KEDAI KAMI
- AL-QURAN DIGITAL (7)
- BAKUL SERBAGUNA (17)
- BARANGAN ANTIK (6)
- BATU PERMATA 1 (3)
- BATU PERMATA 2 (1)
- BATU PERMATA 3 (1)
- BATU PERMATA 4 (1)
- BATU PERMATA 5 (2)
- BEG (75)
- CENDERAHATI (116)
- CINCIN 1 (24)
- CINCIN 1 (RM95 KEBAWAH) (29)
- CINCIN 2 (50)
- CINCIN 3 (50)
- CINCIN 4 (50)
- CINCIN 5 (51)
- CINCIN 6 (50)
- CINCIN 7 (50)
- CINCIN 8 (50)
- CINCIN 9 (16)
- GELANG (47)
- Hulu Keris (55)
- KERIS 1 (35)
- KERIS 2 (54)
- KERIS 3 (50)
- KERIS 4 (51)
- KERIS 5 (10)
- KRAFTANGAN KAYU (173)
- KRAFTANGAN LOGAM (10)
- KRAFTANGAN PEWTER (58)
- KRAFTANGAN ROTAN (29)
- Keris Raksasa (2)
- Kraftangan Kaca (55)
- LAMPU HIASAN (3)
- Lain-lain (1)
- MAINAN (TOYS) (4)
- MINYAK WANGI (1)
- PARANG DAN PISAU 1 (48)
- PARANG DAN PISAU 2 (5)
- PARANG DAN PISAU 3 (1)
- PAYUNG (1)
- PEDANG 1 (25)
- RANTAI (2)
- Replika Meriam (1)
- SELIPAR (11)
- TASBIH (25)
- TONGKAT (13)
- TOPI (42)
Showing posts with label artikel cincin. Show all posts
Showing posts with label artikel cincin. Show all posts
hukum pakai cincin suasa
Sumber:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
http://www.ustazazhar.net/
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.
Waalaikumussalam. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu.
(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.
Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Bidaan berlian berusia 36 tahun terjual di Hong Kong
31 Mei 2012
Berlian Martian Pink terjual dalam tempoh 10 minit.
Bidaan berlian Martian Pink bertakhta permata menjadi acara lelongan kemuncak barangan kemas Christies.
Wakil penganjur, Christie Asia berkata, pada majlis itu AS$80 (RM 253 juta) diraih secara keseluruhan.
“Martian Pink dijual oleh Harry Winston pada 1976, mencipta sejarah apabila terjual dalam tempoh 10 minit,” katanya.
Hong Kong kini muncul sebagai pusat lelongan ketiga terbesar di dunia selepas New York dan London sekali gus merangsang pertumbuhan pasaran mewah yang berkembang di China
Emas susut selepas cuci
Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2012
26 Mei 2012
Dari kanan: Che Sam dan Jah cuba menimbang berat rantai tangan mereka.
Mereka mendakwa dikunjungi dua lelaki bersama seorang wanita yang berpura-pura menjual emas Korea, sambil memujuk untuk mencuci emas dengan mengenakan bayaran RM2 setiap satu barang.
Difahamkan lagi, suspek menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dan mereka kurang fasih berbahasa Melayu.
Antara kampung-kampung yang sering menjadi sasaran adalah Kampung Tualang, Minangkabau, Kubur Panjang, Alor Pudak, Tanjung Radin, Kuala Lanjut dan Pulau Keramat.
Mangsa, Che Sam Md Arof, 50, dari Kampung Kuala Lanjut berkata, kira-kira 9.30 pagi dia yang berada di rumah bersama suami dan cucu didatangi dua lelaki bersama seorang wanita memberitahu ingin menjual emas Korea.
“Pada mulanya saya menolak, namun mereka tetap memanggil keluar sambil memaksa saya melihat barangbarang yang dijual. Mereka juga menawarkan untuk mencuci rantai tangan saya.
“Namun saya menolak, menyebabkan seorang daripada mereka bertindak membuka rantai tangan yang dipakai ketika itu,” katanya.
Che Sam berkata, rantai tangan itu dibeli kira-kira tiga tahun lalu berharga RM2,000, namun selepas mencucinya didapati beratnya semakin susut.
“Jangkaan saya tepat setelah ke kedai emas untuk mengesahkan berat rantai tangan itu semula.
