by Bunga Sriwijaya on Wednesday, September 19, 2012 at 12:14am ·
Pembuka Bicara dari Srikandi
di atas nisan sejarah
ku tuliskan riwayat silamku
dengan darah peperangan
ku tuliskan riwayat silamku
dengan nanah dan tangisan
biar hanyirnya membau perjuangan
biar badinya mengasap kebangkitan
Kepada para pengkaji ilmu,
para pencinta sejarah,
anak-anak bangsa,
para pendidik,
negarawan-negarawan,
kerabat diraja dan warisan Srivijaya...
Dari gerbang para Dapunta dan Bentara,
saya...Srikandi,
membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.
Tidak dinafikan bahawa Hang Tuah,
seorang komander,
negarawan,
perancang militari terunggul,
laksamana,
ketua tentera dan pemikir...
dalam manuskrip-manuskrip lama Melayu,
menyatakan bahawa 'Tidak Hilang Melayu Di Dunia'.
Ramai akan mencebik dengan kata-kata ini daripada editor majalah lawak,
mat-mat kilang,
teknokrat sehinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad (dengan maaf),
sendiri punya 'inferior' terhadap kata-kata ini.
Tidak hilang Melayu di dunia,
adalah satu ayat yang amat misteri,
dan apabila ia jatuh ke tangan saya,
'The Wizard of History'...
saya dengan kuasa sihir 'channeling' saya,
melihat sehingga 1300 tahun Sebelum Masehi,
sebuah tamadun...
satu bangsa yang tidak pupus sehingga ke hari ini,
sementelah bangsa-bangsa hebat seperti Mesir Purba,
Akkadia,Assyria,Media,Phoenicia,
dan sebagainya pupus sebagai satu 'state-nation'.
Sargon of Akkadia,
Nebuchadnezzar II yang menakluk Judah dan Jerusalem,
Nimrod of Mesopotamia yang sezaman dengan Nabi Ibrahim,
dan Ashurbanipal King of Nineveh,
adalah mereka yang menyaksikan rahsia di sebalik ayat-ayat Hang Tuah.
Ada yang menganggap Hang Tuah adalah fiksyen,
namun...
di mana saya mahu mencampakkan kata-kata ini,
"...Malacca is such importance and profit,
that is has no equal in the world.
It is a city state made for merchandise,
fitter than any other in the world..."
Ini bukan kata-kata Hang Tuah atau Hang Buah...
jika kita rasa ia fiksyen,
tetapi ini adalah kata-kata Tom Pires,
pengembara dan penulis Portugis,
yang berasal dari Lisbon yang hidup pada abad-16.
Begitu juga kata-kata ini:
"...Malacca is the richest seaport,
with the greatest number of wholesale merchants,
and abundance of shipping that can be found in the whole world...”
dari penulis dan pedagang Portugis,Duarte Barbosa.
Jika seorang pedagang yang pakar.
menyatakan saiz pasaran dan bisnes kepada anda,
adakah anda menafikan?
Jika saya pergi ke Guangzhou.
dan menyatakan kepada anda saiz pasaran borong di sana,
adakah anda percaya?
Pergi tanyalah para 'pedagang' di Chow Kit atau Plaza TAR.
Jika kita percaya kepada kewujudan Melaka.
sebagai "greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping" dari pedagang luar negara,
mengapa tidak kita percaya kepada personaliti Hang Tuah?
Pelabuhan perdagangan yang mampu menjalankan bisnes maritim,
yang berskala besar mengatasi peranan Venice di Itali,
tidak mungkin wujud tanpa orang-orang yang bersifat negarawan,
dan bijak dalam siasah perniagaan.
Dahulu orang mencebik tentang kisah Hang Tuah pergi ke Jepun dalam Hikayat Hang Tuah,
namun apabila ditemui rekod-rekod hubungan Kerajaan Ryukyu dengan Melaka,
seperti Maharaja Sho Tako...
telah mengirimkan utusan dan hadiah kepada Sultan Mansur Shah,
berupa 2,000 buah mangkuk,
5 buah kipas,
20 buah tembikar,
5 bilah pedang,
dan 25 kotak kain sutera,
barulah mereka sedar bahawa ada 'something' dalam hikayat Melayu lama itu.
Tanyalah para pengkaji Jepun,
tentang rekod-rekod kerajaan Ryukyu dengan Aceh,
Siam dan Jawa.
