Hang Tuah Bapa Seni Silat Melayu Sejati
HANG TUAH BAPA SENI SILAT MELAYU SEJATI
Suatu
sorotan ilmiah persilatan terhadap teknik dan falsafah dasar salah satu
daripada berbagai jenis silat Melayu lama dan yang asli di Nusantara.
(Meneliti dari penceritaan pengarang Hikayat Hang Tuah)
(Meneliti dari penceritaan pengarang Hikayat Hang Tuah)
The review on the basic concept and philosophy to the one of the ancient and original Malay Silat in Malay Archipelago.
Sedutan dari buku : SENI SILAT MELAYU ASLI SERAMBI MAARIFATOleh;
Ustaz Hj. Wan Ismail W.E. al-Faqir ila-llah
GURU SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI
(PSS GERAK SEJATI, MALAYSIA)
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi
rabbil `aalamin wabihi nastain wala haula wala quwwatailla
billaahil`aliyyil`adhim. Wassolatuwassalam ala sayyidina Muhammain
syayidil ambia`i wal mursalin wasyayidil mutawakkilina wa`ala aalihi
wasohbihi ajmain-amin.
Bismillahi
rahmani rahim. Wal`asri. Innal inssana lafii khusrin. Illallaziina
aamanu wa`amilus saalihaati watawaa bilhaqqi watawaa bis sobri.
(Al-Quran, suratul Asri : 1-3)
(Al-Quran, suratul Asri : 1-3)
“Dengan
nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Demi masa. Sesungguh
manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman, mengerjakan amal kebajikan, dan saling berpesan dengan
kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran”.
“In the
name of Allah, Most Gracious, most Merciful. By (the token of) Time
(through Ages), Verily man in loss, Except such as have Faith, And do
righteous deeds, And (join together) In the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy”.
(Al-Quran, al-Asri : 1-3).
(Al-Quran, al-Asri : 1-3).
`I
believe in one God, and Muhammed (s.a.w), the Apostle of God`, is the
simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the
Deity has never been degraded by any visible idol: the honours of the
prophet have never transgressed the measure of human virtue: and his
living precepts have restrained the gratitude of his disciples within
the bound of reason and religion’.
(Edward Gibbon and Simon Okley, history of the Saracen Empire)
(Edward Gibbon and Simon Okley, history of the Saracen Empire)
Islam
teaches the inherent sinlessness of man. It teaches that man and woman
have come from the same essence, possess the same soul and have been
equipped with equal capabilities for intellectual, spiritual and moral
attainments.
THE REALITY OF THE HEART
The first step to
self-knowledge is to know that thou art cimposed of an outward shape,
called the body, and an inward entity called the heart, or soul, by
`heart` it do not mean the piece of flesh situated in the left of our
bodies, but that which uses all the other faculties as its instrument
and servants. In truth it does not belong to the visible world, but to
the invisible, and has come into this world as atraveller visits and
will presently return to its native land.It is the knowledge of this
entity and its attributes which is the key to the knowledge of God-Allah
(s.w.t.). The Knowledge;
1. The knowledge of self
2. The knowledge of God
3. The knowledge of this world as it really is
4. The knowledge of the next world as it really is.
2. The knowledge of God
3. The knowledge of this world as it really is
4. The knowledge of the next world as it really is.
SALAM PENDAHULUAN
Assalamualaikum pembaca semua dan
selamat sejahtera. Sebelum kita membaca dan meneliti rencana ini, bagi
pembaca yang muslim marilah terlebih dahulu bersama sama kita membaca
ummul kitab satu kali dan kita hadiahkan pahalanya kepada semua leluhur
guru-guru dan kader-kader ilmu persilatan Melayu-Nusantara sama ada yang
telah mati atau pun yang masih hidup yang berniat ketika mengajar dan
belajar ilmu persilatan adalah perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan
pendakwahan agama Islam yang suci, meninggikan maruah agama dan maruah
bangsa, mempertahankan agama dan tanah air melalui ilmu persilatan
semenjak bermulanya kemasukan agama Islam ke NUSANTARA ini hinggalah
kepada yang meneruskan perjuangan suci sademikian itu pada hari ini yang
bukan semata-semata kerana kemashuran namanya dan wang ringgit. Semoga
mereka semua termasuk ke dalam gulongan hamba-hamba Allah yang berjasa
dan yang dikasihi serta diredhaiNya, lagi mendapat nikmat di sisiNya di
hari akhirat nanti dan semoga barokah dari Tuhan kepada mereka itu
menitis juga kepada kita semua yang menghadiahkan al-Fatihah kepada
mereka. Al-Fatihah. Amin, ya Rabbal `alamin. Terima kasih.
MUKADDIMAH
HANG TUAH
sebagai seorang Laksamana dan Hulubalang Melayu terulong zaman
kegemilangan Kerajaan Empayer Laut Melayu Melaka zaman pemerintahan
Sultan Mansur Shah dan awal zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah sudah
tidak asing lagi kepada masyarakat umum Nusantara malah Negara Negara
Asia Tenggara dan sebahagian kecil dunia amnya. Kehebatan Ilmu
persilatan beliau yang di gambarkan oleh pengarang Hikayat Hang Tuah
(Rujukan : Hang Tuah. DBP, Kuala Lumpur. Ogos 1963) bagaikan tiada
tandingannya lagi semenjak zaman beliau hinggalah ke hari ini. Penulis
hanyalah seorang biasa sebagai guru kepada salah satu seni silat lama
Nusantara Melayu iaitu Seni Silat Melayu Asli Sejati yang bernaung dalam
Persatuan Seni Silat Gerak Sejati (Trg) Malaysia merasa
amatlah kerdil untuk menganalisa, mengulas dan memberi pandangan serta
pendapat yang jitu dan tepat dari segi seni, teknik dan falsafah persilatan Laksamana Hang Tuah seorang pendekar handalan, Laksamana, panglima dan pahlawan Melayu teragong. Maka
tidaklah terjangkau dan terfikir sepenuhnya perkara-perkara tersebut
dengan ilmu dan pengalaman serta kebolehan persilatan penulis yang amat
cetek dibandingkan dengan beliau. Sementara itu di luar sana
terdapat bagitu ramai guru-guru, mahaguru-mahaguru yang lebih arif dan
hebat dalam ilmu persilatan Melayu Nusantara. Namun kerana keadaan dan
situasi semasa, keadaan minda setengah-setengah anak peribumi terhadap
pusaka warisan sendiri, keadaan masyarakat dan bangsa Melayu kini yang
membimbangkan serta negara dan juga terkadang ada pandangan sinis dunia
luar terhadap kewibawaan ilmu persilatan Melayu di banding dengan yang
lain, penulis merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk
mengenengahkan dan menyampaikannya apa yang sepatutnya kepada khalayak
Melayu-Nusantara dan dunia amnya mengenai semua perkara tersebut dalam
kertas-kerja ini untuk direnung, difikirkan serta dikongsikan fikiran
dan tindakan untuk mempertahankan maruah dan kebaikan bangsa Melayu. Lantaran
sebelum ini (semenjak kisah Hang Tuah dibukukan) tiada seorang sarjana
pun lagi sama ada sarjana Timur atau pun di Barat membicarakannya dari
segi seni dan teknik serta falsafah persilatan pendekar teragong Melayu
ini. Kajian yang telah ada dan yang cukup banyak oleh para
sarjana salama ini hanyalah kajian kajian dari sudut kesusasteraan, dari
sudut perwatakan dan peristiwa, dari sudut bahasa dan kebudayaan Melayu
serta adat istiadat dalam tamadun Melayu sahaja daripada kajian mereka
terhadap buku atau Hikayat Hang Tuah ini.
KEHEBATAN ILMU PERSILATAN HANG TUAH
Kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah adalah berpaksikan dan berpunca daripada ilmu zohir dan batin Tiga Orang Guru beliau berserta sebilah keris penduanya yang sakti iaitu Keris Taming Sari dan keris berjasanya iaitu keris utamanya `Keris Panjang Tempa Melaka` serta sebilah pisau kecil hikmat yang selalu tidak berpisah dengan beliau
yang rahsianya hanya terbongkar bilamana saat perpisahan beliau dengan
gurunya seorang Syeikh Sufi di hulu Melaka iaitu Syeikh Mansur yang
ternyata melalui dialog ini:
“Ya tuanku, suatu pun tiada persembah (hadiah untuk guru sebagai membalas budi-p) hamba ka-bawah kadam (yang mulia-p) tuanku, hanya-lah pisau (badik?-p) sa-bilah ini (untuk-p) permainan tangan (pakaian-p)
tuanku.` Maka di-sambut oleh Syeikh pisau itu, maka di-lihat-nya pisau
itu sarong-nya daripada emas sa-puloh mutu di-tatah mas permata sembilan
bagai, shahadan hulu-nya daripada chula (tanduk). Maka pada hulu-nya suatu intan dibuboh-nya, chahaya-nya amat gilang-gemilang dan mata pisau itu terlalu baik (dari segi tempaan besinya dan ukuran tuahnya-p). Maka sheikh pun terlalu sukacita seraya berkata, `Sunggoh-lah tuan anak kepada-ku (sanggup menghadiahkan barang yang amat bernilai sabagai tanda kasihnya-p).
Bermula pisau itu sa-buah negeri dengan isi-nya tiada ku tukarkan. Ada
pun kasih anak-ku itu Allah Ta`ala juga membalas dia, tetapi (walau pun pisau bertuah dan berhikmat ini tiada lagi pada Hang Tuah-p)
insha Allah Ta`ala, barang di-mana tempat anak-ku itu dipeliharakan
Allah subhanahu wa Taala juga, bala di-jauhkan Allah Ta`ala pada kadam.
`Sa-telah sudah Sheikh Mansur memberi do`a akan Laksamana, Laksamana pun sujud pada kaki sheikh (maksud
– merendah diri kepada guru dengan cara mencium tangan orang yang suci
hati dan kerana menghormati ilmu agama serta ilmu ketuhanan yang ada di
dalam dadanya - bukan perbuatan sujud fizikal pada kaki manusia - kerana perbuatan begitu syirik dan berdosa besar dalam Islam-p) itu lalu ia bermohon. Maka sheikh pun memelok mencium Laksamana. Maka Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun bemohonlah (permisi) pada sheikh itu.” (ms.308)
1. Guru ilmu persilatan Hang Tuah yang pertama selepas beliau dan sahabat-sahabatnya belajar dengan bapa-bapa mereka ialah Aria Putera, seorang ahli pertapaan (Suluk) di Bukit Panchalusa rangkaian Gunung Ledang. Nama yang lain bagi beliau ialah Maulana Ishak atau Syeikh Wali Lanang. Beliau merupakan pengganti pemuka para Wali Sembilan Maulana Syeikh Malik Ibrahim, putera kepada Pendakwah dari keturunan Rasullah s.a.w iaitu Sayed Husein Jamadil Kubra yang merupakan adik beradik kepada Syeikh Muhammad Saman – Syeikh Saman atau Sayyid Thanauddin.
(Sayed Husein Jamadil Kubra berkahwin dengan Puteri Raja Melayu Negara
Chermin Jiddah (Kelantan – Malaysia sekarang ini) iaitu Puteri Linang
Chahaya, adinda kepada Cik Siti Wan Kembang lalu berputerakan Maulana
Malik Ibrahim yang menjadi pendakwah Islam pertama di Jawa bersama
adindanya Maulana Ibrahim Asmarakandi, Adinda kepada Maulana Malik
Ibrahim yang berlainan ibu iaitu hasil perkahwinan bapanya dengan puteri
Raja Melayu Campa (Muangthai) anak kepada Sultan Zainol Abidin dan
permaisuri Siti Zubaidah -`Dewi Sudaksina`- bernama Puteri Ramawati
Puteri). Setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia dalam tahun
1419M, Maulana Ishak yang hidup se zaman dengan Sultan Mansur Shah
semasa zaman remaja Hang Tuah telah menggantikan Maulana Malik Ibrahim
dan ayahandanya sayyid Ibrahaim Asmarakandi meneruskan pendakwahan agama
Islam bersama kekandanya Maulana Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) di Tanah Jawa sebelum ia membuang diri dari Jawa lalu datang bertapa di Bukit Pancalusa di banjaran Gunung Ledang. Gunung Ledang dalam bahasa Jawa bermaksud `Gunung yang tinggi‘, `Kim Sua` – Gunung Emas atau Mount Ophir – sebutan Euro-Hebrew ada tersebut dalam kitab Zabur. (Keterangan
lanjut mengenai Maulana Ishak atau nama samarannya Aria Putera – sila
lihat bahasan di bawah tajuk kecil rencana ini iaitu `Menolak dakwaan bahawa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya bukan Melayu‘).
BERKAITAN HANG TUAH LIMA BERSAHABAT
MENJADI MURID ARIA PUTERA ADALAH BERDASARKAN PENYESUAIAN MASA YANG
MENGETEMUKAN MEREKA DAN BERDASARKAN petikan teks di bawah ini:
“Maka
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun
diajarnya-lah oleh Aria Putera, bagai2 ilmu isharat hulubalang dan
firasat dan ilmu penjurit (hulubalang) tetapi lebih juga Hang Tuah diajarnya barang ilmu dan isharat`.” (Ms.26)
Mengikut kata Aria Putera beliau mempunyai tiga beradik saperti dailog berikut:
“Maka kata Aria Putera, `Hai chuchu-ku Hang Tuah, aku ini tiga bersaudara (tiga beradik-p) yang muda menjadi pegawai, Raden Aria Sina, di (keraton-p) Majapahit, yang tua itu dudok bertapa di-gunong Wirana Pura, namanya Sang Persanta Nala. Ada pun cucu-ku, kala datang (apabila sampai) umor2 dua puloh tiga tahun (ketika umur seseorang paling bertenaga atau perkasa dalam hidupnya-p) engkau pergi ka-Majapahit (beliau melihat melalui firasat atau kasaf para wali-p), jangan tiada engkau berguru pada-nya, kerana saudara-ku itu banyak ilmu-nya daripada-ku, kerana ia dari kecil (sudah-p) bertapa (masuk suluk-p) tiada ia merasai dunia (tidak pernah buang masa berseronok mengikut hawa nafsu dan keduniaan-p).”
Mengikut Versi Tanah Melayu kajian mengenai sejarah Wali Songo memang benar Maulana Ishak (Aria Putera) mempunyai tiga beradik dari satu ibunya puteri Raja Melayu Campa `Wira
Bhadrawarman` yang berkahwin dengan Sayyed Ibrahim Samarkandi yang
disebut oleh orang Jawa Sayyidi Ibrahim Asmarakandi. Maka Raden Aria
Sina ini namanya yang satu lagi ialah Ali Murtadho atau Sayyid Ali
Murtolo sebutan orang Jawa. Ada pun Wirana Pura itu zaman 600
tahun lampau namanya disebut Ampeldenta (Wiranapura?-p) ialah nama
kepada satu daerah di Surabaya iaitu yang mana di situ ada satu kawasan
tanah tinggi yang menjadi pusat perguruannya atau pasentren bagi Sunan
Ampel (Sang Persanta Nala). Dalam sejarah beliau akhir menjadi menantu
Betara Majapahit (Prabu Hayam Wuruk – Raja Brawijaya – berkahwin dengan
puteri Dewi Candrowati atau Nyai Ageng Manila menjadikan beliau salah
seorang pangeran yang biasanya dianugerah gelaran Raden oleh Raja –
Sebab itu kemudiannya beliau dikenal dengan gelaran Raden Rahmat)
bersama isterinya Dewi Candrowati. Wallahualam.
2. Guru Hang Tuah yang kedua ialah Sang Persanta Nala. Mengikut Hikayat Hang Tuah ialah seorang ahli pertapaan (ahli Suluk)
yang sakti di Gunong Wirana Pura di Tanah Jawa iaitu saudara tua
gurunya Hang Tuah iaitu Aria Putera di Bukit Panchalusa (Nama lain bagi
beliau ini ini ialah Maulana Sayyid Ali Rahmatullah - atau Sunan Ampel – Raden Rahmat.
Sebelum berpisah dengan Maulana Ishak adiknya yang membuang diri di
Bukit Pancalusa, daerah Gunung Ledang Melaka mereka berdua telah berjaya
mempeluaskan dakwah Islamiah dengan hebat sekali hingga ke Majapahit.
Sunan Ampel atau Sang persanta Nalalah
yang merancang penubuhan negara Islam pertama di Jawa yang berpusat di Demak – (lihat hujah yang sama saperti bahasan mengenai Aria Putera di akhir rencana ini). Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) kemudiannya berkahwin dengan puteri Majapahit bernama Puteri Nyai Ageng Manila dikurniai empat orang anak iaitu Sunan Bonang, Sunan Darajat (Kedua beradik ini menjadi anggota wali sembilan di Jawa penyambung usaha ayahandanya Sunan Ampel), Dewi Murtasiah dan Nyai Ageng Maloka. Wallahualam.
yang merancang penubuhan negara Islam pertama di Jawa yang berpusat di Demak – (lihat hujah yang sama saperti bahasan mengenai Aria Putera di akhir rencana ini). Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) kemudiannya berkahwin dengan puteri Majapahit bernama Puteri Nyai Ageng Manila dikurniai empat orang anak iaitu Sunan Bonang, Sunan Darajat (Kedua beradik ini menjadi anggota wali sembilan di Jawa penyambung usaha ayahandanya Sunan Ampel), Dewi Murtasiah dan Nyai Ageng Maloka. Wallahualam.
Selat Melaka .Tanggak (Malaysia) .Muar .Batu Pahat Singapura |
Pandangan Hang Tuah terhadap gurunya ini saperti berikut;
“Maka kata Laksamana `Baharu suatu
penglihatan tuan-hamba, kerana baginda ini sangat sakti-nya dan
tahu-nya`. Maka Laksamana dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang
Lekiu pun diajar oleh Sang Persanta Nala akan ilmu segala penjurit dan
hulubalang, tetapi terlebih juga Laksamana, diajarnya pelbagai ilmu dan
sharat hulubalang dan ilmu penjurit itu, kerana Laksamana, salama dudok di gunong itu, tiada ia tidur dan makan (puasa Bharata-makan bertih sahaja-p)
dan tiada ia bercerai dengan Sang Persanta Nala itu, barang dipintanya
oleh Laksamana diberinya oleh Sang Persanta Nala. Sang Persanta Nala pun
terlalu suka dan kaseh akan Laksamana. Maka kata Sang Persanta Nala,
`Ada pun ilmu penjurit dan ilmu hulubalang habislah (tamatlah) sudah, yang ada padaku ini hanyalah ilmu orang bertapa dan kesaktian juga`.” (MS.142)
Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan
oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu persilatannya
tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;
“Kata
Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada
anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan
pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`.
Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku
itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan
sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah
hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan
nyawa hamba mu pun redhalah`.” (Ms. 142-143)
3. Guru Hang Tuah Yang ketiga ialah seorang ulama dan ahli hikmat lagi wali iaitu Syeikh Mansur di Hulu Melaka. Seperti dialog ini;
“Maka
Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun naiklah bertanya pada orang dusun itu,
katanya, `Ka-mana perginya Laksamana itu?` Maka kata orang itu. `Ada
berguru pada Sheikh Mansur namanya. Ada pun Laksamana itu diangkat anak
oleh Sheikh itu.”
