Kalau tak takut hilang akidah sambutlah - UAI. Ibu hari2 kena telefon dan ziarah bukan tunggu hari khas or ada duit byk sbb mereka bkn nak duit tapi mereka nak tengok muka kita jer. ( ingatan utk diri sendiri yg slalu lalai )
Kembara Ilmu - Amalan dan tradisi ini terus menerus merebak seluruh dunia yg kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church yakni kuasa spiritual agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan, serta menganggap jasa ibu sama taraf dengan penghormatan terhadap gereja. Oleh yg demikian Hari Ibu terus disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe iaitu seorg aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic", puisi tersebut telah dijadikan lagu patriotik yg popular di kalangan rakyat Amerika. dengan ungkapan "Hallelujah" dlm bait-bait lagu tersebut.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen utk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis sarankan Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah Amerika, matlamat mereka berjaya sepenuhnya pada tahun 1911. Manakala pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.