Osbon Juara Maharaja Lawak Mega

osbon-maharaja-lawak-mega
Kumpulan Osbon yang dianggotai Abon dan Os malam tadi dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM350,000.
Dengan tema bebas dan muzikal, Osbon berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Boboi jatuh ditempat kedua manakala kumpulan dari Indonesia, Saehu ditempat ketiga dan kumpulan gabungan dari Malaysia serta Singapura, Syok ditempat keempat.
Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna itu diadili oleh Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza manakala Aaron Aziz sebagai juri jemputan.
Untuk rekod, Maharaja Lawak Mega memfokuskan kepada pelawak profesional.
Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, ia disertai 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo.
Diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.
Hanya 30 peratus undian berdasarkan SMS manakala selebihnya bergantung kepada pemarkahan juri tetap.
Pemilihan peserta dari luar negara dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri.
Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal ditempuhi selama 10 minggu itu. – Oleh SYAHRIL A. KADIR
@mynewshub.my