“Maka sembah Laksamana, `Ya tuanku, hambamu pohon suatu alamat (pertandaan-p) dari tuanku tanda menjadi hamba ke bawah kadam (telapak kaki – bahasa merendah diri-p) tuanku`. Maka Sheikh Mansur pun mengambil mastulnya (kain ikat kepala yang berhikmat) yang burok (lama) itu lalu diberikan pada Laksamana. Maka kata Syeikh, `Ya anakku Laksamana, ada pun mastulku ini jika engkau berperang pakai olehmu.” (Ms. 307)
4. Kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah juga dibantu pula oleh kesaktian Keris Taming Sari
kurniaan Seri Betara Majapahit di Tanah Jawa kepada beliau kerana
jasanya membunoh Taming Sari yang mengamok yang mahu membunoh Seri
Betara majapahit itu. Keris Taming Sari mempunyai aura (The Power of Keris) yang sungguh hebat seperti petikan berikut;
“…Shahdan maka kerisnya bernyala2 seperti gunong api hendak membakar.” (Ms.303)
“Maka
Hang Jebat pun merebahkan dirinya berguling seperti jentera (teknik
gulingan pantas-p) rupanya. Maka oleh Laksamana dipertubi-tubinya tikam,
tiada juga kena. Maka pada penglihatan Laksamana segala tuboh Hang
Jebat itu habis diselimuti oleh kerisnya…” (Ms.319). (Aura-medan tenaga keris Taming sari yang begitu tebal dan kuat-p. Sila rujuk artikel rahsia keris Lok 13 di laman web ini, www.geraksejati.co.cc)
Meneliti kepada punca atau paksi
kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah itu tentulah meliputi zohir dan
batin ilmu persilatan beliau. Tetapi sorotan yang akan dibicarakan oleh
penulis berikutnya bukanlah mengenai ilmu persilatannya yang batin
kerana kita tidak dapat menyelaminya dari dalam buku hikayatnya ini
secara medalam tetapi agak jelas untuk disoroti ialah tentang kaedah
persilatan Hang Tuah yang zohiriah sahaja yang digambarkan oleh
pengarangnya. Namun boleh dipastikan bahawa setiap pendekar tingkat
tinggi ilmu persilatan Melayu asli biasanya seperti mana Hang Tuah juga
dilengkapi oleh gurunya dengan peramalan ilmu-ilmu kebatinan. Namun
sesudah datangnya Islam ke alam Melayu kebanyakan ilmu kebatinan
persilatan Melayu diasimilasikan amalan kebatinannya berdasarkan
pegangan akidah Islamiah dengan membuangkan segala peramalan kurafat dan
unsur Hindu – Budha yang bertentangan dengan kaedah tauhid dan syariat
Islam. Sebagai suatu contoh yang mashor ialah ilmu persilatan Panglima Salleh (Kiyai Salleh-Johor) `Pahlawan parang panjang` yang bertempur bermandi darah dalam perang jihad menentang komunis bintang tiga di kawasan Batu Pahat dan Muar, Johor
pasca zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu – Perang Dunia II. Para
penjurit Melayu pimpinan beliau semuanya paling tidak mesti beramal
kebatinan dengan berwiridkan zikir `Ayat Empat` yang
mashor yang mempunyai lima darjat peramalannya itu dan paling tidak
seseorang pendekarnya mesti mengamalkan darjat pertamanya dari lima
darjat peramalan ismullah ayat empat tersebut itu. Wallahu`alam.
PEMBENARAN (PENTAHQIQKAN) SOROTAN PERSILATAN ZOHIRIAH – SILAT LAKSAMANA HANG TUAH.
Berdasarkan gambaran oleh pengarang cerita Hang Tuah tentang ilmu dan teknik persilatan Hang Tuah ini bolehlah dianggap Silat Hang Tuah ini menjadi salah satu induk atau tonggak utama
kepada keberkesanan seni beladiri Melayu bagi pelbagai teknik dan resam
silat silat Melayu asli yang ada pada hari ini di Nusantara Melayu
dengan berbagai namanya dan berbagai corak serta kaedah persilatannya.
Namun Silat Melayu yang betul-betul asli mengikut kaedah Silat Hang Tuah
ialah mana-mana silat yang menggunakan senjata-senjata yang pernah
digunakan Hang Tuah dalam pembelajaran persilatannya seperti pisau,
parang, keris pendek (keris pendua), keris Panjang (keris Utama), kapak,
tombak, pedang, lembing – seligi dan panah walaupun persilatannya tidak menyamai taraf kehebatan Pahlawan Agong Melayu itu. Namun begitu boleh juga dianggap
bahawa Hang Tuah tetap handal berlawan dengan teknik tangan kosong
walaupun dalam cerita-cerita pertempurannya atau pergelutan beliau
dengan para lawannya dalam hikayat ini tiada sekali pun menyatakan
beliau berlawan atau bergelut dengan menggunakan tangan kosong sahaja
kerana sudah lumrah dan ma`alum kepada semua bahawa dalam persilatan
Melayu jika seseorang boleh bertempur dengan menggunakan senjata
tradisional maka secara mudahnya pula ia boleh berlawan atau menguasai
teknik menggunakan tangan kosong. Hal ini terbukti Hang Tuah ada menari
tarian silat bertangan kosong dalam beberapa majlis keraian di istana
sama ada di Melaka atau di Majapahit. Dengan
hujah ini tidaklah boleh dianggap jika sesebuah perguruan persilatan
Melayu yang ada hari ini tidak mengajar bagaimana cara menggunakan
senjata senjata tradisional Melayu sebagai bukan silat Melayu yang asli.
Namun berdasarkan sorotan ini, silat Laksamana Hang Tuah melalui
gambaran hikayatnya, penggunaan senjata senjata tradisi dalam persilatan
Melayu asli adalah suatu perkara pepakan malai terutama bagi silat Melayu asli yang berasal dari benih Silat Laksamana Hang Tuah sendiri.
Gambaran sebenar teknik ilmu persilatan
Melayu Asli zaman Laksamana Hang Tuah dapat dikesani dari riwayat semua
babak-babak pertarungan bersenjata atau pergelutan Hang Tuah secara
perseorangan ataupun babak pertarungan beliau bersama empat sahabatnya
dengan musoh-musoh mereka yang ingin membunoh mereka atau yang ingin
memusnahkan misi para pahlawan Melayu itu iaitu sebagai seorang panglima
dan Laksamana dan sebagai hulubalang hulubalang Melayu zaman kemuncak
kegemilangan Empayer Laut Melayu Melaka di zaman pemerintahan Sultan
Mansyur Shah dan Zaman bermula kejatuhan Melaka ke tangan Portugis
(tahun 1511M) iaitu di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
Para sarjana timur dan barat ramai yang berpendapat Hikayat Hang Tuah bahagian pertama
iaitu bahagian pertarungan (perlawanan) kerana melaksanakan misi dan
zaman menuju puncak kegemilangan kerajaan Melaka adalah ditulis oleh seorang pengarang tertentu dan bahagian kedua
iaitu bahagian pengembaraan Hang Tuah ke negara-negara besar zamannya
seperti Siam, India, Cina, Turki dan Rom adalah dikarang oleh seorang pengarang yang lain. Walau bagaimanapun bahagian pengembaraan Hang Tuah ke India dan Siam masih boleh dianggap ianya ditulis oleh pengarang bahagian pertama juga
kerana gambaran teknik persilatan Hang Tuah dan pertarungan pedang yang
cukup dramatik, mahir dan hebat oleh Hang Tuah menentang pendekar
`Benua Keling` (India) dan menentang pendekar Jepun (Samurai?) lebih
kurang sama dengan kaedah persilatan Laksamana Hang Tuah bahagian
pertama hikayat Hang Tuah ini. Cerita
bahagian Pertarungan Hang Tuah dengan musoh-musoh beliau berkemungkinan
besar ditulis selepas sahaja serangan Portugis ke atas Melaka. (Sila rujuk bahasannya pada buku Hang Tuah. DBP, Ogos 1963 atas tajuk:Pengenalan ms Xii ).
Melalui bahasan itu dapatlah kita membuat suatu rumusan bahawa pengarang Hikayat Hang Tuah bahagaian pertama adalah seorang yang arif dalam ilmu persilatan Melayu zamannya
(Zaman hikayat bahagian pertama ini ditulis) sebab gambaran kehebatan
persilatan Hang Tuah yang digambarkan beliau mungkin suatu khayalan minda sedar penulisannya yang
memang dipengaruhi ilmu atau teknik persilatan sama ada yang pernah
dialaminya, dipelajarinya atau yang pernah dilihatnya sendiri atau pun
diceritakan orang di zamannya kepada beliau. Seseorang tidak
dapat menulis dengan baik dan tepat akan sesuatu perkara tampa ada
unsur-unsur pengalaman diri seperti perkara yang tersebut itu. Mengikut
sasterawan Negara, Kassim Ahmad dalam aluan kata pengenalan dalam buku
Hang Tuah keluaran DB. 1963 tersebut mengenai kekaliberan pengarang
Hikayat Hang Tuah mengenai ilmu persilatan Melayu seperti berikut:
“…Dan sesungguhnya, boleh dikatakan
semua temasha2 pertikaman antara Hang Tuah atau Hang Tuah dan teman
temannya di satu pehak dengan musoh2 Melaka di pehak yang lain
dilukiskan dengan gaya yang amat menghairahkan. Bukan saja dalam melukiskan temasha2 pertikaman pengarang ini handal, tangannya tidak kurang hidup mengendalikan peristiwa yang lebih biasa (luar biasa-p).” (ms. xiv)
Jelas kepada kita sekarang gambaran
teknik persilatan Hang Tuah dan para sahabatnya zaman 500 tahun yang
lampau itu adalah gambaran Seni Silat Melayu Asli yang sejati oleh
pengarangnya kerana pada zaman itu
boleh dikatakan belum ada lagi sebarang pengaruh seni beladiri asing
(jika ada) yang dikhuatiri mempengaruhi teknik dan palsafahnya dalam
seni beladiri Melayu iaitu Seni Silat. Oleh yang demikian
gambaran sebenar teknik dan palsafah Seni Silat Melayu Asli yang sejati
seperti zaman Hang Tuah dapat kita ketahui melalui beberapa sudut kajian
terhadap babak-babak pertarungan Hang Tuah dan sahabat-sahabat beliau
dengan para pencabar yang ingin membunuhnya seperti berikut;
BEBERAPA SOROTAN TERHADAP SILAT LAKSAMANA HANG TUAH
ASAS PERSILATAN HANG TUAH LIMA BERSAHABAT
Pada ketika usia meraka baru belasan
tahun telah bermula suatu pengalaman kependekaran oleh Hang Tuah bersama
empat orang sahabatnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu keluar mengembara di sekitar Selat Melaka. Beliau dan sahabat
sahabatnya telah dibekalkan oleh bapa bapa mereka senjata dengan sebilah keris dan sebilah parang. Hal ini andaian yang boleh dibuat ialah Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah pun diajar oleh bapa masing-masing ilmu persilatan kampungan.
Jikalau ilmu silat belum diajar kepada mereka bagaimana keris dan
parang yang dibekalkan itu hendak digunakan menentang musoh? Tentulah
menjadi lebih merbahayakan diri sendiri kalau tidak pandai menggunakan
senjata yang dibawa. Sudah menjadi resam tradisi masyarakat Melayu lama
pula seseorang pemuda tidak akan meninggalkan kampong halamannya
mengembara tampa sedikit sebanyak belajar terlebih dahulu ilmu
persilatan sebagai bekal menjaga diri dari ancaman musoh diperantauan.
A. SILAT TARI HANG TUAH (SILAT BUNGA – SILAT TANGAN KOSONG)
Silat Tari Hulubalang Melayu atau Silat Bunga Hang Tuah. Pada zaman ini di utara dan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu corak silat yang semacam ini disebut juga Silat Pulut atau Seni Silat Tangan kosong. Pada kebiasaanya Silat Tari ini dipersembahkan di majlis-majlis keraian dalam istana Raja dengan iringan bunyi-bunyian muzik khas.
Seperti mana sekarang ini dipersembahkan dalam majlis-majlis perasmian
atau keraian tertentu dalam masyakat Melayu Nusantara sebagai suatu
budaya tradisi Melayu. Tetapi di zaman ketika dan setelah Negeri-Negeri
Melayu Nusantara dijajah oleh kuasa kuasa barat persembahan Bunga Tari
Silat Pendekar Melayu Asli ini agak berubah sedikit tekniknya kepada menjadi lebih lembut daripada yang di zaman teradisi Hang Tuah. Ini kerana para pesilat semasa penjajahan kuasa-kuasa barat dilarang oleh penjajah memakai senjata semasa persembahan silat
walaupun sekurang-kurangnya ada terselit sebilah keris di pinggang
masing-masing ketika pesilat mempamerkan aksi-aksi silat masing-masing
dalam majlis keraian tersebut. (zaman penjajahan untuk bersilat tangan
kosong saja pun mestilah mendapat kebenaran pihak mata-mata kerajaan
(polis) terlebih dahulu. Lalu tradisi begini (kaedah dan gaya tidak
memakai senjata dipinggang ini) di warisi generasi ke generasi hinggalah
ke hari ini. (Sila lihat artikel Silat Lembing-Tombak Panji Alam Pendekar laman web http://geraksejati.co.cc sebagai perbincangan tambahan)
TEKS:
1. DI MELAKA-TANAH MELAYU
Hang Tuah digambarkan sangat mahir
dengan tarian silat dalam majlis keraian di istana. Salah satu contohnya
lihatlah petikan berikut di mana Hang Tuah menarikan tarian silat bunga
ini (Bunga Tari Silat Pendekar Hulubalang Melayu) semasa menghadiri majlis keraian `Menduduki Istana baru` oleh adinda Sultan Melaka iaitu Sang Jaya Nantaka;
“Maka Tun Tuah pun menyembah kepada raja muda lalu berbangkit serta memegang ulu keris panjang tempa Melaka itu (yang diselitkan pada pinggangnya-p) terlalu baik (cantik dan hebat-p) sikapnya (tingkah dan gerakan-p) menari itu (bersilat tari dengan kedua tangan dan gerakan tubuh dan kaki itu-p), lalu di-lompatkan dengan lompatan pertikaman(ya`ni cara lompatan beserta aksi menikam-p), serta menyembah lalu dudok. (Di
sini walaupun keterangan yang diberi pendek tetapi gambaran Tarian
silatnya dinamik dan mempunyai klimaksnya – pada babak penyudah
tarian-p). Maka raja muda pun suka melihat dia (Bersilat itu-p), tiada jemu pada mata baginda (mata melihat sangat tertarik – hati tertawan), maka dalam hati baginda, sunggoh–lah Tun Tuah ini hulubalang, manis laku-nya (ya`ni hebatnya perawakan seorang hulubalang).
Sa-telah itu maka Tun Jebat pun menyembah raja muda lalu menari. Maka
Hang Lekir, Hang Lekiu pun mengambil piala daripada tangan orang mengisi
piala itu…” (ms.66)
2. DI MAJAPAHIT-TANAH JAWA.
Semasa di Majapahit Hang Tuah juga ada
menari tarian Silat Bunga Hulubalang Melayu Asli ini dalam majlis-majlis
keraian diraja dalam istana Betara Majapahit. Contohnya seperti petikan
berikut:
“Maka rebana (berserta alatan bunyian dan gendang, gong, serunai dan yang lain lagi-p) berbunyilah. Maka segala raja-raja itu pun berasa khayal-lah lalu
berbangkit menari beranggap-anggapan terlalu ramai…”
berbangkit menari beranggap-anggapan terlalu ramai…”
“..Maka titah Seri Betara, `Menari
apa-lah Kiyai Tuah. Ingin-lah kita hendak melihat-mu menari.` Maka
sembah Tun Tuah, `Daulat tuanku andika, ini menari cara hulubalang-lah` (tari silat-p). Maka Tun Tuah pun menyembah Seri Betara dan Raja Melaka lalu bangun menari, serta di-singsing-nya tangan baju-nya lalu di-pegang hulu keris panjang-nya (yang di selitkan di pinggangnya-p). Maka tangan kanan di-kedang2-nya (dimainkan bunga tari silat serta gerak pancungan, tikaman, parasan, tetakan, tangkisan dan lain-lain-p). Apabila tangan-nya kanan memegang hulu keris panjang-nya, maka tangan-nya kiri di-kedang2kannya, lalu dilompatkan-nya.” (Ms.126)
3. “Maka titah seri Betara, `Hai kiai Pateh, anggapkan (unjuk sambil mengajak-p) kepada Laksamana, kerana kita hendak melihat Laksamana menari, kerana kita dengar Laksamana pandai menari (menari silat kaedah seni tari hulubalang Melayu-p) cara Melayu. `Maka Pateh pun bangun menari, serta di-sinsing-nya tangan baju-nya, maka di-anggapkan-nya pada Laksamana. Maka Laksamana pun menyembah lalu bangun menari, serta di-sinsing tangan baju-nya, memegang hulu keris panjang-nya (yang di selitkan pada pinggangnya-p). Sa-telah itu maka di–kedang2kan tangan-nya apabila ia melompat ka-kiri dan ka-kanan, serta memekis, kata-nya, `Cheh! Mana-tah penjurit Majapahit ? Mari-lah berhadapan dengan aku..” (ms.245)
ULASAN SILAT : TARI DAN JURUS
Berdasarkan kisah Hang Tuah dalam petikan di atas, jelaslah kepada kita sekarang bahawa Seni Silat Tari Melayu atau Silat BungaTari Melayu atau pun jenis Silat Pulut itu adalah juga silat Melayu Asli semenjak Zaman Hang Tuah atau sebelumnya beribu tahun lagi. Cuma
Silat Tari atau Silat Bunga oleh Hang Tuah ada memakai keris
dipinggangnya dan menari sebelah tangan pada permulaan gerak serta
memegang hulu keris sebelah tangan yang lain (teks 2 dan 3). Lalu menari dengan kedua-dua tangan selepas memegang ulu keris pada permulaan geraknya
(teks 1). Maka jika Silat Tari Melayu Asli hari ada yang memulakan
gerak tari tangan kosongnya dengan satu tangan diletakkan di paras
pinggang seolah-olahnya memegang hulu keris dan tangannya yang satu lagi
dihulurkan ke hadapan dengan gerak tari yang memberi ma’ana serangan
dan belaan – tangkisan dan sebagainya kemungkinan besar benih asalnya
(Bapanya) ialah Silat Hang Tuah. Satu hal lagi adalah jelas sekali method atau teknik lompatan amat popular kepada beliau (Hal ini ia itu teknik lompatan-jarang di guna dalam kebanyakan silat pulut pada hari ini tetapi bukannya mesti tidak ada – Jika benih silat tari atau silat bunga tertentu itu benihnya berasal dari Silat Hang Tuah tandanya ialah ada aksi lompatannya pada gerakan penyudah.
Sama ada tinggi atau pun rendah lompatannya pasti ada walau pun
tidaklah sehebat lompatan Hang Tuah-p). Namun tarian ini bukanlah pada
praktiknya digunakan untuk bertempur-perang, tetapi untuk keraian atau
perasmian majlis-majlis tertentu. Maka Silat Tari atau Silat Bunga yang
benihnya berasal dari cara Hang Tuah itu sebenarnya lah sejenis kaedah
tarian hulubalang Melayu zaman dahulu. Tarian ini diajar dari generasi
ke generasi untuk memenuhi fungsi-fungsi keraian majlis tertentu
tersebut. Oleh itu kebanyakan perguruan Seni Silat Tari Melayu ini tidak
ada mengajar muridnya bermain senjata, ia hanya banyak menumpukan
bermain tarian dan permainan buah buah silat secara Tanya – jawab pada
serangan dan belaan melalui sentuhan sentuhan ringan pada titik bahaya
pada tubuh lawan serta kuncian-kuncian juga ringan secara teknik
bertangan kosong. Walaupun bagitu ia
mempunyai potensi membentuk jurus-jurus pencak ( jurus tempur ) yang
hebat dalam pelajaran tempur penggunaan senjata Melayu tradisional
seperti parang, kapak, keris pendek, keris panjang, pedang, tongkat
pendek atau tongkat panjang, tombak, lembing, seligi-tembong dan panah
serta lain-lain lagi. Kerana ia ibaratkan satu pokok :
Tarian silat bunga atau bunga tarinya itu ibaratkan dedaunan dan rantingnya pokok. Manakala jurus tempur silat bunga itu adalah dedahannya pokok. Manakala buah pukulan atau serangan dan belaannya sama ada bertangan kosong atau menggunakan senjata adalah batangnya pokok. Manakala Iman, Islam, tauhid, maarifat adalah akarnya pokok. Akar bertunjang dan bertapak paksikan kepada bumi yang teguh berbudi. Pendek katanya bebunga, dedaun dan rantingnya itu keluar dari dedahan, dedahan keluar dari batang, batang keluar dari akar, akar keluar dari benih, benih bercambah dari dalam bumi sejati yang teguh terhampar luas semesta.
Tarian silat bunga atau bunga tarinya itu ibaratkan dedaunan dan rantingnya pokok. Manakala jurus tempur silat bunga itu adalah dedahannya pokok. Manakala buah pukulan atau serangan dan belaannya sama ada bertangan kosong atau menggunakan senjata adalah batangnya pokok. Manakala Iman, Islam, tauhid, maarifat adalah akarnya pokok. Akar bertunjang dan bertapak paksikan kepada bumi yang teguh berbudi. Pendek katanya bebunga, dedaun dan rantingnya itu keluar dari dedahan, dedahan keluar dari batang, batang keluar dari akar, akar keluar dari benih, benih bercambah dari dalam bumi sejati yang teguh terhampar luas semesta.
Ada pun seni silat Melayu asli hari ini yang benihnya dari Silat Bunga Hang Tuah dapat kita camkan pada permulaan seorang pesilatnya memulakan gerak tari iaitu jika salah satu tangannya berada atau menyentuh pinggangnya (seolah-olah memegang hulu keris) dan
tangan yang satu lagi dikedang atau dihulur ke hadapannya dan ditarikan
dengan apa-apa corak maknawinya serangan atau belaannya maka iaitu berkemungkinan besar adalah jenis silat yang benih asalnya daripada Silat Laksamana Hang Tuah.
