Ikan bakar dimelaka

Jeti Pernu berwajah baru Ogos ini


MELAKA 7 Mei – Jeti nelayan Pernu akan berubah wajah apabila kerja-kerja menaik taraf segala kemudahannya dengan kos RM2.4 juta dijangka siap sepenuhnya pada 7 Ogos ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Latif Tamby Chik berkata, apabila siap nanti jeti berkenaan akan memberi kemudahan lebih selesa kepada kira-kira 80 nelayan dan pelancong yang menggunakannya.
Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf yang dilakukan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) adalah membina jeti konkrit bagi memudahkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan.
Di samping itu katanya, kemudahan nelayan meletakkan bot masing-masing dibuat lebih tersusun berbanding sebelum ini.
“Jeti baru juga turut dibina khusus kepada pelancong yang ingin ke Pulau Besar dan mereka tidak lagi perlu menggunakan jeti nelayan untuk menaiki bot penumpang.
“Kemudahan ini lebih selesa dan selamat memandangkan kehadiran pelancong menggunakan jeti di Pernu untuk ke Pulau Besar semakin meningkat khususnya pada cuti hujung minggu dan cuti umum,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Latif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri berkata, kemudahan jeti baru itu akan melegakan 15 operator yang mengendalikan bot penumpang ke Pulau Besar.
Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf jeti berkenaan yang berjalan lancar dan dijangka siap pada waktunya.
“Pada lawatan kerja Ketua Menteri ke DUN Telok Mas minggu lalu, beliau turut melawat jeti Pernu dan melahirkan rasa lega kerana kerja-kerja menaik taraf jeti berkenaan sudah siap 66 peratus,” katanya.
Di samping itu jelasnya, beberapa kemudahan lain yang turut dibina di jeti berkenaan adalah kemudahan tempat menunggu, tandas, surau, gerai kraftangan dan kaunter tiket.
Selain itu katanya, satu jambatan pejalan kaki turut dibina menghubungkan jeti Pernu ke Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai yang terletak berhampiran kawasan tersebut. –UTUSAN
 
CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com

keris,malay dagger,handycraft shop
Related Posts