“Saya kerugian hampir RM3,000 dengan nilai harga emas itu masa kini RM602 sahaja,” katanya.
Sementara itu seorang lagi mangsa, Jah Taha, 66, berkata, dia turut kerugian kira-kira RM2,000 apabila seutas rantai tangan seberat 9.55 gram yang baru dibelinya rosak selepas mencuba perkhidmatan mencuci itu memandangkan bayaran yang dikenakan untuk mencuci emas di kedai jauh lebih tinggi iaitu RM10 setiap satu.
Jah berkata, dia baru sebulan membeli rantai tangan itu hasil wang simpanan menoreh getah, namun sedih setelah melihat rantai tangan itu rosak dan semakin susut beratnya.
Katanya lagi, mereka mencuci emas menggunakan sejenis cecair yang digoncang bersama barang kemas dalam botol selepas dipanaskan dengan api.
“Keadaan air di dalam botol itu berwarna kuning selepas dicuci dan saya tidak mengesyaki apa-apa ketika itu.
“Saya berharap agar pihak boleh dapat mengambil tindakan tegas membanteras sindiket terbabit, agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan kejadian sama yang turut membabitkan suri rumah
TEMPAH CINCIN DAN KERIS DI http://www.cardovacreative.blogspot.com/MELAKA
cara membuat cincin yang ditempah pada mulanya kita pastikan model yang di tempah kemudian ukur saiznya,
setelah itu tukanng cincin akan memotong kulit sotong untuk di buat bentuk cincin selepas itu perak akan dileburkan dituangkan kekulit sotong.
setelah kering maka sampai lah masa untuk membentuk cincin dengan menggunakan kikir.
mengikir cincin tidaklah semudah disangka untuk mencantikkan cincin tersebut.setelah terbentuk dan dikikir maka cicin tersebut akan di ukir dengan bentuk bunga ataupun mengukir apa yang dipinta mengikut tempahan.setelah itu cicin itu akan dipolish untuk menghensemkannya.
http://www.cardovacreative.blogspot.com/
cincin yang ditempah lebih selesa dan berkualiti mutunya dari cincin yang dibeli sudah siap.serupa juga baju yang ditempa dengan baju yang dah siap untuk dipakai,cincin yang ditempa akan mengikut apa yang dipinta harga agak mahal tapi mutunya berbaloi..
tengoklah macam-macam peralatan digunakan untuk membuat tempahan-tempahan pelanggan
keterangan diatas cuma serba ringkas jer! untuk membuat tempahan cincin.tapi banyak lagi prosenyer.jadiii lerrr! ringkasan tadi...
kami syarikat cardovacreative menerima tempahan cincin perempuan lelaki dan wanita dan barang-barang kemas.
kami ada bengkel di melaka untuk membuat cincin.tapi tak dikedai yang sedia ada ,kerana tempat perniaagan kami ada aircond,.tidak boleh ada bahan bakar,.kami buat dibengkel kami
kami jua menerima tempahan untuk membuat keris,sarung keris,hulu keris,sarung parang,sarung pisau..
anda hendak menempah cincin atau barang kemas bolehlah order,,secara online atau terus kekadai kami.
http://www.cardovacreative.blogspot.com/
CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com
KIOSK BATU CINCIN VIDEO MEMBUAT CINCIN KAYU.mpg
kami juga ada mengambil tempahan buat cincin! singgahlah ke kedai kami di dataran pahlawan, melaka. kami menjual beratus cincin dan batu permata bernilai tinggi!
The Gordon Star Sapphire
A star sapphire pendant-ring that came up for auction at Sothebys Auction House in April, 2002. This is what they had to say about it:
The oval-shaped star sapphire cabochon weighing approximately 52.00 carats, framed by 24 pear-shaped diamonds weighing approximately 6.60 carats, mounted in platinum, ring shank detachable, retractable pendant loop. Estimate: $70,000 to $90,000
Aron S. Gordon (1911-2001) A native of Houston, Aron Gordon attended the University of Texas and later worked for the family business, Gordon's Jewelers, founded by his father in 1905. During World War II, he joined the United States Navy and was stationed in Pearl Harbor where he served as an officer on the staff of Admiral Chester Nimitz. After the war, he returned home to resume his position in the family business. In 1989, when the company was sold, Aron Gordon was Co-Chairman of the Board. By that time, the Gordon Jewelry Corporation, with over 600 stores, had become the second largest retail jeweler in the country and was listed on the New York Stock Exchange.