Tetapi kalau permulaan gerak tarinya terus saja dengan gerakan bunga
tari yang istilahnya sama dengan yang disebut ini iaitu: Tebar, kibor,
bedut, besut, pepat gantang, rencong teleng, pedang mengepang, pusaran
ayer, belai bayu, bunga pakma, layangan camar, helang melayang, sikat
puan, cakar beroga, cakar harimau, tampar beruang atau pun seludang
jatuh, tapak rimau, tarik rotan, lenggang janda, merbah berlaga, kayuh
sampan, menggalah canggah ombak, belah udang, sireh junjong, benang
kusut, sambar helang segara, sambar garoda, mengepak bangau, patukan
tedong, naga melilit, naga libas, siku kelawar dan banyak lagi, maka bukanlah asal dari benih Silat Tari Hang Tuah. Tetapi
ia berasal dari para pendekar Melayu yang lain yang memang cukup ramai
yang hebat-hebat, juga para pengasas Silat Silat Melayu Asli Nusantara
ini dengan bermacam-macam gaya dan dan kaedahnya, falsafahnya dan
namanya yang diwarisi bangsa Melayu hingga ke hari ini hingga
berpuloh-puloh orang pendekar malah beratusan yang menjadi pengasasnya. Sebab itu silat pulut atau silat bunga Melayu cukup banyak dengan pelbagai gaya bunga silatnya tersendiri terkadang
nampak seperti serupa antara satu sama lain kerana tercipta dari ilham
pengasasnya bersumberkan benda-benda alam yang sama antara satu sama
lain. Kaedah Silat Bunga Hang Tuah atau Silat Tari Hang Tuah tariannya disebutnya tari hulubalang
yang dipengaruhi gerak bunga tikaman senjata pendek dan panjang,
libasan.paras, pancong, belah, tangkis, libasan, penggal, tetakan kiri
tetak kanan, tetak depan, tetakan belakang, tetak atas, tetak bawah,
paras atau pacong kiri kanan, belakang, depan, atas, tengah, bawah,
tangkisan atas, tengah, bawah, dalam, luar, kanan, kiri, depan,
belakang, berpusing dan lompatan keris panjang dan pedang mengikut
keselesaan gerak sejati manusia. Dalam gerak jurusnya pula
gerakan tubuh adalah bebas saja baik ke hadapan, ke belakang, ke kanan,
ke kiri, dengan gerak lurus atau gerak sendeng atau rencong semua boleh
dan bebas belaka mengikut situasi serta tempat bergelut serta
keselesaan diri manusiawiyahnya. Kedudukan dan pergerakan tuboh juga bebas tidak terikat
dengan satu-satu kaedah kedudukan persilatan sahaja, ia menggunakan
gerak manusia sejatinya – boleh bertukar kapan saja asalkan dirinya
selesa untuk membuat belaan atau serangan atau LARI . Contoh LARI dari Teks:
“Maka Laksamana pun melompat undur (lari) ka-pintu istana itu, maka lalu terjun (lari) di atas pintu itu. Maka Hang Jebat di-pertubi-nya tikam belakang Laksamana, tiada lut, mastul Laksamana pun tanggal (terpecat) dari kepala-nya lalu berbelit2 pada leher-nya. Maka Laksamana pun berjalan–lah pulang ka–rumah-nya sambil melambaikan (membuat hayunan dari arah atas ke bawah) keris-nya.” (ms.323)
Kedudukan tubuh juga mengikut situasi tempur
atau pergelutan dan situasi tempat bertempur samada di kawasan lapang,
kawasan sempit, di darat, di air, di bukit, di lembah dan sabagainya
dengan kedudukan dan gerakan sama ada baring terlentang, terlungkup,
berbaring pada lambong kiri atau kanan, keadaan bersila, bersila
panggong atau pun bertinggong, duduk berlutut, berdiri dalam keadaan
berbongkok, berdiri berkekuda atau berdiri tegak lurus terpacak sahaja
atau pun apa saja kedudukan biasa manusianya ia tetap boleh bergelut
atau bertempur jika diserang oleh musoh ketika itu dengan menggunakan
seluruh alam diri persilatannya. Wallahu`alam.
B. SILAT TEMPUR (MENENTANG MUSOH)
1. PENGGUNAAN SELIGI DAN KERIS PENDEK
Semasa pengembaraan pertama mereka di
laut Hang Tuah berlima sahabat telah dikejar oleh tiga buah kapal lanun
yang hendak merompak ke Palembang mereka hendak ditawan dan dijadikan
budak suruhan. Oleh kerana jumlah lanun ramai Hang Tuah mengambil
keputusan bertempur di pulau. Sampai di pulau mereka menyediakan seligi
tiga bilah pada seorang untuh menentang musoh yang mengejar mereka:
“Apabila hamper musoh itu ka-hadapan Hang Tuah, maka ditikam oleh Hang Tuah, kena pehanya, lalu terdudok tiada dapat bangkit lagi. Maka ditikam pula oleh Hang Jebat, kena saorang, lalu lari ke perahunya mengambil sumpitan dan seligi…” (ms:21)
“Maka kata Hang Jebat sambil menangkiskan seligi dan anak damak yang seperti hujan datangnya itu dengan seketika pada (dengan seligi-p) tangannya… serta ditikamnya (dengan seligi-p) oleh Hang Tuah dan Hang jebat kelimanya. Maka kena pula lima orang musoh itu, lalu rebah terduduk…” (ms:21)
“Maka Hang Tuah pun menghunus kerisnya (Keris pendek, ukuran kurang daripada 13 inci panjang-p) dan yang keempat itu pun menghunus kerisnya lalu menyerbu diri pada musoh yang dua puloh itu. Maka ditikamnya oleh Hang Tuah, dua orang mati. Maka di-tikam pula oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, empat orang mati. Maka yang tinggal lagi sa-puloh orang itu lari-lah…” (Ms.21)
“Apabila hamper musoh itu ka-hadapan Hang Tuah, maka ditikam oleh Hang Tuah, kena pehanya, lalu terdudok tiada dapat bangkit lagi. Maka ditikam pula oleh Hang Jebat, kena saorang, lalu lari ke perahunya mengambil sumpitan dan seligi…” (ms:21)
“Maka kata Hang Jebat sambil menangkiskan seligi dan anak damak yang seperti hujan datangnya itu dengan seketika pada (dengan seligi-p) tangannya… serta ditikamnya (dengan seligi-p) oleh Hang Tuah dan Hang jebat kelimanya. Maka kena pula lima orang musoh itu, lalu rebah terduduk…” (ms:21)
“Maka Hang Tuah pun menghunus kerisnya (Keris pendek, ukuran kurang daripada 13 inci panjang-p) dan yang keempat itu pun menghunus kerisnya lalu menyerbu diri pada musoh yang dua puloh itu. Maka ditikamnya oleh Hang Tuah, dua orang mati. Maka di-tikam pula oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, empat orang mati. Maka yang tinggal lagi sa-puloh orang itu lari-lah…” (Ms.21)
ULASAN SILAT
Jika dibayangkan pertempuran Hang Tuah
dan empat sahabatnya dari petikan diatas kita melihat ada dua kemahiran
persilatan mereka iaitu bagaimana menggunakan seligi yang cukup berkesan dengan menangkis seligi yang dilancarkan oleh musuh dan juga menangkis sumpitan anak damak. Kemudian menggunakan seligi di tangan menikam musoh mereka yang menyerang secara berhadapan dengan lembing seligi. Mereka juga mahir menggunakan keris pendek dengan cara menyerbu dan menikam.
Perbuatan menyerbu ertinya menerkam (menyerang) dengan deras (dalam
bentuk jurus kencang) sambil menikam musoh dengan tepat. Jelas di sini
dalam pertempuran mereka menggunakan jurus-jurus kencang persilatan berkeris dan tiada di sebut sebarang tarian silat diaplikasikan semasa mereka bertempur. Memang bila menggunakan jurus silat, perbuatan tari jika ada pun menjadi berkurangan.
2. PENGGUNAAN KAPAK (AXE-WING)
Selepas peristiwa bertempur dengan lanun
di pulau Selat Melaka, Hang Tuah bersama sahabat-sahabatnya telah pergi
menambahkan lagi ilmu persilatannya dengan seorang ahli pertapaan Aria
Putera di Bukit Panchalusa selama 7 hari 7 malam. Adakah cara ini
warisan kepada Silat Melayu yang terkenal hari ini dengan nama SILAT PUKULAN TUJUH HARI?
Satakat yang penulis tahu Silat Pukulan Tujuh Hari tingkat awal
menitikberatkan puasa putih tiga hari. Pengamalan tidur bertindih nafas.
Mengenal gerak nafas dan menerima buah pukulan dan persenjataan dari
guru selama tujuh hari iaitu sebiji buah sehari dengan keilmuan kaedah belaan dan serang balik dengan menggunakan kaedah silat bertangan kosong.
Pukulan-pukulan yang terkenal ialah pukulan setungan, tukulan buku
lima, tumbuk biring, tumbuk pepat, pukulan telapak tukul buku lima,
tendasan baji, segerak sepukul, pukulan elakan, pukulan seturut,
terjahan dan lompatan. Peringkat dua menggunakan senjata (ada yang
menerima sekali gus dengan peringkat satu ada yang mengambilnya dari
guru setelah mahir tingkat tangan kosong – dan menerimanya tujuh hari
pula untuk tingkatan menggunakan senjata). Pelajaran tingkat senjata
menggunakan parang, pedang, senjata keris panjang juga keris pendek
(biasanya untuk kaedah tikam, hirisan dan lain-lain rahsia penggunaan
keris pendek) .
Pelajaran bersenjata Silat Tujuh hari antaranya saperti berikut;Hari 1. Serangan bahagian bawah musoh-guna kaedah memarang atau tebas.
Hari 2. Serangan bahagaian pinggang-memarang atau tebas.Belah tengah lurus ke atas.
Hari 3. Serangan bahagian perut hingga sudu hati-dada mengguna teknik tikam.
Hari 4. Serangan daerah kedua rusok kiri-kanan-paras atau parang, tetak,tikam.
Hari 5. Serangan daerah bahu sampai lengan dan tangan tetak, paras, pancong.
Hari 6. Serangan daerah leher, paras, pancong, penggal, tetak dari belakang.
Hari 7. Serangan bahagian muka dan kepala paras, memarang, membelah, menetak
(Silat Pukulan 7 hari Melayu dengar ceritanya banyak versi – lain guru lain caranya. Mana yang asal asli? Wallahu`alam.)
SETELAH balik dari berguru Hang Tuah
menghadapi peristiwa orang mengamuk di tengah pesara (Pasar) ramai orang
yang luka dan mati dibunohnya. Ketika itu Hang Tuah sedang bekerja
membelah kayu api dekat rumahnya dengan kapak.
“…Orang mengamok itu pun datanglah
berlari-lari dengan keris terhunus menuju Hang Tuah… datanglah ke
hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun
melompat menyalahkan tikam orang itu, maka salah (tidak mengena-p) tikamnya itu. Maka Hang Tuah pun melompat, maka diparangnya (dibelah-p) kepala orang mengamok itu dengan kapak, kena, belah dua, maka lalu larilah. Maka orang mengamok itu pun rebah lah lalu mati.” (Ms:29)
ULASAN SILAT
Dalam pergelutan silat antara orang mengamok dengan Hang Tuah tersebut mungkin Hang Tuah duduk dengan langkah tari menanti serangan atau berdiri terpacak bersahaja tanpa sebarang langkahan tari. Apabila dadanya ditikam ia mengelak dengan suatu lompatan
(mungkin ke kiri atau ke kanan) sambil dengan cepat membelah kepala
musohnya. Ini suatu gerakan pantas iaitu semasa aksi buangan atau elakan
serangan dibuat serentak dengan melancarkan serangan balik (dikenali
dengan istilah satu gerak pada elak dan pukul – ini adalah resam silat Melayu Pukulan 7 hari. Adakah Silat Melayu Pukulan Tujuh Hari kini adalah warisan silat Hang Tuah dari Gurunya Aria Putera? Wallahua`lam.
3. PENGGUNAAN KERIS PANDAK (PENDEK-PENDUA)
Penggunaan keris pendek atau keris pendua dalam kisah pertempuran persilatan Hang Tuah tidak banyak. Lima babak utama sahaja yang ada. Tidak sehebat penggunaan keris panjangnya (Keris Tempa Melaka – keris utamanya). Kalau diselidiki keris Taming Sarinya pun adalah keris pendek (tidak melebihi 13 inci panjang mata keris berpepisaunya). Kaedah penggunaan keris pendek adalah banyak dengan teknik menikam sahaja.
Penggunaan keris pendek ini adalah kebanyakan diajar dalam silat-silat
Melayu Nusantara hari ini. Tapi adakah sama seperti penggunaannya oleh
Laksamana Hang Tuah? Mari kita sama-sama selidiki dan fikirkan.
I. Peristiwa orang mengamok
“Hatta maka orang yang mengamok empat itu pun datang lah dengan keris bertelanjang (Tidak bersarung-p) berlari2, barang yang terlintang di-tikamnya. Demi di dengar oleh orang empat itu (orang mengamok)
kata Hang Tuah demikian ia pun terlalu amarah, serta diusirnya akan
Hang Tuah dan Hang Jebat, ditikamnya berturut2. Maka Hang Tuah dan Hang
Jebat pun melompat ka-kiri dan ka-kanan menyalahkan tikaman orang itu. Satelah lalu, ditikamnya saorang,
itu pun rebah lalu mati. maka melompat pula Hang Kasturi dan Hang Lekir
dan Hang Lekiu, lalu ditikamnya, rebah pula lalu mati. Maka yang dua
orang itu pun bertikam dengan Hang Tuah. Maka keduanya mati ditikam oleh Hang tuah”. (Ms.30)
ULASAN SILAT
DALAM BABAK ini teknik pertikaman keris
Hang Tuah berserta sahabatnya dengan lawan mereka empat orang yang ingin
membunoh Datok Bendahara Bentan itu ialah teknik TIKAMAN ini biasa dalam kaedah penggunaan keris pendek. Kaedah utama persilatan ialah ELAKAN dan LOMPATAN.
Mengelak dengan lompatan ke kiri atau ke kanan lalu apabila terluang
menyerang (menikam) lawan. Ini disebut kaedah dua gerak. Setengah guru
berpendapat ini kaedah mengelirukan lawan dan mengintai luang yang baik
untuk membinasakan lawan walaupun ada yang berpendapat ia kaedah yang
dikira lambat yang boleh memberi ruang kepada lawan untuk menangkis
balik serangan. Namun kaedah lompatan adalah popular dalam silat Hang Tuah. Kenyataan ini menolak sesetengah pendapat guru silat yang mengatakan Silat Melayu tiada lompatan
atau merbahaya jika bergerak dengan melompat (perkara ini penulis
pernah dengar masa kecil kecil dulu – apabila ziarah ke beberapa
gelanggang Silat Melayu). Ada juga sesetengah ahli persilatan Melayu
berpendapat teknik mengelak juga boleh menyebabkan pergerakan menjadi
lembab untuk menyerang balas malah ada sesetengah silat mengatakan jika
ia menyerang kalau lawan mengelak pun kena juga (dimakannya juga).
Tetapi kalau mengelak dengan suatu lompatan seperti silat Hang Tuah ini
lalu serentak itu menyerang balas bagaimana?… Hal ini terbuka untuk
dibahaskan lagi.
II. Berkeris pendek (Keris pendua) melawan penjurit mahir bertombak
Gerak lompat dan tikam juga digunakan oleh Hang Tuah dalam pertarungannya di babak-babak tempur persilatannya yang lain. Contohnya:
“Satelah dilepaskannya (Oleh Pateh Gajah Mada)
maka penjurit itu pun segera berlari serta ditikamnya dada Hang tuah,
dipertubi-tubinya tikam, tetapi Tun Tuah orang tahu bermain senjata pada
barang main (pelbagai teknik tempur sebarang senjata-p). Maka Tun Tuah pun Melompat ka-kiri dan ka-kanan menyalahkan tikam penjurit itu. Maka Tun Tuah pun melompat ka-hadapan serta menghunus keris penduanya (keris pendek-p), maka dilompat ka-kanan dan ka-belakang
penjurit itu lalu ditikamnya dadanya penjurit itu terus ka-belakang.
Maka Tun Tuah pun melompat serta memekis, katanya, `Cheh, mati engkau
oleh-ku!` Hatta maka penjurit itu pun rebah tersungkor di-hadapan
paseban itu. Maka Tun Tuah pun segera menyarung kerisnya lalu naik
menyembah Seri Betara dan Raja Melaka.”
ULASAN SILAT
Dalam babak pertikaman keris pendek ini disebut juga gerak lompatan empat pedahat iaitu lompat kekiri, kekanan, kehadapan dan kebelakang barulah ia menikam. Tikaman yang tepat dengan sekali tikam sahaja. Gerakan melompat yang terkenal dalam kaedah silat Melayu banyak sekali
ada yang disebutkan istilah lompat harimau, Lompat singa jantan, lompat
tiong, lompat lenting ulat nangka, lompat helang menyambar, lompat
garuda, lompat meninggi, lompat menjarak, lompat lenting kedidi, lompat
Jalak berpupoh taji (ayam sabungan) dan banyak lagi kaedah lompat dalam
silat Melayu. Jikalau begitu Lompat silat teknik apakah yang diguna oleh
Hang Tuah dalam pertikaman ini? Kalau ada
yang berkata teknik Silat Hang Tuah ini meniru teknik lompat Kungfu
Cina atau Shaolin Cina sudah tentulah orang itu jenis dungu dan buta
atau cetek dalam kaedah dan sejarah persilatan Melayu asli sebenarnya
atau kajian silatnya tidak mencukupi. Pada hal, malah konon
ceritanya, perkataan Shaolin pada kungfu Cina itu pun asalnya dari
perkataan Silat atau Silek (Minangkabau) dan ianya diperkenalkan oleh Bodhi Dharma
dari Palembang yang bersama Silek itu mengembangkan agama Hindu-Budha
ke Tanah Besar Cina beribu tahun yang lampau kerana pelat sebutan cakap
orang Cina akan perkataan silat atau silek jadilah sebutannya `Shao-lin` dari kata `Si-let` atau` si-lat`.
Sebenarnya anak Melayu Nusantara dalam zaman tradisi atau sampai hari
ini juga pun semenjak kecilnya umur setahun dua telah diajar dan
dimasukkan ke dalam minda mereka perkataan LOMPAT dan pentingnya `Falsafah Perlakuan Lompat`
itu. Hal ini jelas terbukti ketika ibu-ibu Melayu menimang dan
melambung-lambung keatas anak-anak kecil mereka dari pangkuannya dengan
maksud menghibur hati anak dan melatih keyakinan dan keberaniannya dengan satu pantun tradisional Melayu yang mashor dengan maksud pendidikan dan harapan masa depan yang cemerlang untuk anaknya iaitu pantun:
Lompat tinggi tinggi
Sampai ke cucur atap
Belum tumboh gigi
Sudah pandai baca kitab
Sampai ke cucur atap
Belum tumboh gigi
Sudah pandai baca kitab
Maksud `lompat tinggi tinggi sampai ke cucur (tepi) atap rumah` itu ada kaitan dengan falsafah dan fenomena teknik lompatan dalam ilmu persilatan asli Melayu
zaman tradisi atau pun juga kepada yang hari ini bagi orang yang faham. Iaitu pentingnya berbagai gaya lompatan tinggi dalam persilatan Melayu. Dalam aspek yang lain maksud suruh lompat tinggi-tinggi itu menggalakkan atau gempakkan semangat juang dan semangat kemajuan dan kecerdikan untuk kecemerlangan masa depan si anak sepertimana istilah moden menyebutnya `membuat lompatan saujana` dalam mengejar kemajuan diri dan Negara. Maka LOMPATAN dalam seni silat Melayu asli sebenarnya ada maksud maknawi apabila melompat ke atas merujuk kepada keadaan mengundur diri dari tahap manusiawi menuju tahap kesatuan memperolehi pengaruh spiritual dan pertolongan iluminasi (suluhan cahaya-pertolongan) dariNya.
zaman tradisi atau pun juga kepada yang hari ini bagi orang yang faham. Iaitu pentingnya berbagai gaya lompatan tinggi dalam persilatan Melayu. Dalam aspek yang lain maksud suruh lompat tinggi-tinggi itu menggalakkan atau gempakkan semangat juang dan semangat kemajuan dan kecerdikan untuk kecemerlangan masa depan si anak sepertimana istilah moden menyebutnya `membuat lompatan saujana` dalam mengejar kemajuan diri dan Negara. Maka LOMPATAN dalam seni silat Melayu asli sebenarnya ada maksud maknawi apabila melompat ke atas merujuk kepada keadaan mengundur diri dari tahap manusiawi menuju tahap kesatuan memperolehi pengaruh spiritual dan pertolongan iluminasi (suluhan cahaya-pertolongan) dariNya.
