Tanjung Tuan
Tanjung
Tuan atau dahulunya dikenali sebagai Cape Rachado adalah
sebuah tanjung yang menganjur keluar ke Selat Melaka dari
tanah Negerl Sembilan. la dikelilingi oleh Selat Melaka di
utara, barat dan selatan manakala di sebelah timurnya
bersempadan dengan Negeri Sembilan. Oleh itu, kedudukannya
adalah tepian dari tanah besar Negeri Sembilan.
Kawasan
Tanjung Tuan terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Port
Dickson dan 80 km dari Bandar Melaka. Dari segi sejarah,
Tanjung Tuan mula ditadbir sebagai sebahagian daripada Negeri
Melaka sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kawasan Tanjung
Tuan juga merupakan salah satu daripada hutan simpanan kekal
yang tertua (diwartakan dalam tahun 1921) dan ditadbir oleh
Pejabat Hutan Negeri Melaka. Selain itu, Tanjung Tuan juga
telah diwartakan sebagai Kawasan Suaka Kehidupan Liar pada
tahun 1971 dan Kawasan Perlindungan Mergastua pada tahun
1991.
Dari segi
sejarah Tanjung Tuan merupakan tempat kawalan kapal-kapal
dagang yang melalui perairan Selat Melaka. Kedudukan
perairannya yang sempit memudahkan pihak penguasa memantau
atau mengawal kapal-kapal yang melaluinya. Pernyataan ini
diperkukuhkan dengan adanya kawasan bukit yang tinggi di
Tanjung Tuan yang membolehkan pengawalan dibuat dengan lebih
mudah.
Kedudukan
strategik Tanjung Tuan ini juga menjadi faktor utama tempat
tersebut terus digunakan oleh pemerintah di Melaka termasuklah
Portugis, Belanda dan Inggeris. Sehingga sekarang, masih
terdapat rumah api yang pada asalnya dibina oleh Portugis pada
abad ke 16 yang kemudiannya dibina semula oleh pihak Inggeris
pada tahun 1839. Ianya terletak dl puncak bukit yang tertinggi
di kawasan ini dan menghadap ke Selat Melaka.