Jais berhak adakan operasi


NURULFATIHA MUAH
31 Mei 2012
Jais berhak adakan operasi
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri tidak akan menghalang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan operasi terhadap syarikat percetakan atau penerbitan yang mengeluarkan buku ALLAH, Kebebasan dan Cinta, tulisan penulis kontroversi Irshad Manji.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Jais berhak berbuat demikian selagi tidak melanggar kuasa yang diperuntukkan kepada mereka kerana ia akan diadlili di mahkamah kelak.

“Jais beroperasi mengikut landasan undang-undang sedia ada dan mereka bertanggungjawab menentukan sama ada penerbitan itu melampaui batas perundanganatau tidak.

“Kalau mereka (Jais) berpendapat untuk pergi (buat serbuan dan ambil tindakan) kepada penerbit atau pencetak, perlu ambil kira dulu kuasa yang ada. Mahkamah akan menentukan sama ada mereka ikut tatacara yang dibenarkan atau tidak jika dibawa ke situ,”

katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di sini, semalam.

Ditanya pendapatnya mengenai tindakan Jais yang menyerbu Syarikat ZI Publication berhubung dakwaan penerbitan buku tersebut kelmarin, Abdul Khalid yang juga Exco Agama Islam Selangor berkata, pergerakan itu adalah berdasarkan kuasa, akta atau enakmen ditetapkan.“Dengan kuasa itu, sudah tentu Jais akan ambil tindakan tertentu dan mereka yang terlibat akan dibawa ke mahkamah.

Sama ada betul atau tidak, ia diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Kelmarin, Pemangku Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Jais membuat serbuan di pejabat syarikat penerbitan tersebut di Merchant Square, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.30 pagi, hasil risikan dan maklumat orang awam.

Dalam serbuan itu, pengarah syarikat berkenaan, Ezra (Dari kanan) Mohamed Izam dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid bersama wakil tiga syarikat yang menyerahkan zakat perniagaan masing-masing.

Zaid ditahan, bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan jaminan RM1,800 oleh seorang penjawat awam dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menerbitkan bahan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan itu dan versi Bahasa Inggeris ‘Allah, Liberty and Love’ kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis, Jumaat lalu.

Pada sidang media sama, Abdul Khalid turut menyerahkan sebanyak 94,474 borang Kaji Selidik Daftar Pengundi melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk menjalankan proses mengenalpasti pengundi baharu yang telah didaftarkan di Dun berkenaan sebagai membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan senarai daftar pengundi di Selangor dibersihkan bagi menjadikan pilihan raya umum akan datang diadakan secara bersih dan adil.

“Kita mahu buktikan kepada SPR bahawa peningkatan luar biasa pengundi baru di Selangor adalah disebabkan wujudnya nama yang meragukan atau pengundi hantu,” katanya.