Maksud doa dan harapan ibu `belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab`
itu ialah mengharapkan anaknya menjadi orang bijaksana tetap sihat,
segar, segak, perkasa, cerdas dan cepat besar untuk sempurna belajar,
berilmu dan beramal menjadi seorang pendekar terbilang membela agama,
berjasa kepada masyarakat, bangsa dan tanah air. Tetapi di zaman moden
ini apakah kata-kata asuhan atau didikan ibu semasa menimang anak-anak
kesayangan mereka, adakah masih serupa? Atau pun asyik dengan lagu `Ayat
ayat cinta`? Aduh, kalau asyik begitu saja mendidik anak, inilah yang
amat disukai oleh para seteru dan inilah yang melemahkan dan melalaikan
anak Melayu. Awas Melayu!, jangan layu dan
keliru… nanti bangsa kamu lenyap dari dunia ini (maksudnya Melayu
menjadi bangsa terpinggir dan terhina). Hal
beginilah yang dibimbangkan oleh Hang Tuah takut terjadi kepada
bangsanya dengan kata-kata mendidiknya itu untuk kesedaran keseluruhan
bagi Melayu iaitu dengan kata beliau: `Ta`kan Melayu hilang di dunia`
itu. Maksudnya jangan kamu biarkan bangsa kamu, budaya kamu, agama
kamu, bahasa kamu, kuasa politik kamu, institusi raja-raja kamu dan
ekonomi kamu terpinggir atau dijajah bangsa lain!! Fahamkanlah dan
sedarlah baik-baik kita semua wahai MELAYU. Jadi
kalau Melayu mahu kuat, dihormati, diikuti, dipatuhi oleh bangsa lain
dalam negara ini Melayu mesti SATU saja iaitu satu bangsa, satu agama,
satu parti politik satu cita-cita dalam perjuangan untuk kecemerlangan
bangsa, agama Islam yang suci, budaya dan negara dan lain-lain. Oleh itu Selagi tidak jadi SATU MELAYU
saperti saranan di atas maka Hang Tuah pun kalau dia masih hidup sampai
sekarang ini tentulah dia rasa malu terhadap bangsa-bangsa mendatang
yang sudah pun menjadi warga negara ini dengan kata-kata beliau itu
kerana telan menjadi semacam suatu kebohongan. Cakapnya saja
berdegar-degar bangsanya MELAYU TAK PEDULI SETARANG (seterangnya = sungguh-sungguh).
Sudahlah beliau dahulu menanggung malu akibat berkelahi dengan sahabat
setianya Hang Jebat sehingga terpaksa membunuh sahabat yang disayanginya
itu kerana nafsu serakah ular naga pegawai istana Melaka dan sikap
egoistik rajanya yang tidak mahu mendengar nasihat dan terburu-buru
tanpa selidik usul periksa terlebih dahulu menjatuhkan hukuman bunuh
terhadap Hang Tuah yang akibat balasanNya Melaka Hancur oleh Portugis.
Sekarang seolah-olahnya dia (Hang Tuah Baru ini iaitu : Wakil idealisme
Melayu murni sejati) akan bertempur pula dengan lawannya dari tiga
penjuru iaitu sahabat-sahabatnya sendiri yang menjadi musuhnya iaitu
Hang jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir… cuma Hang Lekiu (golongan berdiam
diri Melayu) sahaja yang belum hendak memasuki medan laga. Kalau ada
empat golongan pahlawan melayu sahabat Hang Tuah ini menentang Hang Tuah
seorang maka Habislah Hang Tuah. Keris Taming Sarinya pun akan patah
tiada berpower lagi. Rakyat Melayu pun habis huru hara semacam kena AMOK
dek Hang Jebat dahulu dan kena serang oleh portugis. Maka Melaka Baru
pun tidak akan aman. Kalau ada yang ingin taklukinya pun akan senanglah
kerana Melaka Baru sudah menjadi tidak stabil lagi. Melayu yang jadi
tonggak kekuatan Negara sudah tidak dituntun oleh pahlawan-pahlawan
berkaliber lagi sebab asyik berperang dan berbunuhan sama sendiri.
Wahai para pemuka
pemimpin perjuangan Melayu sedarlah DARI PARTI APA pun kamu dan apapun
gelaran dipangkal nama-nama kamu atau nama parti perjuangan kamu selagi
laungan perjuangan kamu itu mempunyai unsur-unsur budaya hasad dengki,
kepentingan diri dan egoisme pada hakikatnya adalah hepokrasi `BERTOPENGKAN` atas nama dan cogan katanya `PARTI…..APA-APALAH`
perjuangan kamu tetapi pada realitinya hasrat dalam perjuangan kamu
yang utama sebenarnya ialah untuk mengejar kuasa, merebut jawatan dan
memenuhkan tembolok-tembolok (kepentingan diri sendiri) kamu sendiri dan
membelai serta membesarkan lagi ular naga (nafsu serakah) kamu dan
mendapat pangkat darjat mulia duniawiyah serta egoisma diri bagi
mendapat sanjungan ramai dan serta ketamakan atau kelahapan terhadap
materialisme dan egoisme kamu, maka keikhlasan perjuangan kamu adalah
sebenarnya PALSU BELAKA dan tidak mungkin kamu bolehBERSATU menjadi SATU MELAYU
akibatnya perjuangan kamu tidak boleh mendapat barokah daripada Allah
s.w.t. Sebab nenek moyang kamu yang bijak bistari telah pun lama
meninggalkan amanat dan pesan dengan satu simpulan bahasa yang indah
lagi benar iaitu `MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT`
yang selari dengan ajaran agamamu Islam yang syumul dan suci tapi tidak
engkau peduli lagi sebab sifat-sifatmu yang tersebut di atas. Ada pun
maksud muafakat menjadi berkat itu ertinya kalau kamu BERSATU DENGAN KERANA ALLAH DAN IKHLAS
maka kamu akan jadi gagah perkasa kuat dan berkuasa (politik) kamu,
rahmat Allah akan datang menyeluruh atas kamu dan umat Melayu kamu, kamu
semua akan dipandang mulia, dihormati, ditakuti dan dituruti kehendak
mu yang betul oleh orang (bangsa) lain. Engkau boleh buat apa saja untuk
kebaikan agama kamu, bangsa kamu, negara kamu dan agenda agenda kamu
yang lain-lain. Kamu tidak akan berani ditentang oleh bangsa lain atau
diperkecilkan wibawa kamu oleh mereka asalkan kamu berbuat dengan penuh
keikhlasan dan keadilan kerana insaAllah Tuhan akan bersama kamu
senantiasa dalam tindak tanduk perjuangan dan tindakan kamu sebagaimana
kejayaan yang pernah dicapai zaman Rasulullah s.a.w., zaman sahabat
sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar as-syiddiq, Sayyidina Omar r.a. dan
juga Zaman Sayyidina Omar Abdul Aziz. Justeru kalau tidak demikian
kata-kata keramat yang kononnya oleh Hang Tuah itu diketawakan orang
`bukan melayu` saja dan Melayu yang bermaruah pun amat malu menyebutnya,
tambah lagi kata-kata itu bukanlah kata-kata bijaksana yang selari
dengan agama sebagaimana rasionalnya kata-kata simpulan bahasa tersebut.
Kalau betul pun kata-kata itu dari Hang Tuah ialah katanya yang merujuk
kepada keadaan semasanya sahaja bukanlah satu kata-kata hikmat yang
berpepakan malar untuk bangsa Melayu. Kalau begitu Hang Tuah boleh
dianggap bapa persilatan Melayu saja tetapi bukan bapa rasionalisme
Melayu. Maka bilakah akan lahirnya seorang bapa rasionalisme Melayu yang ulong yang boleh menyatukan Melayu yang sedang berpecah tiga
sekarang dan betul-betul ikhlas memperjuangkan idelisme patriotik
bangsa Melayu yang benar-benar berpaksikan keluhuran nilai nilai Islam
sejati yang suci murni? Wallahualam. [kesinambungan bicara ini baca tajuk: `Konsep Nasionalisme Melayu Sejati` dalam web ini seterusnya]
Berbalik kita kepada hal persilatan Hang Tuah. Sudah Jelaslah dis ini bahawa Hang Tuah tidak kempunan untuk meniru mainan seni beladiri asing
baik Kungfu atau kuntau Cina atau Jepun atau Siam atau Korea mahu pun
India dan lain-lain lagi untuk menjadi pendekar agong Melayu sebagaimana
yang didakwa oleh sesetengah pihak itu.
Oleh itu, Silat Melayu Asli hari ini sudah pun cukup lengkap dengan
semua kaedahnya baik bertangan kosong atau bersenjata dan tetap akan
memelihara keasliannya yang memang cukup berkesan dan canggih dari zaman
Laksamana Hang Tuah atau sebelumnya lagi hingga ke hari ini. Silat Melayu Asli tidak memerlukan bunga tari dan gerak jurus yang sangat kencang pantas dan ligat kelihatan seperti `Gerakan Jurus saperti gerakan gila dan mabuk` atau `gerakan jurus dan tarian yang kusut masai` kononnya terlalulah tangkasnya. Sebenarnya itu hanyalah gimik kehebatan yang membuang-buang masa dan tenaga saja. Silat
Melayu Asli dalam jurus dan tari seninya perlukan ketenangan dan
kewarasan serta ketajaman penglihatan, firasat dan kebijaksanaan
berfikir namun ia bergerak dengan cepat, pantas dan kencang serta hebat
hanya apabila bertindak dalam serangan dan belaan ketika bergelut
berlawan sahaja, sebagaimana contoh Silat Dato` Laksamana Hang Tuah yang
diperkatakan dalam rencana ini.
III. PERTIKAMAN KERIS DENGAN TAMENG SARI.
Babak setelah Taming Sari memberikan kerisnya kepada Hang Tuah (dengan tipu helah Hang Tuah);
“Maka Tun Tuah pun tersangkut pada birai peseban itu lalu tertelut (terduduk berlutut). Maka segera ditikam-nya oleh Tameng Sari. Maka oleh Tun Tuah di-elaknya sambil bertelut menyalahkan tikam Tameng Sari itu, maka kena papan khambi dinding paseban itu…”. (Ms.136)
“…Maka Tun Tuah pun melompat ka-kanan ka-kiri menyalahkan tikam
Tameng sari itu, seperti tiada berjejak di-bumi lakunya. Maka Tameng
Sari pun lelah ternganga2 seperti anjing lelah. Maka Tun tuah pun melompat serta di-tikam-nya dada
Tameng sari, serta kata-nya, `Cheh, mati penjurit Tameng Sari
oleh-ku!`. Maka di-tikam-nya, kena dada-nya berbayang2 ka-belakang-nya.
Maka Tameng Sari pun rebah tersungkor, lalu mati.” (Ms:136) .
ULASAN SILAT
Dalam babak persilatan berlawan dengan Taming Sari ini ada teknik bertelut sambil mengelak tikaman. Kaedah bertelut ini tentulah dengan keadaan duduk berkekuda kaki sebelah (duduk menggunakan satu lutut sebagai paksi) maka pergerakan mengelak dan menepis atau menangkap – mengunci masih boleh dilakukan dalam teknik persilatan.
Ini keistemewaan Silat melayu asli. Hang Tuah selalunya mengintai luang
yang baik untuk menyerang lawan ia banyak mengambil sikap tenang ketika
menghadapi lawan. Serangannya jarang
hampa atau tidak mengena dengan tepat pada titik bahaya yang
dikehendakinya pada tubuh lawan apabila ia menyerang. Karektornya hebat bersama ilmu dan firasat. Ia bertindak melompat kencang menikam dada Tameng Sari ketika penjurit itu telah letih tidak bermaya lagi.
IV. MENIKAM PENJURIT KERTALA SARI
“Maka Kertala Sari pun berjalanlah
ka-tengah pasar itu. Maka tertendang kaki-nya pada tuboh Laksamana. Maka
Kertala Sari pun berdiri-lah atas (sebelah pehak atas) kepala Laksamana itu, kata-nya, `Tertirek bangkai pula aki ini!` Ada pun akan Laksamana tidor itu keris-nya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kartala Sari terus kebelakang-nya.” (ms.336)
ULASAN SILAT
Dalam babak ini menunjukan satu gerakan pantas silat Hang Tuah dari keadaan tidur
iaitu tuboh terbaring atas tanah, bangun terus melompat menikam dada
musoh dengan tepat dan tidak sempat dielak oleh lawannya. Adakah
kecepatan tindakan sabegini pada pesilat pesilat Melayu hari ini?. Ada
pun bangun dan melompat di sini bukanlah dengan gaya gimnastik yang banyak diaplikasikan dalam seni beladiri asing dunia hari ini termasuklah juga ditiru oleh setengah-setengah perguruan Silat Melayu Campuran di Nusantara ini. Maka ini bukan teknik Silat Hang Tuah iaitu melompat seperti lompatan jimnastik kerana ia tidak berfungsi dengan pantas dalam serangan terhadap lawan. Kalau tidak begitu ia lompatan apakah namanya lompatan Hang Tuah itu dalam istilah silat Melayu?
V. PERTIKAMAN DENGAN HANG JEBAT
Babak pertikaman keris pandak yang paling Hebat dalam sejarah pertikaman keris. Hang Tuah Menggunakan Keris Parong Sari dan Hang Jebat mulanya menggunakan Keris Taming Sari
kurnia raja Melaka sebagai menggantikan tempat Hang Tuah sebagai
Laksamana Melaka kerana Hang Tuah telah terfitnah dan disuruh hukum
bunuh oleh Sultan Melaka. Tetapi beliau tidak dibunuh oleh Bendahara
Paduka Raja, cuma disembunyikan di hulu Melaka dan berguru pula dengan
seorang Syeikh dan ulama Islam bernama `Syeikh Mansur’ di hulu Malaka.
PERSEDIAAN HEBAT HANG TUAH
“Maka Laksamana pun meniarap pada kaki raja, seraya memakai di hadapan raja: pertama dipakainya serual (Seluar Pendekar-p) beledu hijau sampai kelutut-nya, sudah itu maka berkain hijau (selempang-p) di-gansi (diukup wangian serta doa-p) yang bertepi emas di-pahat bersirat, di-ragam dan ikat pinggang khatifah (jenis berbulu domba) tujoh belit bersurat ayat Quran (sebagai azimat perang-p) dan berbaju kesumba murup bersurat do`a besar2 (Sebagai azimat perang-p) dan memakai keris Parong sari itu. Maka mastul (kain ikat kepala dipakai mengambil barokah pesanan gurunya Syeikh Mansur-P) pemberian Syeikh Mansur itu di-pakai-nya…” (ms.313)
ULASAN
Persediaan hebat ini kerana secara
ma`anawinya hendak diberi tahu oleh pangarang bahawa Hang Jebat itu juga
pahlawan hebat sama seguru ilmu persilatan dengan Hang Tuah,
lebih-lebih lagi Keris Taming Sari yang sakti itu ada di tangan Hang
Jebat. Satu lagi pengajarannya dari peristiwa ini ialah:
Bahawa ikhtiar usahakan sesuatu hajat itu biar bersungguh-sungguh dengan segala persediaan yang sepatutnya supaya Berjaya.
Bahawa ikhtiar usahakan sesuatu hajat itu biar bersungguh-sungguh dengan segala persediaan yang sepatutnya supaya Berjaya.
TEKS PERTARUNGAN:
I. “Maka kata Hang
Jebat, `Silakanlah orang kaya, hamba beri jalan.` Maka kata Laksamana,
`Baik-lah’, serta ia melompat ka-atas tapakan tangga (istana) itu. Maka baharu hendak melompat kaki-nya sa-belah ka-dalam pintu, maka di-tikamnya akan Laksamana. Maka di-lepaskan-nya (dielak atau ditepis-p) tikam Hang Jebat itu salah, (tidak mengenai dirinya-p) maka di-pertubi2-nya tikam oleh Hang Jebat. Maka Laksamana pun terjun ka-tanah pula.” (ms.316)
II. “Maka Laksamana pun melompat
naik ka-atas anak tangga. Maka kata Laksamana, `Hai Si- jebat undor-lah
beri aku berjalan, `Maka Hang Jebat pun undor dari pintu itu sekira2
sempat melompat menikam, di-sanalah ia menantikan Laksamana, maka
Laksamana pun melangkah naik sakali lagi. Ia melompat lalu ka-atas anak
tangga yang di-atas. Maka Laksamana pun terdiri dudok di-atas ibu tangga
itu, maka Hang Jebat pun melompat, maka di-tikam-nya dada Laksamana.
Maka di-salah-nya (dielak dan tepis) sadikit tikam Hang Jebat, maka Laksamana pun melompat masok ka-dalam pintu istana itu lima depa jauh-nya daripada pintu itu.” (Ms.316)
III. “Maka Hang Jebat pun berbangkit
lalu di-tikam-nya akan Laksamana, Laksamana pun tiada sempat berdiri
lalu berguling2 di-atas talam itu. Maka di-tikam oleh Hang Jebat
di-pertubi2-nya. Maka Laksamana pun menghunus keris-nya sambil
berguling, seperti jentera ia menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka
oleh Hang Jebat di-pertubi2-nya tikam berturut2, tiada juga kena. Maka
Hang Jebat pun amarah, maka di-tikam-nya dengan sunggoh2 hati-nya, maka
tersalah daripada Laksamana kena talam itu, lekat keris-nya. Maka
di-sentakkan-nya keris itu tiada tercabut. Maka Laksamana pun berbangkit
bangun berdiri seraya melela (bertingkah-beraksi silat pencak-p) di-hadapan Hang Jebat itu tertitar2 (bergerak cepat sambil mendekat dengan gerakan pencak-p),
seraya berkata, `Cheh, Si-Jebat! Mati engkau oleh-ku.` Maka Hang Jebat
pun amarah seperti api menyala2. Maka di-tendang-nya talam itu serta
di-sentak-nya keris, keris itu pun tercabut-lah. Maka oleh Hang Jebat
di-tikam-nya akan Laksamana, Laksamana pun melompat ka-kiri dan ka-kanan
menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka kata Hang Jebat, serta
di-tikam-nya akan Laksamana, kata-nya, `Cheh, Laksamana! Jangan engkau
undor. Berdiri-lah engkau.` Maka kata Laksamana, `Hai Si-Jebat, bukan
aku lari membuang belakang. Mana kehendak–mu tikam-lah.` Maka Hang Jebat
pun sa-bagai (berbagai cara-p) menikam, tiada juga kena, saperti tikam bayang2 laku-nya…” (Ms.318)
IV. “Maka oleh Hang jebat maka di-pertubi2-nya tikam, kerana (tidak terkena-p) pada tuboh Laksamana, kena talam terus tiada bertahan (tembus-p).
Maka Hang Jebat pun lelah, tetapi sungguh pun Laksamana berguling mata
keris-nya ka-atas juga. Shahadan keris Hang jebat lekat pada talam itu. (Ketika
ini Keris Parung Sari diguna pakai oleh Hang jebat yang dilontar
berikan oleh Hang Tuah kerana Keris Taming Sari telah disambar oleh Hang
Tuah ketika Hang Jebat terlalai seketika-p) Laksamana pun segera
berbangkit berdiri, serta kata-nya, `Cheh, mati engkau oleh-ku!` Maka
Laksamana pun melompat serta di-tikam-nya dada Hang Jebat, kena dada-nya
terus bayang2 ka-belakang-nya.” (Ms.322)
ULASAN TEKNIK PERSILATAN
Dalam petikan teks I, Ada gerak lompatan meninggi
digunakan dalam persilatan Hang Tuah untuk naik ke atas tapakan tangga
istana dan seterusnya melompat masuk ke dalam istana melalui pintu besar
ia diterpa dan ditikam oleh Hang Jebat untuk menyalahkan tikaman itu.
Hang Tuah menggunakan teknik elakan-sendeng beberapa kali lalu terjun ke tanah semula.
Dalam petikan teks II, Apabila ditikam Hang Jebat semasa Hang Tuah melompat duduk di atas ibu tangga beliau menggunakan teknik elakan dan tepisan lalu menggunakan lompatan jauh jarak lentingannya sejauh lima depa.