Aron Gordon and his wife Anaruth were avid collectors and traveled extensively from the late 1940s to 1989. They both served on the Board of Trustees of The Museum of Fine Arts in Houston. In addition, Aron Gordon served on many boards as Director or Trustee, including the Jewelers of America, the Jewelry Industry Council, the Houston Symphony, and the National Jewish Hospital in Denver. In 1993, Aron Gordon was elected into the Texas Business Hall of Fame. Both Aron and Anaruth had been honored by St. Joseph's Hospital Foundation and the Houston Youth Symphony & Ballet as Cultural Leader of the Year. Anaruth Gordon passed away in 1995.
@http://famousdiamonds.tripod.com/
The Gordon Sapphire Necklace
"The pendant set with an emerald-cut sapphire weighing approximately 50.00 carats, within a clustered frame set with 10 marquise-shaped, 26 pear-shaped, 7 round and 25 baguette diamonds weighing approximately 14.50 carats, the necklace set with 51 round, 56 marquise-shaped and 4 pear-shaped diamonds weighing a total of approximately 22.50 carats, mounted in platinum, length 17 inches, pendant detaches, may be worn separately as a brooch. Estimate: $50,000 to $70,000."
@http://famousdiamonds.tripod.com
The Delong Star Ruby
@http://famousdiamonds.tripod.com
The Chalk Emerald Ring
Photo by Chip Clark
The ring, in its display case.
Another photo of the ring in its display case.
Lelaki bercincin lebih bergaya!
hi kawan2 apa kabar semua di hari minggu ini..?
hari ini kami berikan sedikit info tentang kedai kami di dataran pahlawan, melaka. kalau anda datang ke melaka jangan lupa singgahlah ke kedai kami, banyak koleksi cincin, batu permata, keris, barangan kraftangan dan cenderahati yang cantik dan menarik untuk anda lihat dan beli.
Tidak dinafikan lelaki yang memakai cincin di jarinya kelihatan lebih menarik dan lebih bergaya.
Koleksi Cincin lelaki kami amat sesuai untuk mereka yang pentingkan gaya dan rekaan terbaru. Ada yang harganya mencecah ribuan ringgit sebentuk dan ada yang serendah rm50 sahaja. Ada yang baru dan ada yang 2nd hand ajer.
Sesuai untuk majlis pertunangan dan perkahwinan, ataupun sang isteri yang mahu buat suprise dengan menghadiahkan suaminya dengan sebentuk cincin sempena ulangtahun kelahiran ataupun ulangtahun pernikahan mereka. Selalunya si lelaki akan menghadiahkan cincin kpd si wanita, apa salahnya kita cipta yang sebaliknya kan...
apa kata kita terjah koleksi cincin yang terdapat di kedai kami. dan untuk pengetahuan semua blog kami ini masih dalam proses kemaskini, tuan2 puan2 bolehlah datang terus ke kedai kami ya...
Bagaimana membedakan batu permata asli dengan sintetik ?
Biasanya, batuan asli mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti "inclusion", warna, kekerasan, dan bentuk yang berlainan dari batu sintetik. Untuk pengetahuan semua, terdapat dua cara permata buatan manusia dihasilkan. Pertama, secara sintetik dimana batuan asli dileburkan dan dibentuk kembali dan kedua secara immitation (tiruan) iaitu batuan asli dicampur dengan bahan lain seperti kaca. Batuan sintetik masih lagi dianggap sebagai permata yang berharga kerana bahan asalnya merupakan batu asli.
Perbedaan pertama ialah, batuan sintetik biasanya tidak mempunyai "inclusion". Inclusion ialah kesan seakan-akan retak (crack), atau buih (buble) atau terdapat bendasing di dalam batu (seperti tourmalined and rutilated inclusion) atau lamella (kesan seperti cap jari) atau "microcrystalline aggreget" (seperti rekahan tetapi tidak boleh dirasa dengan menggunakanjari).
1. Inclusion berbentuk bebenang berwarna putih pada blue-lace agate.
2. "Ferocolumbite inclusion" pada sapphire yang berbentuk seperti bintik hitam.
3. "Amethyst inclusion" memberi kesan warna ungu pada quartz yang berwarna putih.
