Apple untung bersih RM39b


APPLE Inc mencatat keuntungan bersih RM39.18 bilion pada suku pertama tahun kewangan fiskal 2012 syarikat itu dengan perolehannya meningkat kepada RM139 bilion berbanding RM80 bilion tahun lalu didorong jualan kukuh iPhone.
Apple berkata, syarikat itu menjual 37.04 juta iPhone pada suku terakhir tahun lalu, peningkatan 128 peratus berbanding tahun sebelumnya, selain menjual 15.43 juta iPad, peningkatan sebanyak 111 peratus.

Berpangkalan di California, syarikat pembuat gajet terkemuka itu turut menjual 5.2 juta komputer Macintosh pada suku yang sama dengan peningkatan sehingga 26 peratus selain menjual 15.4 juta iPod.
Keuntungan rekod bersih dan pendapatan suku pertama tahun ini yang diumumkan Selasa lalu adalah yang pertama kali dilaporkan sejak kematian pengasasnya, Steve Jobs.