Calang-calang ilmu silat dan pendekar memang tidak boleh membuat
lompatan sejauh itu. Ini barangkali Hang Tuah menggunakan ilmu apongan
ya`ni ilmu meringankan tubuh. Ilmu apongan tubuh memang ada dalam ilmu persilatan Melayu Pukulan Tujuh Hari peringkat tinggi yang memerlukan dalam peramalan berwirid doanya selama 7 malam itu dengan berpuasa mutih selama tujuh hari.
Cara bepuasanya mengikut kata yang empunya ilmu ialah pada hari pertama
berbuka puasa hanya dengan tujuh kepal nasi putih dan air putih, hari
kedua berbuka dengan enam kepal nasi, demikianlah hingga hari ke tujuh
berbuka dengan 1 kepal nasi putih sahaja dan air putih.
Dalam petikan teks III, Apabila tidak sempat berdiri kerana kencangnya datang tikaman musoh teknik yang terbaik, memanglah merebahkan diri dan teknik mengelak tikaman lurus semasa diri di lantai ialah elakan cepat – guling seperti yang digunakan oleh Hang Tuah itu adalah juga teknik silat berkeris Melayu. Gerak melela
ialah satu ragam seni tari pencak dalam seni silat kependekaran Melayu
asli digunakan oleh Hang Tuah untuk mara mengintai peluang untuk
menyerang atau tertitar-titar
(gerak cepat) bagi menyerang lawan. Dalam adat pendekar silat Melayu
selagi seseorang itu tidak berpaling belakang kepada musoh walaupun ia
menggunakan langkah undur bererti ia masih berwaspada menanti terkaman lawan, bukan takut yang mahu melarikan diri. Langkah undur memang ada dalam teknik Silat Melayu Asli bagi mengintai ruang untuk menyerang balas.
Dalam petikan teks IV, Teknik berguling mengelak tikaman lawan semasa tubuh di atas lantai atau atas tanah tetapi mata keris tetap di halakan ke atas digunakan
oleh Hang Tuah dalam gerak silatnya mempunyai tiga sebab utama. Pertama boleh menghalang terkaman lawan dengan sawenang-wenangnya. Kedua, supaya keris tidak tertikam diri sendiri. Ketiga supaya cepat dapat bertindak dari keadaan apabila berpeluang menikam musuh.
oleh Hang Tuah dalam gerak silatnya mempunyai tiga sebab utama. Pertama boleh menghalang terkaman lawan dengan sawenang-wenangnya. Kedua, supaya keris tidak tertikam diri sendiri. Ketiga supaya cepat dapat bertindak dari keadaan apabila berpeluang menikam musuh.
4. SENJATA TOMBAK (SPEAR, LANCE) .
DALAM hal bersilat dengan menggunakan
tombak (lebih kecil batang ulunya daripada lembing) pengarang Hikayat
Hang Tuah tidak memberi gambaran jelas mengenai kaedah atau teknik
pergerakannya. Hanya diberi gambaran bahawa Hang Tuah memang seorang
pendekar yang amat handal bersilat menggunakan tombak. Perhatikan
petikan berikut;
“…Sa-telah
baginda mendengar sembah Raden Wira Nantaja itu maka titah baginda,
‘Suroh-lah palu bunyi2an cara Jawa, kita melihat orang saudara kita
bermain.` Maka di-palu orang-lah bunyi2an chara Jawa itu terlalu ramai.
Maka Pateh Kerma Wijaya mendengar bunyi2an itu maka ia pun mengambil
tombak lalu turun bermain (bersilat) tombak, lakunya seperti tidak berjijak di-bumi. Maka Pateh Kerma Wijaya pun minta lawan (main tombak sacara pesahabatan-p). Maka Tun Tuah pun menyembah raja kedua itu (Raja Melaka dan Raden Wira Nantaja-Jawa) mengambil tombak turun berhadapan dengan Pateh Kerma Wijaya bertombak2kan (berlawan secara persahabatan-p) terlalu ramai, di-lihat oleh Raden Wira Nantaja laku Hang Tuah bermain tombak itu saperti laku penggawa (hulubalang-laskar bertombak-p) yang pertikaman (handal atau mahir bertikam tombak-p). Maka di-lihat oleh raja dan segala orang banyak itu tewas juga Pateh Kerma Wijaya oleh Hang Tuah. Maka pateh pun meletakkan tombak-nya. Maka Hang Tuah pun sudah-lah bermain itu lalu dudok menyembah.”
5. BERPEDANG (SWORDMAN)
Bilakah Hang Tuah dan sahabat sahabatnya
belajar bersilat pedang? Adakah dengan bapa-bapa mereka sebagai asas
atau dengan gurunya Aria Putera atau pun dengan Sang Persanta Nala?. Kemungkinan dengan bapa-bapa mereka sebagai asas bersilat menggunakan semua senjata Melayu tradisi adalah munasabah. Kemudian ditambah lagi petua-petua silat dan ilmu-ilmu sakti atau kebatinan oleh guru-guru mereka itu, sebab Hang Tuah dan rakan-rakannya berguru dengan Sang Persanta Nala di Gunong Wiranapura semasa di Majapahit hanyalah empat hari empat malam sahaja (Apakah
belajar menggunakan senjata empat hari empat malam boleh menjadi bagitu
mahir semua permainan senjata? Tentu tidak – kecuali sudah sedia ada
ilmu dan kemahiran sebelumnya). Kebarangkalian ini boleh jadi ada
kebenarannya sebab boleh dikatakan semua orang-orang Melayu terhormat
zaman tradisi mempelajari silat semenjak remajanya lagi dengan diajar
oleh ibu bapa mereka. Ini adalah suatu budaya bangsa Melayu tradisional
di mana ilmu silat biasanya diperturunkan kepada anak-anak kecil dan
anak remaja mereka. Hal ini dapat diperkuatkan dengan hujah adanya
dialog antara bapa Hang Tuah iaitu Hang Mahmud dengan Datok Bendahara Seri Paduka Raja seperti berikut;
“…Kata Bendahara, `Mana-kah bapa-nya
budak2 empat orang ini?` Maka sembah Hang Mahmud, `Ada, tuanku,
di-perhamba itu keempatnya.` Maka segera di-suroh panggil, keempat-nya
pun datang mengadap Bendahara. Demi melihat orang empat itu, maka kata
Bendahara, `Wah, ku-sangka orang mana2 gerang empunya anak ini, tidak
ku-tahu anak kak Dollah (Bapa Hang Jebat-p) dan kak Mesamut (Bapa Hang Kasturi-p) dan Hang Mansor (Bapa Hang Lekir-p) dan Hang Shamsu (Bapa Hang Lekiu) ada anak. Jika aku tahu akan tuan2 itu ada anak laki2, sa-lama-nya sudah ku-ambil ku-jadikan biduanda (pengawal dalaman), kerana tuan2 ini pun berasal (keturunan orang terhormat-handalan) juga.” (Ms:31)
BABAK KEPAHLAWANAN HANG TUAH DALAM SILAT BERPEDANG
A. BERPEDANG MENENTANG LEMBING-TOMBAK PENJURIT DI MAJAPAHIT (JAWA)
“Maka Laksamana pun menyembah lalu turun dari paseban (Balai rong istana-p).
Maka Hang Jebat, Hang Kasturi berjalan-lah dari kiri kanan Laksamana
lalu keluar pintu paseban itu. Maka segera di-katup orang pintu itu.
Maka segala penggawa (pengawal-p) di-pintu itu pun merebahkan tombak,
di-halakan-nya pada Laksamana, seraya kata-nya, `Bunoh-lah Laksamana
dan segala Melayu ini.` Sa-telah di-lihat oleh Laksamana segala penggawa
itu hendak menikam dia itu, maka Laksamana pun segera mengambil pedang
dan perisai, lalu dihunus-nya, seraya melompat, kata-nya, `Tahan-lah
bekas tangan ku ini baik2!` Mata tombak itu terbengkong (terbengkok atau teralih arah-p). Maka Laksamana pun melompat lalu di-parang-nya mata tombak itu habis putus2. Maka segala penggawa itu pun habis lari.” (ms.252)
ULASAN SILAT
Dalam menggunakan pedang Melayu ketika menyerang lawan kaedah digunakan lebih kurang sama seperti menggunakan keris panjang iaitu gerak memarang, atau paras mendatar (serangan separas sama ada dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan-p) – pancong (Serangan tetakan serong sedikit sama ada ke atas atau ke
bawah -p) atau tetak (serangan dari atas kebawah-p) selain menikam (serangan lurus-p). Tetapi dalam berpedang Hang Tuah juga memakai perisai. Di sini bererti
beliau menggunakan pedang sebelah tangan. Keris panjang pula penggunaanya tidak memakai perisai tetapi menggunakan sarongnya sabagai alat tangkis atau perisai.
bawah -p) atau tetak (serangan dari atas kebawah-p) selain menikam (serangan lurus-p). Tetapi dalam berpedang Hang Tuah juga memakai perisai. Di sini bererti
beliau menggunakan pedang sebelah tangan. Keris panjang pula penggunaanya tidak memakai perisai tetapi menggunakan sarongnya sabagai alat tangkis atau perisai.
B. BERLAWAN PEDANG DENGAN PENDEKAR INDIA
I. “..Titah baginda (Raja negeri Bijaya Nagaram-Benua Keling-India sekarang), `Hai Laksamana, tahu-kah engkau bermain pedang perisai?` Maka sembah Laksamana, `Daulat tuankau, tahu juga patek barang2 kadar-nya’…” ( ms:359)
ULASAN:
Jawapan dengan nada tidak meninggi diri oleh Hang Tuah begitu biasalah kepada setiap orang pendekar yang berguru dengan sempurna didikannya adab dan akhlak yang baik
di samping ilmu dalam persilatan Melayunya yang diajar. Zaman dulu
kalau ada didapati perangai tidak sopan sama ada perbuatan atau
perkataan oleh seseorang pemuda orang akan bertanya `Siapakah gurunya dan anak siapakah ia?’
Perangai dan adab akhlak yang baik dalam komunikasi masyarakat juga
amat diambil berat oleh ibu bapa Melayu terhadap didikan anak mereka,
begitu juga oleh guru ilmu persilatannya pada zaman tradisional dan hal
begini juga diwarisi hingga kini.
II. “Maka baginda pun menyuroh
memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan
perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak
ku-surohkan bertuju (berlawan persahabatan – tetapi dalam dialog
seterusnya berlaku pertengkaran antara Hang Tuah dan pendekar raja Kisna
Rayan kerana sikapnya memperlecehkan Hang Tuah-p)
dengan Laksamana hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat
tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek?
Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…” (Ms.360)
“…Maka
Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka di-lihat oleh Laksamana
pendekar itu hadhir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana
pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada
tangan orang-nya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedang-nya,
lalu melompat serta di-kirap-nya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang (tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar itu, maka di-parang (paras-pancung)
oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka
Laksamana pun menyarongkan pedang-nya. Maka Nala Sang Guna (Perdana Menteri Bijaya Nagaram) pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong.”
ULASAN SILAT
Dalam tempur pedang yang singkat ini Hang Tuah mengguna teknik silatnya yang biasa iaitu melakukan teknik LOMPATAN sambil memarang (tebasan pancung)
yang memang ada dalam perinsipal teknik bersenjata silat Melayu asli sampai ke hari ini iaitu tikam, paras atau tebas – pancong dan tetak. Perkataan LOMPAT itu
pun adalah perkataan Melayu tulin asal berasal. Jadi kalau tidak ada perbuatan LOMPAT oleh bangsa Melayu macam mana pula ujud perkataan lompat dalam bahasa Melayu. jadi Jangan pertikai lagi, teknik melompat memang ada dalam pelajaran silat Hang Tuah dan dalam Silat Melayu Asli hari ini walau pun ada silat Melayu yang tidak menggunakan teknik melompat, maka yang itu adalah beberapa jenis sahaja dari beratus-ratus jenis lagi silat Melayu Nusantara. Tetapi silat Melayu yang tidak ada teknik melompat itu, mereka mempunyai falsafah teknik dan kehebatannya tersendiri pula. Namun begitu pun jika mereka hendak melangkah parit jika tak sampai kangkangnya ke seberang, dia pasti melompat juga, kalau mahu cepat atau terdesak atau sudah tiada jalan lain. Oleh itu fikirkanlah!. (penulis telah terangkan jenis-jenis lompatan dalam silat Melayu terdahulu dalam artikel ini-sila lihat semula) .
yang memang ada dalam perinsipal teknik bersenjata silat Melayu asli sampai ke hari ini iaitu tikam, paras atau tebas – pancong dan tetak. Perkataan LOMPAT itu
pun adalah perkataan Melayu tulin asal berasal. Jadi kalau tidak ada perbuatan LOMPAT oleh bangsa Melayu macam mana pula ujud perkataan lompat dalam bahasa Melayu. jadi Jangan pertikai lagi, teknik melompat memang ada dalam pelajaran silat Hang Tuah dan dalam Silat Melayu Asli hari ini walau pun ada silat Melayu yang tidak menggunakan teknik melompat, maka yang itu adalah beberapa jenis sahaja dari beratus-ratus jenis lagi silat Melayu Nusantara. Tetapi silat Melayu yang tidak ada teknik melompat itu, mereka mempunyai falsafah teknik dan kehebatannya tersendiri pula. Namun begitu pun jika mereka hendak melangkah parit jika tak sampai kangkangnya ke seberang, dia pasti melompat juga, kalau mahu cepat atau terdesak atau sudah tiada jalan lain. Oleh itu fikirkanlah!. (penulis telah terangkan jenis-jenis lompatan dalam silat Melayu terdahulu dalam artikel ini-sila lihat semula) .
C. BERLAWAN PEDANG DENGAN SAMURAI JEPUN.
I. “Berapa lama-nya Laksamana dudok
di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai
Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka
sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang,
terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau,
`Segera panggil pendekar Jepun.’
“…Maka
titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang
dengan utusan Melayu ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang
Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai
`Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji (menjatuhkan
maruah kepahlawanannya) di-tengah majlis lalu menyambut cabaran
pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu
ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!” (Ms.390)
II. “…Maka pendekar Jepun itu pun
turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan amarah-nya, beberapa
dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau (Raja Siam)
sendiri lalu larang-nya (Tidak diambil peduli olehnya-p). Maka ia pun berseru2, katanya, `Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas kepala-mu”.
“…Maka
kata Laksamana, `Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak
perbuat, perbuat-lah oleh-mu.` Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana
sudah turun, maka segera di-parang-nya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (Jepun-p) memarang dengan dua belah tangan-nya. Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya,
putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik
ka-atas balairong itu. Maka orang pun hairan pantas Laksamana itu.
Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin bertambah
marah-nya dan malu-nya lalu di-usir (kejar-p) nya akan
Laksamana hendak naik ka-balairong itu. Maka Laksamana pun segera terjun
di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu pula”.
“Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielakkan-p) oleh Laksamana, serta di-parang-nya hidong
pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu
pula. Maka di-rasa-nya oleh pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu
di-usir-nya, maka hendak di-naiki ka-balairong itu. Maka Laksamana pun
terjun pula berhadapan dengan jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus gugor ka-tanah. Maka jepun itu pun mengusir pula dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang pula oleh Laksamana kepala-nya belah (terbelah-p) dua…” (Ms.391)
ULASAN SILAT:
Dalam pertarungan ini Hang Tuah telah menggunakan teknik pedang Melayu iaitu banyak menggunakan kaedah sebelah tangan.
Hal ini dapat difahamkan dari kata pengarang `kerana (Jepun) memarang
dengan dua belah tangannya` Yakni berbeza cara memarang dengan pedang
oleh Hang Tuah. Dalam babak perlawanan pedang ini Hang Tuah telah
menggunakan kecepatan memarang musoh dengan cara yang tidak terduga oleh pendekar Jepun itu iaitu kaedah bagai kucing mempermain-mainkan tikus yang telah ditangkapnya iaitu dengan cara memarang putus (mencantas, menebas, memancong
) telinga, hidong pendekar Jepun itu. Kemudian diparangnya bahu
pendekar Jepun itu hingga putus dalam waktu yang berlainan (sebagai
sikap kasihaan belas, memberi peluang untuk damai), tetapi semangat
Samurai Jepun ini pun memang berani mati nampaknya maka Hang Tuah pun
tiada pilihan lain lagi selain menamatkan sahaja riwayatnya. Kali ini
Hang Tuah menggunakan teknik belah dengan pedangnya maka kepala Samurai Jepun itu pun terbelah dua lalu mati.
6. KEHEBATAN HANG TUAH DENGAN KERIS PANJANG TEMPA MELAKA.
Dalam Zaman Tradisi penggunaan keris panjang amat popular di kalangan panglima dan hulubalang Melayu. Panjang bilah matanya lebih dari 13 inci terkadang sampai 33 inci. Kebiasaan panjangnya menyamai panjangnya pedang Melayu yang mana ada petua khas bagi ukuran panjang untuk seseorang pemakainya. Ulu keris panjang tidak serupa ulu keris pendek. Ia semacam juga ulu keris sundang ya`ni sesuai
kemas dipegang untuk peranannya menikam, melibas, memarang, memancong,
menetak, menyangga dan lain-lain kaedah persilatan dalam menggunakan
senjata. Memakai keris panjang dan gaya penggunaan dalam teknik
persilatan terkadang seperti sama menggunakan pedang Melayu Nusantara
walaupun tidak seratus peratus serupa. Tetapi fungsinya menghadapi serangan lawan yang ramai di kawasan terbuka adalah lebih berkesan daripada menggunakan keris pendek
(Panjang bilah mata keris pendek kurang dari 13 inci) yang banyak
menggunakan teknik menikam sahaja. Banyak perguruan Silat Melayu Hari
ini tidak mengajar muridnya kemahiran menggunakan keris panjang
seolah-olahnya tiada dalam silibus gurunya. Antara sebab-sebabnya adalah
seperti bahasan penulis dalam artikel Silat Lembing–Tombak Panji Alam
Pendekar dalam website www.geraksejati.co.cc (Sila rujuk jika mahu lihat keterangan lebih lanjut).
Malah sesetengah orang atau pesilat Melayu sendiri merasa sangat asing
jika ada pesilat Melayu kita bertari silat dengan menggunakan kaedah
keris panjang atau ada yang menuduh yang bukan-bukan terhadap warisan
berharga bangsanya sendiri yang terpendam selama ini oleh kerana
penjajahan barat selama 500 tahun ke atas Bangsa Melayu Nusantara! (Sila lihat contoh tari keris panjang lok 13 oleh pesilat perguruan ini – dalam channel: youtube.com/geraksejati.
Bagaimanapun janganlah di ukor kehebatan Hang Tuah Hulubalang Agong
Melayu yang dibicarakan ini dengan pelatih Silat Melayu Keris Lok 13
perguruan Silat Gerak Sejati itu. Ia bagaikan langit dengan bumilah hebatnya Hang Tuah) .
TEMPAAN RASMI KERIS PANJANG UNTUK HANG TUAH
Kalau kita teliti
riwayat pertarungan Hang Tuah dalam menjayakan misinya, Keris Panjang
Tempa Melakalah yang amat banyak berjasa kalau dibandingkan dengan Keris
Tameng Sari tempaan Jawa. Keris Taming Sari hanya beberapa kali sahaja
digunakan beliau iaitu digunakan untuk membunoh Tameng Sari, tuannya
sendiri `Keris makan tuan`. Juga digunakan untuk membunuh Kartala Sari
dan satu lagi untuk membunoh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Jebat
kerana taatnya Hang Tuah kepada perintah raja Melaka.
Apabila sahaja Hang Tuah dan
sahabat-sahabatnya diambil oleh Sultan menjadi `Budak Budak Di Bawah
Bendul` Istana (Biduanda), Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya dipersalin
oleh raja dengan selengkapnya, seterusnya perhatikan petikan dibawah
ini:
“Pada ketika itu juga baginda menitahkan pandai besi yang tua saorang (Empu-p) berbuat keris panjang sa-bilah akan pakaian Hang Tuah: dua puloh perkara besi di-lakorkan (dicampurkan) dan sa-bahara besi di-ausi (digosok dititing supaya halus berseni-p)
jadi sebilah keris panjang. Maka beberapa lama-nya keris empat puloh
bilah itu pun sudahlah. Maka di-persembahkan-nya pada raja. Maka keris
itu pun semua-nya di-anugerahkan raja pada budak2 di-bawah bendul, keempat puloh-nya memakai keris panjang besar sa-bahara di-ausi-nya itu.
