Anwar Ibrahim Bebas dan Tidak Bersalah

Ok. Ini cerita pagi tadi tentang Kes Anwar Ibrahim. Secara ringkasnya, mahkamah memutuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah.


anwartidakbersalah
anwarbebasdantidakbersalah

KUALA LUMPUR -Sekitar 2,000 orang penyokong DSAI mula membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta sejak jam 6.30 pagi. Polis berkawal di hadapan pintu pagar.
8.15 pagi: Para penyokong Anwar bersorak dan membuat bising di perkarangan tempat letak kereta mahkamah sambil berucap mahu mahkamah membebaskan Anwar.
8.35 pagi: Anwar tiba di mahkamah dan berjalan masuk dari luar pagar dan di sambut oleh penyokongnya yang bersalam-salaman dengan Anwar serta melambai-lambai.Keadaan di luar mahkamah juga agak bising apabila penyokongnya mula memekak dengan menjerit “reformasi” dan sebagainya.
9.15 pagi: Kamar mahkamah penuh sesak dengan wartawan dari dalam dan luar negara, keluarga Anwar dan para pemimpin pakatan rakyat. Antara yang hadir ialah Datin Sri Wan Azizah, Nurul Izzah, Hadi Awang, Ambiga, Azmin, Datuk Kadir Sheikh Fadzir, Lim Kit Siang, Mahfuz, S.Nasution, Mat Sabu, Chua Jui Meng, Khalid Ibrahim dan lain-lain.
9.19 pagi: Mahkamah memutuskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak bersalah. – mynewshub.my.
INi sedikit gambar untuk tatapan anda semua:


perhimpunan901
perhimpunan901bebaskananwar
anwarbebasdantidakbersalah
anwaribrahimtakbersalah

Ohcikgu: Tak bersalah. Nampaknya pasti penyokong Anwar Ibrahim akan cukup suka dan rancangan Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri Malaysia masih ada sinar lagi. Jadi, dalam PRU 13 nanti, kena menanglah jawabnya. Dan kita lihat apa yang bakal terjadi ketika PRU 13 nanti yang kit masih tidak tahu bilakah masanya.
Keputusan Rasmi: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Ps: Adakah Saiful Bukhari boleh terima hukuman ini?? Emmm..
@ohcikgu.com