Jika Hang Tuah tidak wujud,
Melaka juga tidak wujud.
Jika Melayu hilang di dunia,
maka dunia ini juga akan hilang.
Hang Tuah tidak bercakap soal budaya atau identiti.
Ya...
kita tahu orang Melayu di Singapura semakin terhakis identiti mereka,
kerana asakan budaya material di sana.
Anak-anak Melayu sudah biasa bercakap bahasa Inggeris di rumah.
Di utara,
anak-anak Melayu tidak kenal bahasa mereka,
dan bangga berbahasa Thai.
Bangsa juga ditukar menjadi 'Thai Muslim'.
Jika saya melihat dari aspek ini,
saya akan percaya bahawa Hang Tuah membuang masa saya dan merepek-repek.
Tetapi sebenarnya beliau TIDAK MEREPEK.
Hang Tuah bercakap mengenai soal SURVIVAL.
Melayu tetap Melayu walaupun diasak berbagai-bagai bencana.
Cara mereka bertahan amat unik,
menggunakan diplomasi dan tolak ansur.
Dengan cara yang aneh ini,
mereka bertahan dan tetap wujud,
walaupun bangsa-bangsa purba sezaman dengan mereka musnah dan pupus tidak bersisa.
Hang Tuah tahu,
apabila beliau dilantik menjadi ketua angkatan laut Melaka,
pada masa yang sama beliau telah menjadi duta,
dan mendapat tiket untuk mengembara ke seluruh dunia.
Dari kerajaan-kerajaan yang dilawatinya,
Hang Tuah telah menyedari bahawa kerajaan-kerajaan itu,
mempunyai sejarah dan rekod perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.
Saya tidak hairan dengan kisah Hang Tuah,
pernah melihat piramid ketika pengembaraannya ke Mesir.
Idea nenek moyang berdiri megah di tempat orang.
Jika orang Melayu tidak survive,
mereka akan mengikut jejak bangsa-bangsa yang hilang.
Mengapa orang Melayu sangat membenci Yahudi?
Kerana mereka pernah berurusan dengan mereka beribu tahun yang silam,
dan kenal perwatakan dan cara orang Yahudi berniaga.
Mengapa tulisan Rencong mendekati tulisan Phoenicia?
Mengapa ada kosakata Ibrani (Old Hebrew) dalam bahasa Melayu?
Mengapa ada perkataan Mesir Purba dalam bahasa Melayu?
Mengapa ada persamaan kata dalam bahasa Maya dan Melayu?
Why..
why...
and why...
dan senarai ini akan berterusan jika kita tidak memahami cerita di sebalik kata-kata Hang Tuah.
Identiti dan budaya mungkin akan hilang,
jika kita miskin sejarah.
Sejarah adalah benteng terakhir untuk mempertahankan identiti bangsa.
Walaupun bahasa dan budaya lenyap sekalipun,
jika kita punya jejak sejarah...
kita tidak akan pupus.
Kaum Inca sudah pupus bahasa dan budaya,
namun bukti sejarah masih ada,
dan dunia masih merakam tamadun mereka.
Biar orang Melayu di Thailand dan Singapura pupus budaya dan bahasa,
namun kita di sini masih punya tanahair.
Jika kita masih punya harapan,
harapan itu akan menyalakan mimpi-mimpi kita.
Jika semua lilin-lilin impian sudah padam,
kita hanya perlukan satu sahaja lilin.
Satu sahaja.
Dengan satu lilin ini,
ia akan menyalakan lilin-lilin yang lain.
Itulah harapan.
Jika anda semua mati dan terpadam di dalam hujan lebat sekalipun,
biar saya menjadi harapan yang menyala-nyala.
Bila saya bercakap pasal 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',
saya bercakap pasal sikap optimistik Hang Tuah.
Self-confident.
Self-esteem.
Hang Tuah bercakap berdasarkan pengalamannya,
sebagai duta dan komander satu empayar maritim,
yang hanya dikendalikan dari satu 'seaport'.
Jika yang bercakap itu Hang Buah atau Hang Rempit,
kita boleh abaikan,
tetapi tunggu tuan-tuan dan puan-puan...
yang bercakap itu adalah seorang negarawan ulung.
Namanya disebut dalam dua manuskrip teragung,
Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.
