Melaka tumpu pelancongan budaya, sejarah

Melaka tumpu pelancongan budaya, sejarah


2012/04/25

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan memberi tumpuan terhadap subsektor pelancongan budaya dan sejarah yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, pihaknya akan memperbanyakkan kawasan pelancongan yang berunsur kebudayaan dan warisan rakyat Melaka bagi menarik pelancong khususnya dari luar negara memandangkan jumlah pelancong bagi subsektor itu kini dilihat semakin meningkat.
"Melaka kaya dengan pelbagai sejarah bukan saja sejarah Kesultanan Melayu namun juga sejarah bangsa dan budaya yang dapat dibuktikan dengan pelbagai kesan tinggalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keris Taming Sari Warisan Kesultanan Melayu Melaka sempena Melaka 750 Tahun di Seri Negeri di sini, hari ini.
Seminar sehari anjuran bersama kerajaan Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) itu dihadiri kira-kira 500 peserta dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meningkatkan seminar dan program berkaitan kebudayaan dan sejarah Melaka sebagai ruang perbincangan dan pertukaran idea untuk memajukan subsektor itu.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, penganjuran seminar Keris Taming Sari itu relevan memandangkan keris milik Hang Tuah itu melambangkan kekuatan serta jati diri masyarakat Melayu.

Beliau berkata, berdasarkan fakta sejarah, kerajaan negeri Melaka turut membina Menara Taming Sari setinggi 110 meter sebagai memperingati kehebatan keris itu selain menjadi antara produk pelancongan Melaka.
Katanya, menara berkenaan berjaya menarik 650,000 pelancong dengan jumlah pendapatan RM6.5 juta pada tahun lalu. - BERNAMA

 
CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com

CARDOVA CREATIVE

CARDOVA CREATIVE
DATARAN PAHLAWAN MELAKA, MALAYSIA. Kami sebuah syarikat yang menjual barangan antik, keris, batu permata, cincin, barangan kraftangan,Al-Quran digital dan lain-lain. Kalau anda ke Melaka singgahlah ke kedai kami.replika taming sari pun ade..