Maka keris itu pun di-sambut oleh Hang tuah, lalu di-junjong serta
sujud meniarap di-hadapan baginda itu. Sa-telah sudah sujud, maka Hang
Tuah pun berbangkit lalu berdiri menyembah serta di-pegang-nya keris
itu, lalu turun ka-tanah, di-hunus (dicabut mata keris dari sarungnya-p) keris itu, maka ia menyembah pula. Maka Hang Tuah pun melompat bermain keris itu terlalu manis sakali (hebat dan cantik-p) barang laku-nya, serta memekis, kata-nya, `Cheh! Mana-tah hulubalang Melayu? Marilah, empat pun baik lima pun baik, tiada-lah indah (endah-p)
pada-ku.` Maka baginda pun terlalu sukachita melihat laku Hang Tuah
itu. Pada penglihatan baginda dan segala pegawai dan pertuanan yang
banyak itu, jika empat lima orang berdiri di-hadapan (berlawan dengan Hang Tuah-p) itu sukar-lah mengenai (Mengalahkan)
dia. Sa-telah sudah ia bermain keris itu, maka Hang Tuah pun menjunjong
duli lalu naik dudok sama2 Hang Jebat di-bawah bendul itu.”
BABAK TEMPUR PERSILATAN DENGAN KERIS PANJANG TEMPA MELAKA
1. “Sa-telah di-lihat oleh Pateh
Kerma Wijaya dan Tun Tuah orang mengamok itu datang pula – segala orang
yang memalu bunyi2an Betara Majapahit itu pun habis lari cherai-berai,
segala bunyi2an yang di-palu itu pun habis di-tinggalkan-nya – maka Tun
Tuah pun geram rasa-nya. Maka ia pun memekis, kata-nya, `Cheh, barang
siapa undor sa-tapak juga, ku-penggal leher-nya dengan tempa Melaka ini. (ms.101)
2. “Sa-telah penjurit itu mendengar
kata Tun Tuah demikian itu, maka ia pun terlalu amarah, seperti api
bernyala2 muka-nya, serta dikisar-nya (dipusing ke
arah-p) tombak-nya lalu di-tikam-nya kepada dada Tun Tuah. Tun Tuah pun segera melompat serta di-hunus keris panjang-nya lalu di-parang-nya mata tombak (bahagian kayu ulu mata tombak-p) itu lalu putus. Penjurit itu pun segera menghunus keris-nya lalu di-tikam-nya pada dada-nya Tun Tuah. Maka Tun Tuah segera melompat menyalahkan (mengelak) tikam penjurit itu sambil menyarongkan keris panjang-nya. Maka kata Tun Tuah, `Sayang-nya aku tatkala pekerjaan tuanku ini belum selesai, jika tiada, sekarang juga engkau ku-bunuh.” (ms 131)
arah-p) tombak-nya lalu di-tikam-nya kepada dada Tun Tuah. Tun Tuah pun segera melompat serta di-hunus keris panjang-nya lalu di-parang-nya mata tombak (bahagian kayu ulu mata tombak-p) itu lalu putus. Penjurit itu pun segera menghunus keris-nya lalu di-tikam-nya pada dada-nya Tun Tuah. Maka Tun Tuah segera melompat menyalahkan (mengelak) tikam penjurit itu sambil menyarongkan keris panjang-nya. Maka kata Tun Tuah, `Sayang-nya aku tatkala pekerjaan tuanku ini belum selesai, jika tiada, sekarang juga engkau ku-bunuh.” (ms 131)
3. “Hatta maka di-lihat oleh penjurit puloh itu sa-orang Melayu berlari2 dengan keris panjang di-pegang, maka kata penjurit itu, `Ini-lah Melayu yang di-katakan oleh Pateh Gajah mada itu.` Maka segera di-usir-nya akan Laksamana, Laksamana pun undor sambil memarang, tetapi melihat ka-belakang tempat bertahan. Dengan takdir Allah Ta`ala maka Laksamana pun bertemu dengan suatu lorong,
pagar-nya lorong itu batu kiri kanan, luas-nya telus sa-orang juga.
Hatta maka Laksamana pun segera menghunus keris panjang-nya lalu
melompat ka-dalam lorong itu bertahan. Maka penjurit tujoh puloh itu
beriring2 masok ka-dalam lorong itu. Maka di-parang oleh Laksamana
dengan keris panjang-nya putus leher-nya terpelanting ka-bumi. Maka
datang sa-orang pula hendak menikam, itu pun di-parang oleh Laksamana dengan keris panjang-nya
putus leher terpelanting. Maka masuk pula hendak menikam, itu pun
di-panchong-nya. Dengan demikian, orang tujuh puloh itu pun habis mati
tinggal tujoh orang lagi di-muka pintu lorong itu, tiada berani masok.
Maka Laksamana pun segera melompat keluar. Sa-telah di-lihat-nya akan
laksamana sudah keluar itu, maka penjurit tujoh orang itu pun berkeliling hendak menikam Laksamana, Laksamana pun melompat serta di-parang-nya, ketujoh orang itu pun mati: ada yang putus leher-nya, ada yang putus tangan, ada yang penggal paha-nya.” (ms.152)
4. “Maka kata Laksamana, `Hai saudara ku keempat, ada pun pada firasat (Kasyaf-rasa pada lintasan batin=`Firasat mukmin itu melihat dengan cahaya Ilahi`-p) hamba, pada malam ini hendak-lah kita beringat, kerana firasat bertikam itu ada-lah kerana ada orang dalam kampong kita ini.”
“Maka dalam berkata2 itu, maka terhimbas orang lalu hampir pagar istana itu. Maka di-lihat oleh Laksamana, Laksamana pun menghunus keris panjang-nya,
lalu di-hampiri-nya oleh Laksamana. Maka Sang Winara pun tiada sempat
lari, maka menjadikan diri tunggul kayu. Maka di-lihat-nya oleh
Laksamana kayu terdiri di-tengah halaman itu, maka di-parang-nya oleh Laksamana tunggul kayu dengan keris panjang-nya lalu putus maka Sang Winara pun melompat lari…”
“…Maka
Sang Wirana pun naik-lah rumah Laksamana dudok balik pintu serta
di-hunus keris–nya menanti Laksamana keluar. Maka Laksamana pun tahu
akan orang naik rumah itu. Maka Laksamana pun perlahan2 mengambil keris panjang-nya
lalu di-hunus-nya. Maka Laksamana pun membuka pintu rumah-nya, serta
terbuka maka Laksamana pun melompat keluar. Maka di-tikam oleh Sang
Winara, tiada kena. Maka oleh Laksamana pun melompat lalu di–parang-nya, kena bahu-nya putus. Maka di-pegang-nya oleh Sang Winara dengan tangan-nya kiri, serta di-tikam-nya akan Laksamana, di-pertubi2-nya (di-ulangi tikam dengan pantas-p).
Maka Laksamana pun melompat menyalahkan tikam penjurit itu, tiada kena.
Maka di-parang oleh Laksamana, kena bahu-nya sa-belah lagi, lalu putus.
Maka tangan Sang Wirana pun jatoh ka-tanah. Maka ia berdiri saperti
pohon kayu tiada bercawang (berdahan-p) laku-nya. Maka Laksamana pun melompat, maka di-parang-nya pula leher-nya putus.
Maka kepala-nya pun berguling2 lari keluar kampong. Maka segera
di-ambil oleh penjurit empat orang itu di-bawa-nya lari kepada Pateh
Gajah Mada.” (ms.155-156)
5. “Sa-telah di-dengar-nya oleh
Laksamana orang banyak datang mengepong dia itu maka kata Laksamana,
`Hai saudara-ku keempat, datang-lah sudah orang mengepong kita.` Maka
sahut Hang Jebat, `Apa-tah di-takutkan dan di-hebatkan? Masakan Si-Jebat
menumankan. (Lari dengan tidak melawan bersama rakan setia-p).`
Maka Laksamana pun turun dari balai itu serta di-singsing tangan
baju-nya seraya memekis, kata-nya, `Cheh, yang ku-chari pun ini-lah!`
Serta di-hunus-nya keris-nya panjang lalu di-nantikan pengawitan (penjurit pengawal taman larangan/istana) yang seribu itu, serta membaca pustaka-nya (Ilmu penyangga geroh-p) kalau datang geroh (kecelakaan-p), Telah datang-lah pengawitan (pengawal) yang seribu itu, maka lalu di-tikam-nya akan Laksamana, saperti ranggas (ranting ranting kayu yang banyak cabangannya-p) datang tombak berkeliling tuboh Laksamana. Maka Laksamana pun melompat serta di-parang-nya tombak itu ka-kiri dan ka-kanan, di-pancong-nya habis putus: ada yang terbengkong (bengkok-p), ada yang patah, suatu pun tidak mengenai tuboh Laksamana.” (ms;162)
6. “Hatta maka Laksamana pun hendak ke sungai (buang air besar-p). Maka ia pun mengambil keris panjang-nya lalu turun. Sa-telah sampai ke-tempat itu, maka bergerak bahu-nya kanan. Maka Laksamana pun fikir dalam hati-nya: `ada pun pada hari ini pada firasatku berperang juga rasa-nya dan melihat darah lawan. Sa-telah sudah maka ia pun mengambil pendua-nya (keris pendek ukuran mata kurang dari 13 inci-p) lalu di-pakai-nya. (untuk
perbincangan mengenai penggunaan dan pemakaian keris panjang dan keris
pendua lihat artikel rahsia keris lok 13 laman
web.www.geraksejati.co.cc). Maka keris panjang-nya di-pegang-nya dengan tangan-nya kiri, Maka Laksamana pun berjalan-lah dua berbudak pergi pada tempat ka-sungai itu lalu masuk hutan pada tempat yang lindong.”
“Sa-telah sudah Laksamana ka-sungai (buang air besar),
maka penjurit empat puloh itu pun datang-lah dari kiri kanan Laksamana,
seraya berkata, `Bunoh-lah Melayu ini beri mati2. Jangan lagi beri
lepas.` Maka penjurit itu pun berbahagi empat sa-puloh dari hadapan
sa-puloh dari kanan sa-puloh dari kiri sa-puloh dari belakang, lalu
di-tikam-nya pada Laksamana dengan tombak-nya. Maka di-tangkis oleh Laksamana dengan sarong-nya keris itu (Penggunaan sarong keris bagai adik dengan abang dengan mata keris: lihat artikel rahsia keris lok 13 www.geraksejati.co.cc-p) seraya di-hunus-nya keris panjang-nya seraya tertinggong ka-sungai. Maka di-tangkiskan
oleh Laksamana tikam penjurit itu empat puloh, suatu pun tiada mengenai
Laksamana. Maka Laksamana pun sudah-lah istinja-nya lalu berdiri. Maka
penjurit itu pun undor. Maka Laksamana pun berjalan pergi pada sabuah
kolam bersuci. Maka penjurit empat puloh itu datang pula mendapatkan
Laksamana, serta di-tikam-nya di-pertubi2nya. Maka di-tangkiskan oleh
Laksamana tikam penjurit itu. Maka mata tombak-nya itu pun habis putus2 di-parang oleh Laksamana. Hatta maka Laksamana pun sudah-lah bersuci lalu berdiri serta melompat, di-parang-nya telinga penjurit itu, kena putus. Maka di-parang-nya sa-orang lagi, kena tangan-nya putus.”
“Sa-telah di-lihat oleh segala penjurit itu lelakuan Laksamana pandai bermain keris itu, maka segala penjurit itu pun habis lari mendapatkan Pateh Gajah Mada dengan berhiliran darah: ada yang keluar di-hidong-nya (kerana tikaman-p) ada yang dari mulut-nya (sebab tikaman-p) ada yang keluar dari telinga-nya (akibat tikaman-p) ada yang keluar dari mata-nya (akibat tikaman-p).
Maka segala hal ihwal ia menikam Laksamana itu semua- nya
di-persembahkan-nya pada Pateh Gajah Mada. Mendengar sembah penjurit itu
maka Pateh pun heran. Maka ia fikir dalam hati-nya: `Jika di-bunoh-nya
pun segala penjurit ini oleh Laksamana habis mati oleh-nya, sa-kadar ia hendak menunjukkan tahu-nya (pandai dan handal-p) juga maka di-perbuat-nya demikian ini.” (ms.247-248)
7. “Maka Hang Jebat, Hang kasturi pun lalu menghunus keris panjang-nya, serta melompat lalu di-parang-nya segala penggawa itu, empat puloh orang mati…” (ms.252)
ULASAN KAEDAH PERSILATAN:
Dalam petikan 1 dan 2, Kaedah persilatan ialah juga dengan melompat dan penggunaan keris panjangnya ialah dengan memarang. Untuk mengatasi serangan Hang Tuah mengguna kaedah `Menyalah` maksudnya mengelak dengan berbagai teknik persilatan.
Dalam petikan 3, Apabila menghadapi lawan yang ramai (70 orang penjurit) berseorangan Hang Tuah mengguna kaedah melawan (memarang) sambil berundur
mencari ruang strategik mengalahkan lawan yang ramai itu dengan
melompat memasuki satu lorong sempit supaya senang ia mengalahkan lawan
seorang demi seorang yang masuk ke lorong tempat beliau bertahan itu. Di
sini Hang Tuah menggunakan akal yang cerdik dan tektikal walau pun ia handal untuk berlawan di kawasan lapang. Ia tetap mengguna kaedah melompat sambil memarang atau tebas dengan keris panjang tempa Melakanya terhadap
musoh yang datang menyerang. Apabila musohnya sudah ramai yang tewas
hanya tinggal tujuh orang lagi di luar lorong ia terus melompat keluar
berlawan di medan terbuka. Tentu tindakannya keluar dari lorong itu
sebab ia sudah rasa `Makan cekak` (rasa yakin boleh tewaskan) terhadap lawannya iaitu istilah orang pantai Timur semenanjung Tanah Melayu dan orang Utara.
Dalam petikan 4 dan 5, Hang Tuah menggunakan teknik memarang dan memancung dengan keris panjangnya terhadap musoh. Beliau menggunakan bacaan ilmu (pustakanya) yang di luar pembicaraan kita.
Dalam petikan 6 dan 7, Hang Tuah menggunakan kaedah tangkisan dengan sarong keris panjang
terhadap serangan tombak sebagai kaedah belaan walaupun kedudukannya
dalam bertinggong dan menghadapi lawan yang ramai pada empat penjuru
dirinya iaitu berkelilingan beliau. Tetapi serang balas Hang Tuah
terhadap lawannya kali ini di samping memarang dan memancong ia juga
menggunakan kaedah tikam dengan menggunakan keris panjangnya. Manakala
pada petikan 7, Hang Jebat dan Hang Kasturi menggunakan kaedah silat
keris panjang yang sama juga dengan cara Hang Tuah iaitu memarang
terhadap lawan Mereka. Memang mereka adalah seperguruan Hang Tuah
semenjak kecil dan remaja lagi. Wallahu`alam.
PENGECUALIAN:
Tidak diulas dalam pembicaraan artikel
ini kaedah persilatan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya, tentang
kebijaksanaannya menggunakan panah sebab senjata panah digunakan dalam
tempur jarak jauh walaupun ia ada kaitan dengan ilmu persilatan. Begitu
juga kita tidak membicarakan tentang peramalan dan ilmu kebatinan Hang
Tuah yang ada juga digambarkan oleh pengarangnya dalam kisah-kisah
pertarungan beliau kerana hal itu adalah di luar dari tujuan tajuk
rencana ini.
KESIMPULAN DARI SOROTAN SILAT LAKSAMANA HANG TUAH.
Dengan penerangan dan bahasan di atas Silat Laksamana Hang Tuah bolehlah menjadi sebagai induk untuk membuat perbandingan
kepada berbagai seni silat Melayu yang asli yang lain pada hari ini.
Terutama Silat yang memakai senjata-senjata yang pernah digunakan oleh
Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya Hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir
dan Hang Lekiu iaitu saperti badik, parang, kapak, keris pendek lok 3,
lok 5, lok7, lok 9, lok 11, lok 13. Dan keris panjang Lok 13, lok 15,
lok 17, lok 21 atau keris-keris bermata lurus, keris sundang dan
lain-lain jenis keris, Pedang, seligi-tembong, lembing dan tombak (ilmu
persilatans lembing tombak Melayu mungkin diperturunkan oleh Hang Tuah
kepada anakandanya Tun Biajid kemudian diturunkan pula dari generasi
hingga ke hari ini. Sila lihat dalam buku Sejarah Melayu mengenai
peristiwa Tun Biajid dan tombaknya dengan Sultan Mahmud Melaka.
Teknik yang paling popular dalam gerak
silat tempur Hang Tuah ialah melompat sambil menyerang atau sebelum
menyerang balas atau lompatan untuk menyalahkan serangan lawan.
Lompatan dengan berbagai gaya mengikut situasi pertarungan atau
pergelutan dan tempat. Teknik keris pendek banyak digunakan untuk menikam sahaja tetapi penggunaan keris panjang selain dengan cara menikam, yang popularnya apabila menggunakan keris panjang tempa Melakanya ataupun apabila menggunakan pedang ialah dengan kaedah memarang atau pun tebasan, memancung-membelah, memenggal bahagian-bahagian tubuh lawan, ataupun memusnahkan terlebih dahulu bahagian-bahagian bahagian penggerakan senjata lawan iaitu tangan dan bahu atau merosakkan terlebih dahulu bahagian pancaindera musuh seperti mata dan telinga, mulut dan lain lain.
Paling jelas membezakan antara Silat Hang Tuah yang asli dengan silat silat asli Melayu-Nusantara yang lain ialah Silat Laksamana Hang Tuah tidak menggunakan
prinsip teknik dan gaya yang mengambil sebarang ilham dari gerakan benda-benda alam semula jadi seperti kebanyakan silat asli Nusantara yang lain samaada dalam prinsip gaya bunga tari tangan kosongnya atau jurus tempur silatnya dengan teknik yang ditiru atau diilhamkan oleh gerakan haiwan seperti harimau, monyet, ular tedung, ular berang, ular naga, kucing, helang laut, helang buana, garoda, burong rajawali, bangau, merpati, ponggok, kura-kura, penyu dan berbagai-bagai lagi. Tetapi dalam semua situasi pertarungan silat, Hang Tuah menggunakan kecekapan dan kepantasan GERAK SEMULA JADI DIRINYA yang selesa, yang sesuai dengan situasi dan tempat pertarungan serta munasabah dengan teknik yang tidak menyusahkan diri (tidak melawan fitrah gerak asal manusiawi).
prinsip teknik dan gaya yang mengambil sebarang ilham dari gerakan benda-benda alam semula jadi seperti kebanyakan silat asli Nusantara yang lain samaada dalam prinsip gaya bunga tari tangan kosongnya atau jurus tempur silatnya dengan teknik yang ditiru atau diilhamkan oleh gerakan haiwan seperti harimau, monyet, ular tedung, ular berang, ular naga, kucing, helang laut, helang buana, garoda, burong rajawali, bangau, merpati, ponggok, kura-kura, penyu dan berbagai-bagai lagi. Tetapi dalam semua situasi pertarungan silat, Hang Tuah menggunakan kecekapan dan kepantasan GERAK SEMULA JADI DIRINYA yang selesa, yang sesuai dengan situasi dan tempat pertarungan serta munasabah dengan teknik yang tidak menyusahkan diri (tidak melawan fitrah gerak asal manusiawi).
Pendek kata, gerak persilatan Hang Tuah
baik dalam tarian seninya (bertangan kosong) dan gerak jurus silat
pertarungannya adalah mengikut Gerak Sejati Manusia
itu sendiri sabagai makhluk paling istemewa dijadikan Tuhan semesta
alam. Dalam gerak sejati semula jadi manusia itu tentulah kedudukannya
lurus ada, kedudukan berkuda kuda ada, kedudukan sendeng pun ada,
seturut ada, sumbang seturut ada, berpusing ke kiri ke kanan ada,
melompat ke depan ke belakang ada, lompat ke kiri ke kanan ada, melompat
ke atas ada, melompat turun pun ada, merendah atau merebahkan tubuh pun
ada, berguling tubuh pun ada, guling kiri guling kanan, guling hadapan
ada, hingga dalam bertenggong atau terlentang pun ada, malah berdiri lurus terpacak pun sangat praktikal kepadanya untuk menanti serangan lawan dan berbagai gerakan semula jadi manusia lagi yang mungkin lebih bagus daripada meniru sebarang gaya gerakan haiwan dan benda-benda alam yang lain
yang menjadi falsafah teknik dalam seni beladiri dunia lain atau dalam
pencak silat atau seni silat asli Melayu-Nusantara yang lain. Hal ini
sangat berkesan jika betul-betul cekap seperti contoh persilatan
Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabat beliau yang segurunya itu. Beliau
menggunakan firasat, pemikiran yang waras dan kebijaksanaan minda serta
hikmah di dalam batin dalam menghadapi pelbagai suasana dan peristiwa
atau pun cabaran di samping ilmu kebatinan yang pelajari dari
guru-gurunya yang sakti pada zamannya. Semangat juangnya tidak
diaplikasikan dari semangat benda-benda alam saperti ular atau naga,
burung helang atau garuda, harimau atau singa, kucing, serigala atau
kala jeking atau pun petir, pusaran air dan banyak lagi, Tetapi beliau
mengaplikasikan semangat keimanan, bertawakkal dan bertauhid bergantung
secara langsung kepada Allah s.w.t.yang menguasai segala takdir dan
gerak diam, hidup atau mati segala makhluk semesta alam ini. Barangkali inilah hasil
pengajaran ilmu hakikat tauhid dan tasawuf dipelajari dari guru
terakhirnya iaitu Sheikh Mansur seorang guru agama yang alimbillah di
hulu Melaka, sebab kata-kata Hang Tuah memang ada yang menyamai pegangan
ahlul hakikat dan tasauf terhadap Firman Allah s.w.t. iaitu;
Falam taqtuluuhum walaa kina`Llaha qatalahum wa maa ramayta idhz ramayta wa laa kina`Llaha ramaa.