Jika Melaka hanya kampung nelayan yang miskin,
dan Hang Tuah adalah ketua kampungnya,
kita boleh abaikan sahaja,
tetapi tunggu abang-abang,
kakak-kakak...
yang berkata itu adalah seorang komander tentera,
dan pakar sains politik teragung,
yang menukar Melaka menjadi Venice Timur Jauh.
"Whoever is lord of Malacca,
has his hand on the throat of Venice"
-Tom Pires
Jika Hang Tuah adalah fiksyen.
Melaka juga adalah fiksyen.
Tom Pires adalah fiksyen,
Venice adalah kota Cinderella.
Sebab itu,
bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',
saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu,
yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.
Saya bercakap tentang survival dan daya tahan untuk memperjuangkan kewujudan.
Walaupun dijajah beratus tahun,
kita akhirnya masih punya tanahair,
dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,
di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara,
mengatasi Thailand dan Kemboja,
serta antara tertua di dunia...!!!
Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,
saya bercakap tentang daya tahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.
Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,
kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.
Apabila tradisi raja kita kekal,
maka nama 'Srivijaya' juga kekal,
sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti (batu bersurat),
bukan sahaja di tempat kita,
malah di India dan China,
malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.
Jika kerajaan-kerajaan purba di India,
memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,
seperti Tanjore dan Nalanda,
serta dinasti-dinasti imperial China,
merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka,
maka bisnes maritim kita adalah 'real'.
Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.
Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.
Perniagaan borong kita adalah 'real'.
Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.
Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.
Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.
Srivijaya adalah 'real'.
Melaka adalah 'real'.
Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,
Selat Melaka adalah fiksyen,
Singapura adalah fiksyen.
Tetapi kita tahu,
Singapura hari ini adalah negara maju,
hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.
Jika Segenting Kra dijadikan terusan,
kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.
Jadi,
bila ada orang berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',
ini bergantung kepada tahap pemikiran anda,
dan self-esteem anda.
Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu,
ketika dirinya bersemangat,
melihat status pengurusan pelabuhan dan perdagangan orang Melayu,
mencapai tahap sehingga orang luar mahu menaklukinya.
Di dalam Sulalatus Salatin,
ada menyebutkan situasi Melaka ketika itu:
“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin,
sekaliannya datang ke Melaka;
terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.
Maka segala orang Arab dinamai Malakat,
ertinya perhimpunan segala dagang,
kerana banyak jenis dagangan ada di sana…”
Adakah Sulalatus Salatin merepek-repek dan berkhayal?
Seperti Hang Tuah berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia'?
Namun apabila Tom Pires yang menulis di dalam bukunya Suma Oriental:
“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance,
and of much profit and great honour.
It is a land that cannot depreciate on account of its position,
but must always grow.
No trading port as large as Malacca is known,
nor any where they deal in such fine and highly-prized merchandise.
Goods from all over the East are found here;
goods from all over the West are sold here.
It is at the end of the monsoons,
where you find what you want and sometimes more then you are looking for”
Bukankah seperti sama dengan ulasan Sulalatus Salatin?
Sebab itu bila beratus tahun sebelum kewujudan Melaka,
apabila tertulis nama kerajaan Langkasuka pada manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa,
maka orang-orang Melayu yang perasan mereka berpelajaran,
mengetawakan kerajaan fiksyen,
dan dongengan ini.
Namun apabila para sarjana antarabangsa,
menemui nama "Lang-ya-xiu" dalam rekod Dinasti Liang,
sarjana Tamil menemui perkataan ""Ilangasoka" terpahat di dalam kuil purba di Tanjore,
disebut jelas 'Langkasuka' dalam rekod era Majapahit,
Kakawin Negarakratagama,
hari ini Langkasuka bukan lagi mimpi penglipurlara.
“When the king goes forth he rides upon an elephant.
He is accompanied by banners,
fly-whisks,
flags and drums and he is shaded with a white parasol.
The soldiers of his guard are well-appointed.
The inhabitants of the country say that,
their state was founded more than four hundred years ago..."
-rekod imperial Dinasti Liang 500 Masehi mengenai negara "Lang-ya-xiu".
Apabila seorang sarjana Belanda,
menemui satu batu bersurat,
yang mulanya dijadikan mainan oleh para penduduk kampung di Sumatera,
beliau merasakan tulisan aneh pada batu itu,
mempunyai rahsia yang mendalam.
