Keris Nagasosro berlok 11 ini berkinatah tembaga. Keris yang bertanda atau gambaran seekor naga ini melambangkan kekuatan dan kemegahan raja pemerintah di kepulauan tanah seberang. Keris naga ini dikenali sebagai keris keraton iaitu keris jagaan istana ini jarang dimiliki oleh orang kebiasaan pada zaman dahulu.
Keindahannya dan keunikannya dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan keris-keris yang lain. Rahsianya ialah untuk menjaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri, besinya berbisa pantang terkena tikaman dan nilainya amat tinggi.