(Al-Quran, 8:17)
Ertinya:
“Tiadalah (kamu) yang membunuh mereka itu. Bermula: akan tetapi Allah
Taala jua yang membunuh mereka itu. Bermula: tiada engkau yang memanah
(ya Muhammad), (apabila engkau memanah) tetapi Allah Taala jua yang
memanah.”
Ayat Al-Qur’an ini sesuai sekali dengan jawapan Hang Tuah terhadap pertanyaan Hang Jebat kepada beliau dalam dialog ini;
`Maka kata Hang Jebat, `Hai Laksamana, apa peri mu (`manakan
dapat’ – sebab semasa berdailog itu keris Tameng Sari masih ada di
tangan Hang Jebat yang dipercayai boleh menjadi sebagai pelindong
kepadanya-p) akan membunoh aku?` Maka Laksamana pun berkata, `Hai Si-Jebat, bahawa tiada dengan kuasa-ku membunoh engkau, bahawa Tuhan-ku yang amat kuasa membunoh engkau. Insha Allah Ta`ala, mati juga engkau dalam tangan-ku.` (ms:319)
Pendek kata dalam setiap waktu semasa
pertarungan persilatan hebat Hang Tuah dengan lawannya prinsip pakaian
batinnya (semangat) yang hakiki ialah `Tidak ada takdir selain takdir Allah dan tidak ada zikir (ingatan) melainkan zikir kepada Allah s.w.t.’ seperti mana petikan dailognya dengan Hang Jebat tersebut itu, Petikan;
“Maka
Laksamana pun melompat undor menyalahkan tikam Hang Jebat itu saperti
tiada berjejak rupa-nya. Maka Hang Jebat pun terlalu lelah terdiri
di-atas talam itu menantikan Laksamana datang. Maka Laksamana pun
terdiri (berdiri lurus – termasuk teknik silat Hang Tuah dalam situasi tertentu-p) pada suatu tempat menantikan pertandaan alamat (gerak takdir-Maarifat wahdatul af’aal-p) Si-Jebat itu.” (ms:321)
Dalam gerak silat tempurnya ia tidak
banyak menggunakan gerak bunga tari yang melelahkan semasa atau ketika
menghadapi lawannya tetapi amat pantas dan kencang apabila mengelak atau
menyalahkan serangan lawan dan juga semasa melancar serangan balas
mengikut keselesaan gerak semula jadi manusia dirinya sendiri maka gerak
jurusnya semasa bertarung itulah seninya yang terzahir dengan
sendirinya (sejati). Maka seni yang zahir itu bukan lemah lembut tapi
deras, pantas, ligat dan keras serta Iasak. Tetapi jika berjarak dengan
musuh ia tenang, kukuh kedudukan walau dalam kedudukan yang macam-mana
pun mengikut keserasian dan keselesaan badan manusiawiahnya. Ia tidak
menggelabah tetapi yakin serta hatinya kuat bergantung tauhid kepada
Tuhan dan mengharapkan barokah pengajaran gurunya semasa menghadapi
peristiwa genting itu dan selalu awas diri baik dalam masa tidur dan
jaganya saperti petikan berikut;
“Maka
sang Kertaksa masok-lah ka-dalam rumah Laksamana lalu ka-tempat tidor
Laksamana. Maka di-lihat-nya kelakuan Laksamana tidor itu naga kepulir (tidur
bertindih nafas kanan-lambong kanan. Manakala keris panjang diselit di
rusuk kiri dan keris penduanya (keris pandaknya) diselit di rusok
kanannya-kedudukan kedua tangan bersilang (gunanya senang untuk membuat
tangkisan mengejut jika datang serangan semasa dalam berbaringan
tidurnya itu-p). Maka dalam hatinya: `Sunggoh-lah Laksamana ini hulubalang besar lagi penjurit kepetangan (Kepentangan: erti
banyak ilmu dan kemahiran kependekaran -p) dan terlalu berani, tidor-nya pun terlalu ingat (berjaga jaga-p).” (ms 250)
banyak ilmu dan kemahiran kependekaran -p) dan terlalu berani, tidor-nya pun terlalu ingat (berjaga jaga-p).” (ms 250)
Beliaulah Pendekar agong dan pahlawan
Melayu Sejati yang paling ulong dalam sejarah kesatriaan bangsa Melayu
Nusantara iaitu selepas runtuhnya kerajaan Agong Melayu Empayer
Serivijaya yang berpusat di Palembang Sumatera. Wallahu`alam.
BEBERAPA BUKTI MENOLAK DAKWAAN YANG HANG TUAH DAN
SAHABAT-SAHABATNYA BUKAN MELAYU
SAHABAT-SAHABATNYA BUKAN MELAYU
1. Melalui Buku Hang
DBP,KL Ogos 1963, Ibu bapa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya Melayu maka
bagaimana pula boleh jadi anak mereka itu menjadi Cina, India atau Mat
Salleh? Sila lihat muka surat 31, buku Hang Tuah.
Hulubalang | Nama bapa | Nama ibu (indong) | |
1 | Hang Tuah | Hang Mahmud | Dang Merdu |
2 | Hang Jebat | Hang Dollah | Dang Bawa |
3 | Hang Kasturi | Hang Mesmut | Dang Sekanda |
4 | Hang Lekir | Hang Mansur | Dang Hebah |
5 | Hang Lekiu | Hang Shamsu | Dang Seri |
2.
Adapun nama gelaran Hang itu ada gelaran Melayu lama ke atas ahli
masyarakat yang dihormati statusnya samalah nama Dang bagi pangkal nama
kepada perempuan. Gelaran Hang di pangkal nama Melayu di zaman moden
tiada lagi kerana berlakunya evolusi bahasa. Cuma masih digunakan oleh
orang Utara Semenanjung perkataan Hang itu menjadi ganti nama kepada
seseorang menyamai maksud perkataan`Awak`. Serupalah gelaran `Sang`
telah bertukar kepada perkatan `Maha` seperti kata `Maha guru atau Yang
Maha Mulia`. Maka bagaimana nama dan gelaran untuk Melayu ini boleh nak
dikatakan ia pangkal nama orang Cina, India atau apa-apa ntah lagi!…
Lawan status Hang itu ialah orang rendah darjat atau maruah telah
tercemar maka gelaran pada pangkal namanya disebut `Si` misalnya disebut
Si Jebat derhaka atau seseorang yang mahu merendah dirinya disebut
gelaran pangkal namanya ‘Si’ misalnya Hang Tuah mengatakan, Selagi
‘Si-Tuah’ ini hidup ia tidak menjatuhkan maruah Melayu… dan sebagainya.
3. Adapun asal dinamakan mereka sepertimana yang diberi boleh disusuri maksud Melayunya, antaranya seperti berikut;
PERTAMA, Tuah adalah perkataan Melayu asli ertinya Bernasib Baik. Maka mengapa direka kepada nama Cina, Hang Tao Wah?
KEDUA, Jebat adalah
perkataan Melayu Asli maknanya ialah bau badan seperti orang Melayu
kata, `Baunya seperti jebat musang` maka mengapa direka namanya menjadi
Hang Jee Bee ?
KETIGA, Kasturi adalah
perkataan Melayu lama yang tulin dari nama sejenis limau disebut `limau
kasturi`. Orang Melayu pantai timur zaman dulu dan sekarang
menjadikannya perencah budu, begitu juga orang Melaka dan pantai barat
buat perencah cencalok. Kasturi juga bersamaan makna dengan perkataan
kashatria (sanskrita) atau menjadi sebutannya `sataria` iaitu perkataan
yang dalam bahasa Melayunya zaman berzaman bermaksud kepahlawanan
walaupun asal perkataan itu dipinjam dari perkataan Sanskrit yang
bermakna golongan pahlawan dalam kasta Hindu. Kasturi juga adalah
perkataan yang umum di ketahui oleh orang Melayu semenjak zaman dulu
lagi iaitu nama kepada sejenis bauan-bauan minyak atar iaitu `Minyak
Kasturi`, ada dua jenis yang satu warna putih cemerlang yang satu warna
gelap. Baunya pula amat harum semerbak bila dipakai oleh sesiapa. Apa
yang tidak munasabahnya apabila Hang Mesmut dan isterinya Dang Sekanda
memberi nama anaknya Hang Kasturi mengambil sempena nama haruman
tersebut? Kenapa pula dikatakan Hang Kasturi itu nama kepada seorang
budak India Melaka pula?. Aduhai… peliknya sekali, padahal tidak
munasabah langsung dengan segala alasannya! Bagaimana bapaknya Melayu
ibunya Melayu tapi anaknya pula jadi India?.
KEEMPAT, Lekir adalah
perkataan Melayu sejati iaitu nama kepada sejenis ubi yang enak rasanya
iaitu `Ubi Lekir`. Di pantai timur semenanjung, batang pokok lekir ini
bercorak (berukiran) seperti badan ular sawa (tetapi sedap dimakan).
Jika Lekir yang berbatang hitam tidak boleh dimakan kerana boleh membawa
`mabok` kerana mungkin beracun. Maka mengapa memandai-mandai menukar
namanya menjadi, Hang Lee Kee?
KELIMA, Lekiu juga
adalah perkataan Melayu lama yang sekarang ini berubah dengan
kata`Lekit`saja. Zaman dulu lekit atau melekat atau maksud yang paling
akhir atau yang melekat paling bawah sekali disebut `Lekiu`. Maka
mengapa memandai-mandai direka nama Cina yang bunyinya Hang Lee Kew
pula? Kes ini semuanya yang tersebut di atas, ada agenda tersendiri
setidak-tidaknya untuk menidakkan adanya kepahlawanan Melayu zaman silam
yang boleh memupuk semangat kepewiraan Melayu masa kini.
4. Dalam pemakaian senjata resmi
persilatan bangsa asing (bukan Melayu dan semua rumpun Melayu Nusantara)
sama ada cina, india, korea, jepun mahu pun `mat salleh` zaman dulu
tidak ada pun memakai senjata keris pendek dan panjang di pinggang
mereka dan mereka pun tidak tahu bagaimana bertempur menggunakan keris.
Siam ada juga pakai keris tapi `tok cha`nya yang guna keris (ini
pengaruh melayu petani) untuk digunakan dalam perbomohan mereka bukan
untuk bersilat. Kalau pendekar cinalah kononnya Hang Tuah itu jadi
laksamana sultan Melaka tentulah digunakan pedang mata lebar cina untuk
bertarung kerana itu senjata kemahiran mereka, lagi pun sampai hari ini
tiadalah dalam beladiri cina atau beladiri India menggunakan keris
seperti keris pendek atau lebih-lebih lagi keris panjang Melayu.
5. Hang Tuah pula dikatakan budak cina
asalnya yang kemudian menjadi pahlawan Melaka. Adakah ia berguru dengan
Laksamana Cheng Hoe yang melawat Melaka zaman Dinasti Ming (1368-1644)?
Kalau ia belajar dengan Cheng Hoe tentu Cheng Hoe mengajarnya untuk
mahir bertempur dengan pedang Lebar Cina. Betullah dalam Kung Fu –
Shaolin Cina secara bersenjata itu ada gerak Lompatan. Jadi kalau seni
beladiri cina ada lompatan maka dia oranglah saja berhak dalam gerak
lompat senibela diri?. Jadi ambil mudah cakap, kalau ada lompatan dalam
seni beladiri lain… nah! itu sudah tiru dia punyalah. Sebab orang lain
tak pandai lompat kononnya… Inilah jenis atau bangsa fikiran sempit.
Tuhan kurniakan kepada semua manusia yang diciptakan ada dua kaki belaka
maka sama-sama ada potensi melompat dan sama-sama secara sunatullah
mempunyai ilham melompat di masa yang perlu jika untuk mengelakkan
bahaya yang perlukan lompatan. Maka semua beladiri dunia berhak
mempunyai jurus atau seni lompat bukan cina saja. India pun lompat,
korea pun lompat, siam pun lompat, jepun pun ada lompat, brazil pun
lompat. Semua beladiri bangsa dunia ada lompat lebih-lebih lagi Melayu
lagi handal lompat sebab selalu mendengar `pantun lompat tinggi-tinggi`
dari ibu-ibu mereka semenjak dalam buaian. Bila besar main lompat sepak
raga pula kemudian belajar lompat dalam persilatan pula. Kenapa
ditidakkan adanya lompatan dalam seni silat Melayu!. Kaji baik-baik
sebelum cakap yang amat tidak logik ini. Tapi lompatan Hang Tuah dengan
keris panjang tempa Melakanya (bukan tempa cina ya?) adalah lain dengan
cara lompat Kung Fu-Shaolin Cina. Sebab tiga guru Hang Tuah adalah orang
Nusantara ini dan ilmu kebatinan yang digunanya pun kebatinan
Nusantara. Sila ikuti huraian berikut:
i. Guru persilatan Hang Tuah dan
sahabat-sahabatnya yang pertama selepas bapa mereka sendiri adalah Aria
Putera iaitu nama samaran kepada salah seorang Wali Sembilan iaitu
Maulana Ishak atau digelar juga di Tanah Jawa Syeikh Wali Lanang anak
kepada Sayyed Ibrahim Asmarokandi cucu kepada Sayyed Hussein Jamadil
Kubra yang kahwin dengan puteri Raja Melayu Champa Puteri Ramawati (Sila
lihat rantaian Salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.di Asia Tenggara
di Lamanweb www.geraksejati.co.cc,
untuk keterangan lihat rantaian keturunan para Wali Sembilan). Maulana
Ishak telah membuang diri ke negeri Pasai Sumatera dan dari situ
kemudiannya beliau ke Bukit Pancalusa Rangkaian Gunung Ledang, Selatan
Semenanjung Tanah Melayu sebelum beliau menuju ke Gerisik kemudiannya
dan wafat di sana di mana makamnya dikatakan terletak berhampiran dengan
komplek pemakaman Syeikh Maulana Malik Ibrahim, Wali Sembilan pertama
yang datang mengembangkan Islam di Jawa. Beliau lari dari Istana
Blambangan (masa itu ia telah menjadi Raja Muda Blambangan) kerana
angkara bapa mertuanya yang mahu membunuh beliau dari hasutan Patih
Bajul Sengara yang anti perkembangan Islam yang dikembangkan oleh
Maulana Ishak. Beliau seorang ahli pertapa (Suluk) dan pendekar lagi
wali Allah yang keramat dan semasa beliau masih di Jawa beliau bersuluk
di gua Gunung Selangu. Beliau mempunya ilmu lipat bumi Perjanan cepat
kilat (Ilmu apongan terbang). Ini terbukti apabila Patih Bajul Sengara
(menteri kerajaan Balambangan) yang menjemput Maulana Ishak ke istana
Balambangan dari gua Selangu. Patih Bajul Sengara kembali ke istana
dengan larian berkuda tetapi apabila tiba di Istana Blambangan didapati
Maulana Ishak sudah lama berada di dalam istana untuk mengobati Puteri
Dewi Serkadadu. Padahal ketika bertolak dari gua Selangu Maulana Ishak
hanya dengan berjalan kaki. Wallahu`alam.
ii. Guru Hang Tuah kedua ialah adik
beradik seibu (puteri Raja Champa juga) sebapa dengan Aria Putera nama
samarannya ialah Sang Persanta Nala. Nama sabenarnya ialah Maulana
Rahmatullah atau Sunan Ampel beliaulah ayahanda kepada Sunan Bonang yang
sangat sakti itu.Kalau begitu, ertinya tidak hairanlah Hang Tuah juga
memang berilmu sakti sebab pada hakikatnya ia seguru dengan salah
seorang wali sembilan iaitu Sunan bonang atau nama asalnya Syeikh
Maulana Makdum Ibrahim itu. Sang Persanta Nala memilih Ampeldenta atau
sebutan yang hampir sama iaitu Wirana Pura (Pusat / negeri para
sateria-p) dan gunung dalam bahasa lama dimaksudkan juga `tempat yang
jauh` tidak semestinya sebuah gunung yang sebenar saperti yang
dimaksudkan pada hari ini. Ampeldenta pula dulunya adalah sebuah
perkampungan Arab di daerah Surabaya sabagai pusat pasentrennya untuk
mengajar pengetahuan Islam dan sebagai pusat penyebaran Islam di Jawa.
Pada permulaan kegiatan dakwahnya di Ampeldenta banyak dibantu oleh
adindanya dan juga muridnya Maulana Ishak (Aria Putera). Kewibawaan
mereka berdua sabagai mubaligh menyebabkan Islam cepat Merebak ke
Majapahit. Sunan Ampellah yang mula-mula sekali merancang penubuhan
sebuah negara Islam berdaulat di Jawa iaitu Demak dan menetapkan Raden
Paku (Joko Samudera / Syeikh Maulana Ainul Yakin / Sunan Giri) menjadi
Sultan Demak Pertama ia anak saudaranya (anak kepada Maulana Ishak yang
dibuang ke laut dengan perintah datuknya Prabu Menak Sembuyu, Raja
Blambangan). Wallahu`alam.
iii. Guru Hang Tuah yang ketiga, Syeikh
Mansur. Nama begini sinonim sangat dengan nama Melayu atau Arab. Nama
sultan Melaka pun pada zaman Hang Tuah ialah Sultan Mansur! takkan Tuan
Syeikh itu pula yang mengajar kung-Fu Cina kepada Hang Tuah dalam hutan
di hulu Melaka itu. Ilmu yang diajar beliau tentulah ilmu agama Islam
meliputi syariat dan hakikat serta ilmu hikmat persilatan Melayu juga.
Wallahualam.
6. Gerak persilatan Hang Tuah ada
perbezaan ketara dengan Kung Fu Cina. Dalam persilatan zohiriah Hang
Tuah tidak ada langsung meniru gaya mana-mana binatang. Ia mengikut
kaedah semula jadi manusia. Kalau beliau bersilat gaya binatang, beliau
betul-betul menyerupakan dirinya seperti binatang iaitu seperti harimau
misalnya disebabkan lawan beliau Sang Winara yang menjelmakan dirinya
menjadi anjing garang. Contohnya seperti petikan berikut:
`Maka Sang Winara pun lalu melompat
lari. Maka di-turut oleh Laksamana. Maka Sang Winara pun menjadikan
dirinya anjing. Maka Laksamana pun menjadikan dirinya harimau, lalu
di-usirnya anjing, anjing itu pun lari keluar kampung. Maka Laksamana
pun menjadikan diri-nya manusia pula.` (Ms:154) .
Manusia moden hari ini barangkali tidak
dapat menerima kenyataan manusia boleh menukar diri kepada bentuk seekor
binatang. Tetapi ilmu kimia teknologi kebatinan tingkat tinggi seorang
penjurit Melayu Nusantara zaman dulu dikatakan boleh iaitu melalui satu
ilmu kimia kebatinan yang disebut `Ilmu Jirim 13`.
Adalah perkara biasa seseorang kita manusia ini tidak akan yakin kepada
perkara luarbiasa selagi perkara tersebut tidak menjadi perkara biasa.
Lalu ini disebut perkara legenda dan tidak boleh diterima akal. Samalah
dengan kemajuan teknologi fizikal hari ini saperti radio, TV, Hp atau
Kapal Terbang dan lain-lain ciptaan teknologi moden lagi, kalau
diberitahu ada benda ajaib rekaan seperti ini di zaman Hang Tuah maka
mereka pun tidak akan percaya juga seperti kita tidak percaya kepada
kemajuan kebatinan zaman mereka. Untuk mencapai tahap boleh merubah rupa
begitu bukan senang. Sang Winara Sementera terpaksa `Bertapa dalam bumi
(Tanah di gali seperti lubang kubur – seperti yang dibuat oleh Arwah
keramat Tok Salehur Kelantan zaman moden ini dan ia bersuluk dalamnya)
selama tujuh tahun tiada makan dan minum dan tiada tidur dan pelbagai
rupa-nya dapat di-jadikan (dijelmakan-p).
