TAHUKAH ANDA siapa Sultan Muhammad al-Fatih?
Baginda adalah sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah. Baginda menakluk Konstantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya.
Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.
Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Monggol).
Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.aw.:
"Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."