Apabila ditemui kata 'Srivijaya kota yang makmur' pada batu bersurat,
ramai orang merasakan ia adalah omong-omongan,
dan sekadar kata-kata azimat.
Namun apabila Goerge Coedes,
seorang sarjana yang mengkaji sejarah Asia Tenggara,
mendedahkan bahawa nama 'Sanfotsi' dalam rekod dinasti Sung,
merujuk kepada Srivijaya,
sebuah empayar maritim yang hilang,
kemudiannya beratus-beratus manuskrip,
catatan pengembara,
dan prasasti muncul dari Parsi,
Arab,
India,
China sehinggalah kepada riwayat-riwayat Mon,
Thai,
Khmer dan Burma,
mengungkapkan sebuah hegemoni politik yang memakan masa lebih 1000 tahun.
"Sanfotsi (Srivijaya),
is situated between Cambodia and Java. . . .
The people are skilled at fighting on land and water. . ."
-rekod imperial Dinasti Sung abad ke-10 Masehi
Srivijaya pada hari ini,
tidak dapat dinafikan oleh sejarahwan,
adalah legenda politik dan bisnes maritim Asia Tenggara.
Apabila seorang kenalan,
menunjukkan kepada saya satu salinan mikrofilem,
sebuah manuskrip dari koleksi The Institute of Microfilmed Hebrew Manuscripts,
berdasarkan beberapa projek pemuliharaan manuskrip Ibrani Kuno,
seperti Mishna dan Piyyut,
saya telah nampak maksud dari kata-kata sosok misteri,
Laksamana Hang Tuah.
Saya melihat kata 'תּנּין',
yang bermaksud 'dragon',
setelah menyemak mengikut kamus moden.
Namun rakan saya yang mempunyai darah Yahudi di sebelah ibu,
menyatakan bahawa ia bermaksud raksasa air,
atau 'ular besar yang tinggal di laut' (sea monster).
Manuskrip itu amat susah difahami,
kerana menggunakan bahasa Ibrani (Old Hebrew) era Biblical sekitar abad ke-6 Masehi.
Manuskrip itu majoriti isinya ialah mengenai tatacara,
atau ritual satu aliran keagamaan tertentu.
Terdapat kata 'ophir' di sana,
sebagai satu kalimah pemujaan.
Saya teringatkan panggilan orang Barat terhadap Gunung Ledang,
sebagai 'Mount Ophir'.
Apabila saya ajukan makna 'ophir',
rakan saya menjawab 'ring of fire'!
Hebrew:
Malay=Hebrew=English
Api=ophir=ring of fire.
Adat=dawth=law
Surau=sawraw=house,small mosque/fort
Egyptian:
Malay=Egyptian=English
Mata=maat=eye
Perahu=perehu=boat
Phoenicia:
Malay=Phoenicia=English
Rabun=rabun=blindness(Malay),large eye(Phoenicia)
Bala=Baal=disaster(Malay),fertility(Phoenicia)
Bagaimana perkataan-perkataan dari bangsa-bangsa purba,
boleh ada dalam kosakata Melayu?
Bahasa Melayu berhubung dengan bahasa Sanskrit,
dan Arab melalui faktor agama,
Parsi dan Cina melalui perdagangan,
dan bahasa-bahasa Eropah melalui penjajahan dan globalisasi,
tetapi bagaimana dengan Ibrani,
Mesir Purba dan Kanaan (Phoenicia)?
Kosakata Phoenicia contohnya,
mempunyai makna yang berlawanan dengan bahasa Melayu,
dengan kata yang sama.
Adakah ini kebetulan?
Ini amat aneh dan membingungkan!
Tidak Melayu Hilang di Dunia,
membawa erti mendalam bagi saya.
Bila saya merenung dalam-dalam kata-kata Laksamana Hang Tuah ini,
saya seperti dibawa mengembara ke Sumeria di zaman Sargon II,
Nebuchadnezzar ketika menawan Jerusalem,
pasar-pasar di kota Petra oleh kaum Arab Purba Nabatean,
raja-raja Media (Madyan) dan Parsi,
Cyrus The Great,
dan Cambyses II,
dan dataran Persepolis,
juga kota Rom di bawah Hadrian,
dan Marcus Aurelius.
Kemudian era kejatuhan Empayar Rom,
kebangkitan Srivijaya,
era Kesultanan Melaka,
era penjajahan,
kemerdekaan,
dan saya melihat langit terbuka;
teknologi maklumat dan angkasa lepas.