Itu pun pertapaannya tidak cukup tempuh
selama tujuh hari saja lagi untuk sempurna sebab itu takdirnya ia tewas
di tangan Hang Tuah. Tetapi Hang Tuah kalau di teliti dalam buku
riwayatnya ini tidaklah bertapa untuk mencapai tahap ilmu menukar rupa
itu tetapi dia menerima secara langsung kesaktian itu dari gurunya yang
keramat, Sang Persanta Nala yang senantiasa bersuluk dari zaman
kecilnya. Wallahualam.
Satu teknik persilatan Hang Tuah lagi yang berbeza sangat dengan kungfu Cina ialah teknik gulingan
yang popular bagi Hang Tuah jika menghadapi tikaman yang terlalu pantas
dan teknik ini daya kawalan diri tidak hilang serta dapat menyerang
balas terhadap serangan lawan walaupun tubuh berguling di bawah atau di
atas tanah. Dalam Kungfu Cina teknik gulingan adalah tidak popular
tetapi ia lebih popular berpusing tuboh semasa melompat di udara. Bagi
Silat Melayu berpusing tubuh di udara dikira merbahaya kerana hilang
daya kawalan diri semasa berpusing itu dan memudahkan pula serangan
pantas lawan semasa hilangnya daya kawalan itu. Tetapi lompatan Hang
Tuah tidak berpusing di udara ia hanya membuat lompatan mengelak dari
serangan atau lompatan yang terus saja secara semertanya pula menyerang
membinasakan lawan. Lompatan Hang Tuah juga tidak ada yang serupa lompatan jimnastik
iaitu melambung diri ke belakang kerana perbuatan begini dikira memberi
ruang kepada lawan melancarkan serangan pantas ketika dia belum stabil
dalam kedudukan bagi menghadapi lawan. Dengan hujah ini Hang Tuah
bukanlah pendekar Cina yang dibahaskan sebagai pendekar Cina berkhidmat
kepada Sultan Melaka.
7. Pernah dikatakan ada ujian DNA dibuat
terhadap tulang belulang dari kubur Hang Tuah yang digali dan melalui
ujian DNA itu dikatakan bahawa tulang dari kuburan itu adalah tulang
seorang berbangsa Cina. Tetapi kemungkinan besar kubur yang disangkakan
kubur Hang Tuah itu kubur seorang Cina Muslim (jika tidak berjirat
seperti kubur Cina). Kerana kubur Hang Tuah, kubur para pembesar Melaka, kubur Raja-Raja Melaka semuanya telah dimusnahkan oleh Portugis
selepas mereka menakluki Melaka untuk melenyapkan atau melemahkan
semangat kesateriaan bangsa Melayu untuk berjuang terus menerus bagi
mengembalikan kedaulatan masa lampau Melaka. Segala
bebatuan nesan dan kuburan semuanya diambil oleh Portugis untuk membuat
binaan kota Melaka, A Famosa yang besar yang amat teguh dan kuat itu.
Maka semua kuburan yang ada hari ini yang di klaim sebagai kubur
sahabat-sahabat Hang Tuah boleh dianggap kuburan yang baru dibina
salepas zaman penaklukan Portugis dan entahkan benar atau pun bukan
tapak kubur para pahlawan itu masih dalam teka teki lagi. Wallahualam.
Dengan hujah-hujah ini, kata-kata orang
bahawa Hang Tuah itu adalah seorang berbangsa Cina dan wataknya telah di
Melayukan oleh pengarang cerita Hang Tuah boleh dianggap satu kenyataan
yang mempunyai maksud provokasi dan mempunyai agenda jahat terhadap
semangat kesaterian bangsa Melayu hari ini dengan menidakkan adanya
seorang wira Melayu yang paling agong yang boleh dianggap BAPA
PERSILATAN MELAYU SEJATI dan pelopor seni beladiri Melayu yang asli
(tidak ada tiru dari mana-mana senibela diri bangsa lain) yang melalui
kaedah kaedah persilatannya yang amat berkesan itu serta semangat
juangnya yang hebat sehingga dapat membina sebuah empayer besar Melayu
Melaka abad ke 15 setelah Empayer Agong Melayu Srivijaya berpecah.
Wallahualam.
MENAFIKAN
SINIS YANG MENGATAKAN LAKSAMANA HANG TUAH DAN RAKAN-RAKANNYA TIDAK
WUJUD – DAN CERITA HANG TUAH ITU HANYA SUATU REKAAN SAHAJA.
A. TEKS SEJARAH
1. Bukti dari teks
cerita Hang Tuah oleh pengarang ini. Seseorang tidak dapat menggambarkan
peristiwa dengan begitu hidup dalam peta perjalanan seorang pahlawan
kalau tiada asas dari adanya sumber asal yang dilihat atau didengar dari
seorang yang lain, walau pun tokok tambah dari peristiwa itu mungkin
berlaku untuk lebih nampak menarik dan hebat serta agongnya seorang
tokoh lagenda.
2. Nama Hang Tuah ada tersebut dalam
Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang – Cuma peristiwa pertikaman
dengan sahabatnya sahaja yang berbeza iaitu dengan Hang kasturi yang
dikatakan derhaka kepada raja tetapi bukan Hang Jebat. Gelaran
‘Laksamana` diberikan oleh sultan Melaka kepada beliau ialah kerana
jasa-jasanya mengetuai angkatan laut Melaka tetapi gelar `Laksamana` itu
diberi berasaskan kepada semangat kesatriaan Hang Tuah semasa remajanya
mengikut Sejarah Melayu yang mana jika ia bermain silat sesama
sahabatnya ia sering menyinsing lengan bajunya lalu memengkis katanya
`Chis, Laksamana lawanku`. Ertinya di sini pengaruh epik Seri Rama
bersama panglima utamanya dan juga adik kepada Seri Rama sendiri bernama
Laksamana yang hebat menguasai pertarungan dengan musuh-musuhnya
menjadi idola kepada Hang Tuah semasa remajanya. Maka sahlah bahawa
ketua angkatan laut Melayu pertama yang memakai gelaran ‘Laksamana` di
alam Melayu ialah Hang Tuah. Jadi kenapa pula tidak mungkin wujud
seorang Laksamana Melayu pertama di zaman keagongan kerajaan Melayu
Melaka iaitu yang bernama Hang Tuah?.
B. REALITI atau ILUSI atau pun ILLUMINE !
Pada tahun 1995, penulis ada berbual dengan sahabat penulis Arwah Tuan guru, Tok Wa Wan Ahmad
– Di-Tanjong Jara, Seberang Pintasan Dungun, Negeri Terengganu –
Malaysia (Seorang tokoh guru silat dan agama aliran tasauf dan maarifat
yang ternama sekitar dungun – paka – Kemaman, Kuantan dan Kuala Lumpur
yang boleh dipercayai percakapan beliau) mengenai silat Melayu aliran
perguruan beliau iaitu `Silat Pongok`. Beliau ada memberitahu penulis
iaitu pernah pada suatu malam beliau didatangi seseorang yang berpakaian
panglima Melayu yang lengkap memperkenalkan dirinya adalah Laksamana
Hang Tuah dan mengajak beliau bersilat di halaman rumahnya. Tetapi tidak
sempat pun `bermain silat` dengan Hang Tuah kerana Tuan Guru didatangi
seorang tetamu lain pula ketika itu. Oleh kerana itu Hang Tuah pun
berlalu dari situ dan tidak pernah lagi datang semula selepas itu.
Persoalannya sekarang benarkah itu Hang tuah? Kalau bukan tentulah URI
kepada Hang Tuah. (saudara ghaib yang ada kepada setiap orang manusia kita ini – mengikut kajian ilmu Usul Miftahul-Ghuyub,
jika seseorang hidup di dunia berbuat banyak kebaikan, kebaktian dan
mematuhi perintah Nabi dan Tuhan apabila mati Urinya menjadi bangsa
malaikat, tetapi jika seseorang semasa hidupnya di dunia ini banyak
melakukan kejahatan dan dosa apabila ia mati Urinya menjadi bangsa hantu
iaitu saudara syaithon. Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu
Rembau kepada si jahat, `hidup berakal tapi mati berhantu`
kerana seseorang itu telah menggunakan akal budinya untuk melaksanakan
dosa, kerosakan dan kejahatan semasa hidup). Maka kalaulah itu uri Hang
Tuah ya`ni bukan Hang Tuah yang Fizikal, tentulah saudara kepada uri itu
pernah wujud dalam dunia ini walaupun ia sudah mati iaitu Laksamana
Hang Tuah. Sebenarnya jika dikatakan itu jelmaan iblis, jin atau
syaithon sangat tidak benar bagi orang yang tahu perjalanan rohaniah
ilmu usul miftahul-ghuyub. Wallahu`alam.
C. MENJEJAKI METHOS!
Berdasarkan cerita dari mulut ke mulut orang tua-tua, Laksamana Hang Tuah dikatakan pernah bertapa di Gunung Datuk
iaitu di selatan Banjaran Titiwangsa di Daerah Rembau, Negeri Sembilan
(880 meter dari aras laut) sebelum pergi meminang Puteri Gunong Ledang
atas perintah Sultan Mahmud yang mahu memperisterikan puteri itu. Dengan
menggunakan ilmu kebatinan tinggi (ilmu
apongan diri seperti yang pernah digunakan oleh gurunya Maulana Ishak
atau Aria Putera yang menggunakan teknik ilmu ini dari Gua Gunong
selangu ke istana Blambangan di Tanah Jawa untuk mengobati Puteri Dewi
Serkadadu?) ia melompat – terbang dari Tanjung Tuan Melaka ke
puncak Gunong Datuk dan disebabkan hentakan telapak kakinya yang kuat
semasa mendarat sehingga kini kesan tapak kaki pahlawan Hang Tuah boleh
dilihat di dua lokasi. Kesan tapak kaki kiri beliau terletak di atas sebuah batu berhampiran Rumah Api Tanjung Tuan, manakala tapak kaki kanan beliau terletak di atas puncak Gunong Datuk. Wallahu`alam.
KESIMPULAN TERHADAP TAJUK ARTIKEL
Mengikut pendapat penulis berkaitan dengan tajuk `Hang Tuah Bapa Persilatan Melayu Sejati` adalah seperti kesimpulan berikut:
A. Seseorang pesilat (pendiri perguruan) boleh menganggap aliran silatnya berasal dari silat Hang Tuah berdasarkan kepada fakta-fakta berikut:
1. Jika beliau mempunyai pertalian darah
dengan keturunan Hang Tuah melalui anak-anak Hang Tuah saperti Tun
Biajid atau Laksamana Hang Nadim yang mungkin sekali Hang Tuah telah
menumpahkan ilmu persilatannya kepada mereka dan ilmu persilatannya pun
berlanjutanlah dari generasi ke generasi keturunannya.
2. Jikalau ada fakta pertalian sejarah kewujudan aliran persilatannya dengan mana-mana Silat yang Hang Tuah bersama para sahabatnya itu pernah belajar atau
yang Hang Tuah belajar secara perseorangannya.
yang Hang Tuah belajar secara perseorangannya.
3. Jika kebetulan ada kesamaan dalam falasafah, teknik dan rentak persilatannya dengan falasafah, teknik dan rentak persilatan Hang Tuah seperti dalam kajian ini.
4. Semua perguruan persilatan Melayu Nusantara aliran asli (Bukan silat olahraga sekarang) boleh menganggap Hang Tuah sebagai bapa persilatannya yang sejati berdasarkan semangat Hang Tuah yang cintakan bangsanya, rajanya (Melayu), agama dan negaranya.
B. Persoalan yang memerlukan kajian semula:
Adakah kaedah persilatan yang
digambarkan oleh pengarang Hikayat Hang Tuah ini sebenar-benar kaedah
persilatan Pahlawan Legenda Melayu itu? Kalau benar begitu layaklah Hang Tuah diberi taraf gelaran bapa persilatan Melayu sejati.
Tetapi adakah pula ianya salah satu gambaran persiltan Melayu yang
mewakili zaman pengarangnya saja? Ataupun hanyalah suatu khayalan
pengarang bermodalkan imaginasinya mengenai kepantasan dan tipudaya
(kependekaran bermain senjata) walaupun di fikirkan oleh orang lain
tidak berpijak di bumi nyata? Namun beliau hanyalah bermaksud untuk melahirkan seorang wira bangsa
yang mana segala penceritaan mengenai kepahlawanan, keberanian,
kesetiaan dan kebijaksanaan Hang Tuah itu terhimpun dan membentuk satu
imej DIAlah satu-satunya wira Melayu untuk dijadikan idola bagi membangkitkan semangat patriotisma Melayu sepanjang zaman!
KESAN DARI PEMBACAAN YANG DIHARAPKAN PENULIS KEPADA SIDANG PEMBACA
1. Mendapat gambaran asas tentang keupayaan Seni Silat Melayu Asli dalam
aspek teknik dan falsafah beladiri samoga anak-anak bangsa Melayu akan
menghargai semua Seni Silat Melayu Asli di Nusantara Melayu sabagai
warisan bangsa yang amat berharga yang perlu dipupuk, dipulihara dan
dipelihara serta diperkasakan lagi sapanjang zaman. Jadikan apa-apa yang
dibaca pada artikal ini sebagai bahan renungan dan bahan untuk berfikir bagi menambahkan lagi pengetahuan dan membangkitkan semangat kasatriaan pendekar Melayu-Nusantara tidak kiralah dari perguruan Silat Melayu yang mana yang anda ceburi selama ini.
2. Mencetuskan semangat patriotik dan penyatuan bangsa Melayu Nusantara melalui semangat bersama
sebagai ahli persilatan asli Melayu Nusantara merangkumi semua
perguruan dan persatuan Silat Melayu Nusantara melayu. Semangat
persaudaraan dan patriotik ini amat penting dalam mempertahankan `akidah Islam yang suci`
(Berpesan-pesan demi keimanan demi kebaikan atau kebajikan demi
kebenaran agama Allah). Mempertahankan dari kehancuran bangsa terutama
kehancuran akidah Islamiah dan kuasa di Tanah Air Pusaka Bangsa sendiri.
Mempertahankan kedaulatan Raja dan mana-mana pemerintah yang sah.
Mempertahankan Negara tercinta. Ini dari anasir jahat, subersif
berkerjasama dengan yang berwajib dan mempertahankan Negara dari
sebarang pencerobohan.
3. Menimbulkan kesedaran kewujudan semangat kepahlawanan agung bangsa Melayu masa
silam (sebelum tertindas dan tercemar maruahnya selama 500 tahun oleh
penjajah) Menimbulkan rasa penghargaan bersama masyarakat terutama
Masyarakat peribumi dan pemerintah terhadap mana-mana institusi
persilatan Melayu yang sentiasa berjuang memartabatkan budaya bangsa
yang berharga ini sebagai yang luhor dan kesediaan
mereka berkorban demi keselamatan akidah yang betul terhadap anak
bangsa di bawah bimbingan masing-masing perguruan demi agama, bangsa,
raja dan Negara. Walaupun tidak diberi perhatian, imbuhan atau
penghargaan apa-apa oleh Negara. Berjuanglah dengan ikhlas di bawah
panji-panji Allah. Insaallah tidak sia sia.
4. Sekarang, Melayu masih boleh bersatu atas dasar persaudaraan seagama dan budaya persilatan
kalau pun tidak mungkin lagi melalui politik. Melayu akan kuat jika
semua bersatu padu dan bermusyawarah mencari apa saja yang terbaik,
syaratnya mesti ikhlas dan kerana mengikut ajaran Ilahi. Bukan berjuang
kerana periok nasi dan Kuasa Nafsu Syaithoniah. Contohnya apabila Tuah
Jebat bersatu, kejayaan gemilang bangsa dan Negara Melaka tercapai.
Apabila Tuah Jebat bekelahi berbunohan,
dan nafsu syaithon orang isi negeri yang memegang kuasa tidak terkawal
dan kebobrokan perangai ketamakan harta benda dan maksiat
bermaharajalela dimana-mana saja dalam Negara, keberkatan kemuafakatan
tidak lagi ada, maka Tuhan murka, Melaka hancur… bangsa Melayu
mula tertindas miskin dan hina di mata penjajah dan bangsa lain. Apabila
bangsa di pandang hina budayanya dan agamanya juga turut jadi terhina.
Oleh itu mempertahankan maruah bangsa secara tak langsung mempetahankan
martabat agama. Sebab itu dikatakan cintakan tanah air itu sebahagian
daripada iman.
5. Melalui institusi persilatan diharapkan fungsi intelektual tradisi dihidupkan kembali, Bahasa Melayu di daulatkan (menjadikannya
bahasa lingua-franca seluruh Asia Tenggara dan dunia – kembalikan
fungsi bahasa Melayu sabagai bahasa perhubungan antara bangsa sabagaiman
di zaman kegemilangan Empire Srivijaya dan Empire Laut Melaka dahulu),
adat dan adab Melayu Islam yang indah selari dengan tuntutan Islam
dipelihara dan dipulihara, penguatan akidah anak bangsa dan semangat
setiakawan saperti mana Hang tuah Lima bersahabat semasa menjalankan
misi raja dan negaranya. Hendaklah dipupuk, kerapuhan
akidah dan dadah sedang melanda remaja dan umat Melayu masa kini. Ada
anak Melayu dah tukar agama dan sudah ada special church untuk mereka
dibandar bandar besar, alangkah sedih dan membimbangkan dan ini salah
siapa? dan siapakah dalangnya? Di bahu siapa tanggongjawab memulih
keadaan? Kerana nampaknya istilah setiap Melayu itu mestinya seorang
Islam sudah tidak relevan lagi zaman ini. Maka seluruh institusi
persilatan Melayu Malaysia dan Nusantara baik pun perguruan yang
besar-besar buatlah tindakan cara besarnya dan perguruan yang
kecil-kecil buatlah ikhtiar cara kecilnya. Hendaklah semua bangkit
sekarang. Inilah peluang untuk berbakti kepada bangsa dan Negara.
Marilah kita bangkit bersama biarpun antara kita berjauhan tapi semangat
dan cita-cita kita biarlah bersama. Acara kita berlainan tapi haluan
kita tetap sama. Insaallah Tuhan akan menolong selagi kita ikhlas
berjuang demi perkara yang baik 1, 2, 3, 4, 5 yang diutarakan semuanya
tersebut di atas. Samoga memndapat balasan baik dari Allah s.w.t. Tuhan
yang memberi rahmat kepada semua hamba-hambanya yang suka berbakti
dengan ikhlas, Wabillahi taufiq walhidaayah… terima kasih. Wassalam.
DISIARKAN
RENCANA TEKNIK DAN FALSAFAH PERSILATAN LAKSAMANA MELAYU INI SEMPENA
MENGINGATI HARI KELAHIRAN NABI DAN RASUL YANG MULIA SAYYIDINA MUHAMMAD
S.A.W. PADA 12 Rabiul awwal 1430 Hijrah bersamaan 9 March 2002 M.
Allaahumma shalli
`alaa sayyidinaa Muhammadin shalaatan tuktabu bihas-suthoor. Wa tusyrahu
bihas-shuduur. Wa tahuunu bihaajamii`ul-umuur. Birahmatin minka yaa
ghafuur. Wa`alaa aalihi wa shahbihi wa sallim.
“Ya
Allah, limpahkanlah shalawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad,
shalawat yang dengannya dituliskan garis-garis, dan di lapangkan dada,
serta Engkau mudahkan segala urusan, berkat rahmat dari Mu, wahai Tuhan
Yang Maha Pengampun, serta kepada keluarga dan para sahabatnya.”
KOMENTAR-KOMENTAR
YANG IKHLAS, ILMIAH, BERMUTU DAN BERNAS SAHAJA AKAN DILAYANI
(DIPAPARKAN). KEBODOHAN DAN KEDUNGUAN ADALAH SIA-SIA DAN HANYA MERUGIKAN
MASA.
SEMBOYAN HIDUP
“HIDUP BERJASA MATI DENGAN NAMA YANG BAIK”. Insya-Allah.
“Majulah Seni Silat Untuk Kesejahteraan Insan Sejagat”.
AL-FAQIR ILALLAH, PSSGSM.Website: http://www.geraksejati.co.cc
E-mail: master@eramaya.com
Hak Cipta Terpelihara
CopyRight: Fri. 13 February to Fri. 27 February 2009.
DILARANG CETAK DAN TIDAK DIHALAL NIAGAKAN TANPA IZIN PENGARANG.
CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com