gempar!!! benarkah taming sari kini dimelaka

Gabungan sejarah dan pelancongan buka peluang pekerjaan


SEBAHAGIAN ahli Persatuan Seni Silat Jurus Tunggal Cahaya D' llima tertarik melihat Keris Semenanjung dan Pedang Zulfakar pada majlis perasmian
MELAKA 25 April - Mencampurkan sejarah warisan bangsa dengan pelbagai aktiviti dan produk pelancongan mampu menambah pendapatan dan membuka peluang pekerjaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, bahan sejarah keris Taming Sari yang diterjemahkan dalam bentuk menara merupakan salah satu produk pelancongan sejarah yang berjaya menarik lebih 650,000 pengunjung dengan kutipan sebanyak RM6.5 juta tahun lalu.
"Di negeri ini kita membina sebuah menara Taming Sari untuk memperingati kehebatan keris ini bagi menaikkan semangat penduduk Melaka agar sentiasa berani menghadapi sebarang cabaran.
"Bukan itu sahaja, nama Taming Sari juga kita jadikan sebagai tarikan pelancongan di mana menaranya telah menarik seramai 650,000 pelancong dengan pendapatan sebanyak RM6.5 juta tahun lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keris Taming Sari Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Seri Negeri, di sini hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (Iksep), Datuk Mohd. Said Yusof dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas.
Antara pembentang kertas kerja yang terlibat ialah Pengarah Muzium Perak, Nor Janati Ibrahim; Mohd. Ramli Raman dari Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) dan Yohanes Yantono dari Institut Seni Indonesia, Surakarta.
Dalam pada itu, Mohd. Ali mengingatkan semua pihak memainkan peranan dalam merancang dan melaksana untuk memugar, menyelidik, menerbit dan mendokumentasikan hal keilmuan sejarah negeri termasuk keris Taming Sari.
Kata Mohd. Ali, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada pihak yang melakukan usaha itu bagi membolehkan ia menjadi rujukan sepanjang zaman

CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
HERITAGE GALLERY
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com

keris,malay dagger,handycraft shop