Gabenor Argentina T’bunuh, Isteri Disoal Siasat

Gabenor Argentina Terbunuh, Isteri Disoal Siasat

BUENOS AIRES – Pihak berkuasa Argentina bersedia menjalankan siasatan terhadap isteri kepada gabenor parti pemerintah, Carlos Soria yang terbunuh dengan satu tembakan pistol milik sendiri dalam bilik tidurnya, awal pagi kelmarin.
Pemimpin Rio Negro itu dikebumikan malam kelmarin dengan dihadiri beratus-ratus rakyat di kampung asalnya di General Roca.
Pendakwa Miguel Angel Fernandez Jahde mengesahkan Soria terbunuh selepas ‘pertelingkahan keluarga’ namun tidak memberikan sebarang penjelasan. – AGENSI