan cengkaman kuasanya.
Jong-Un sudah diisytiharkan sebagai “pemimpin tertinggi” negara itu ketika majlis memperingati mendiang bapanya, Kim Jong-Il kelmarin selepas negara itu menamatkan tempoh berkabung selama 13 hari.
“Rakyat menghormati Kim Jong-Un….anggaplah Ketua Tentera Korea Selatan sama seperti ketika diperintah Kim Jong-Il,” lapor agensi berita rasmi. – AFP
@mynewshub.my