Saya melihat satu kuasa yang amat kuat,
untuk bertahan dari segala kesengsaraan,
bukan menggunakan kekerasan,
tetapi sikap kesabaran yang tinggi yang melenyapkan dendam dan kesakitan.
Saya akan membawa anda,
jauh ke hutan rimba di tengah Mexico,
menjejak dewa naga Quetzalcoatl,
menjejak ritual aliran Kabbalah,
paling rahsia "The Sect of Dragon Lord of The Rings",
di runtuhan Babylon di Iraq,
menjejak kultus-kultus Naga Suci di Perancis dan Jerman,
membawa anda membaca makna-makna paling purba ,
dalam manuskrip Pali,
di wat-wat usang di Thailand dan Laos,
menghayati riwayat-riwayat Mon dan Khmer,
tentang legenda raja Naga dan mencari anak gadisnya...
'The Naga King's Daughter'.
Saya akan bacakan kepada anda riwayat Seri Gumum,
Seri Pahang dan Seri Kemboja,
mencari asal-usul moyang emperor-emperor Srivijaya,
saya akan menggali untuk anda emas dan permata para Dapunta,
Bentara dan Maharaja.
dengan rendah diri,
saya persembahkan untuk anda asal-usul nenek moyang,
"The Origin of The Sea Dragon"
מקורו של תּנּין היםChapter IV
~Srikandi"
Don't hide my Chronicles behind your lack of consciousness.I'm wizard of history"
~Srikandi
- Nashrul Hazran, Kesatria Kemuliaan, Sahruddin Esa and 155 others like this.
- 50 of 59
- Naim Azali Hidup Melayu. !!.sudah terbukti bahawa hang tuah bukanlah orang berbangsa cina seperti yg digembar-gemburkan oleh sejarwan di malaysia yg berbangsa cina!Hidup Melayu!
- Hanif Mohd Persoalan, kenapa tidak ada sorang pun berketurunan hang di malaysia ni seperti syed, megat, wan dan nik. Sedangkan terdpt byk cerita melayu mempunyai nama hang nadim, hang jebat, ...See More
- Mohd Farizal sungguh misteri bangsa melayu ku ini....seperti seluruh dunia akan terkejut akan kebangkitan satu bangsa yang mereka sangka akan tidur buat selamanya...yang mereka takkan jangka da...See More
- Atika Hamid Menarikk..catatan yg cik seri nyatakan..terharu dgn susuk2 manusia yg hendak menafikankan kewujudan laksamana Melayu yg terbilang...syabas cik seri perkongsian yg hebattt...
- Norya Ya seblum ni sy ada baca mengenai the lost tribe brkaitan dengan bangsa melayu.. boleh bagi pencerahan dengan fakta yang benar..
- Umi Zah Suka baca dan menarik. Klu bolih cara sampaikan dipermudakkan utuk org rmai memahaminyn lagi baik...
- Bunga Sriwijaya baca & catit, terima kasih semua, manalah tau peminat2 ceq nak buat Movie 1 hari nanti bertajuk The Lord Of The Dragon. Manalah tau kan. Anyway, semua yang CT tengok ni untuk Siti juga, dari peminat kepada peminat.
~Cik Seri. - Kamarul Arif didalam buku bertajuk "Aku Penyudah KPT F.MAgellan dan Laksamana Hang Tuah" Juga ada diceritakan kehebatan Laksamana Tersohor Melaka Hang Tuah yang ditulis oleh Zain Al Johan bole...See More
- Bunga Sriwijaya Zulkarnain & Ibrahim & Lut & Ishak & Ismail semuanye dale 1 zame. Ade ye di awe ada yang di akhir. Di zame miker inilah Tamadun Melayu harum. Sebab itu sejarah kite ade berkait den...See More
- Kamarul Arif ke timur iaitiu "promised land" ...cikgu boleh tak pendapat saya mengatakan lambang Umno turut memberi signal dan maksud tersirat tentang sejarah ketamadunan dan kehebatan melayu ...See More
- Akim Fendy ptutlh dri dulu aq ngok org nusantara ni plik2 rupanya org nusantara ni ada keistimewaan yg amt hebat
- Hamdan Mohamad Sahat Pendpat sy mksud hang tuah, "takkan melayu hilang d dunia" krn beliau dpati bnyk prsamaan prkataan melayu d dlam kosa kata pd kbnyakan bhsa bgsa d dnia, dan mgkin bliau mnyedari bhwa bgsa melayu memainkan peranan penting dlam prdagangan kpd bgsa2 dunia sjak dlu lg. Walla hualam...
- Sekret Duaribu Sebelas Awal Dunia ini dari sini............. dimanakah.....?? sejak kecil cerita org tua2 leluhur/moyang sy dah cerita. sy suka istilah....... Jasad terkubur di barat..... Ruhnya di Timur. smua bermula dr sini. dimanakah.........???
- Khalifah Dari Samudera firasat guru tasauf aku mengatakan bahawa 100 tahun dari skrg bangsa melayu akan memerintah negara gajah putih semula..dan lg 1 memang akan ada sebuah empayar yg sgt3 hebat bakal m...See More
- Pangeran Aseri semalam baru jer tengok semula cerita Lord Of theRing. Shire and Hobbits adakah di maksudkan dgn tanah Melayu dan orang Melayu yg kecil tapi berjiwa besar sebagai penyelamat. huhuhu hanya pandangan fantasi.
- Farith Zulkifli cik seri cikgu ku ..
boleh tnye ak... kenapa nabi ibrahim pergi ke promise land,.
bukan keh dye nak carik air.. - Bunga Sriwijaya lepas Nabi Ibrahim tinggalkan Puteri Hajar & anakandanya Ismail di gurun Mekah, ke manakah Nabi Ibrahim pergi selepas itu.... yang ni tanya mana2 ustaz belum tentu ustaz tu leh jawap, ceciter kat sini apa ustaz tu leh jawap ? ceciter... puas hati ke tak jawapan ustaz tu...?
- Farith Zulkifli cik seri ku yg berseri .. kalo tnye uztaz.. besok sye tnye .. tapi tadi saya search kat tenet .. dye tulis .. lepas nabi ibrahim tinggalkan hajar dan anaknya .. dye terus berangkat ke palestin .. betoi keh..
- Putera Sriwijaya Sy pernah share info ttg Melayu keturunan Nabi Ibrahim...tp mereka perlekehkn dgn kata itu cerita2 Israeliyat...mcm mn nk counter semula?
- Ze Ro jgn mcm tu cik CT oi... mungkin ustaz lebih kt ilmu lain... saudari pula ilmu lain... saya pula ilmu lain... yang lain2 tu ilmu lain...
- Kamarul Arif "Sesungguhnya Nabi Ibrahim seorang yang penyabar, lembut hati, lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti."
AlQuran
Surah Hud
Ayat 75...See More - Hairul Izwan Md Saud Nabi Ibrahim pergi menyebarkan dakwah...menyahut seruan Ilahi..tapi tak tahu kemana...timur jauh kot (agak2 je le)...:-)
- Ra-ra Rossa Hanif Mohd, kenapa keturunan Hang tiada dimalaysia?? Hang adalah gelaran yang dikurniakan Sultan Melaka kepada rakyat yang berjasa yang bukan berdarah raja. Sama seperti Dato', Tan...See More
- Aireena Rayyan cik sri,klau x silap time tu Nabi Ibrahim kembali semula ke Syam (negeri yg sgt d'berkati Allah,tmpat yg d'diami para nabi)..
wallahu'alam - Che Zainni Zakaria Salam, Bangsa Melayu ada keistimewaannya yang tersendiri, jika kita lihat disekeliling kita ,sikap orang kita,maksud saya org Melayu ,adalah org yang baik hati, kita tak mudah mele...See More
- Jonathan Albert mungkin asal bangsa melayu bangsa campuran,pelbagai bangsa datang dari merata tempat kerana tarikkan sumber alam dan lindungan dari bencana alam.darah campuran ini lebih senang ber...See More
- Zainazly Hj Zainal assalam,cik or puan @bunga srivijaya..sy ado t'baco jgk psl Laksamana Hang Tuah ni...blh x sy tanyokn soalan nih...mohon pencerahan.timo kasih.
(1)bnrkah beliau berketurunan drpd ...See More - Sekret Duaribu Sebelas smua kmbali k negeri asal. brasal dr sini, kmbali k sini. hahahahaha, jauh sblm cerita ini terungkap, sy sejak kecil mendengar cerita leluhur/moyang. perlahan2 smua terungkap. Promise land, Nabi2,awal dunia,atlantis, & msh bnyak lg. hahahah.....