4. "Pyro inclusion" pada ruby membentuk kesan kekuningan.
5. Salah satu ciri emerald (zamrud) dari Columbia ialah inclusion yang dinamakan jardin. Jardin memberi kesan seperti rekahan, buih dan/atau bintik kehitaman pada emerald
==========================================================
Bentuk potongan Batu permata ?
Batu permata biasa dipotong atau dicanai bagi menyerlahkan kecantikan dan keindahannya. Potongan memberikan nilai yang tinggi kepada batu permata kerana ia menyerlahkan kilauan, memberi bentuk yang menarik, dan menonjolkan ciri batu permata tersebut seperti luster, inclusion, dan intrusion pada batu permata tersebut. Selain itu, potongan juga memberikan batu permata menonjolkan warna dan kesan cahaya yang sangat indah. Cara potongan yang paling popular terbahagi kepada lima :
1. Brilliant Cuts
Brilliant cut merupakan potongan yang sangat popular bagi diamond dan batu permata yang berwarna.Potongan ini membenarkan cahaya dipantulkan secara maksimum dan memberi kesan seperti api yang berkilauan. bentuk yang biasa ialah oval, pear-shaped pendeloque, dan boat-shaped marquise atau navette. Brilliant cut boleh dipotong sehingga 58 facet dengan pelbagai bentuk seperti heart atau star.
2. Step Cuts
Step cut (atau trap cut) menonjolkan warna pada batu permata dan mempunyai bentuk segiempat atau segiempat sama.Selain itu, bentuk oktagonal juga boleh didapati dengan memotong bahagian sisi batu permata yang berbentuk segiempat sama. Potongan yang popular ialah emerald, square, radiant, octagon, oval, baguette potongan table cut. Emerald cut sangat popular bagi emerald kerana ia menyerlahkan warna dan corak dalaman batu permata tersebut.
3. Mixed Cuts
Mixed Cut biasa dipotong secara bulatan dengan bentuk crown seperti brilliant cut, dan pavilions step-cut. Sapphires dan Rubies, serta transparent colour gemstones dipotong dengan cara ini. Bentuk yang popular ialah cushion, pear atau teardrop, dan oval.
4. Fancy Cuts
Fancy cut terdapat dalam pelbagai bentuk seperti triangular, kite-shaped, lozenge-shaped, pentagonal atau hexagonal. Selain itu, terdapat dalam bentuk pear dan tear drop. Bentuk heart pula menjadi pilihan bagi hadiah kepada yang tersayang. Bentuk lainialah seperti hexagon, pentagon, trilliant, marquise, heart,stepped crown, step cut briolette, rondelle, star, scissors, twisted triangle dan pear.
5. Polishing
Polishing biasa dilakukan bagi batu permata yang translucent atau opaque, seperti opal dan jade. Batu permata biasa dipotong secara beads atau flat pieces sebagai cabochon. Polishing memberikan batu permata yang licin, cantik, dan menyerlahkan corak dalaman batu tersebut.
KHASIAT BATU PERMATA
Batu Permata | Khasiat | |
Merah | Keteguhan | |
Kecubung | Ketulusan | |
Batu Darah | Keberanian | |
Berlian | Kesucian | |
Zamrud | Kebijaksanaan | |
Akik | Kesehatan | |
Merah Delima | Keagungan | |
Mata Kucing | Perjodohan | |
Safir | Kamakmuran | |
Kalimaya | Penghargaan | |
Yakut Kuning | Kesetiaan | |
Pirus | Kabahagiaan Anda mencari batu permata dan cincin? Di kedai kami terdapat beratus koleksi menarik! |
Rahsia cincin Nabi Muhammad saw
NABI MEMAKAI CINCIN
Nabi kita Muhammad S.A.W juga ada memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk cincin sahaja. Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di jari tangan kanan dan ada kalanya di jari tangan kiri.
Sangat berlainan pula dengan orang di zaman sekarang, di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?
Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.
Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:
Ertinya:
Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.
Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.
Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.
KE MANA HILANGNYA CINCIN NABI S.A.W
Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya, adalah cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah wafatnya Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun, kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu. Kemudian dimain-mainkan cincin di jarinya itu,
tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.
tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.
Maka semenjak dari masa hilangnya cincin Nabi saw itu, keadaan menjadi huru hara, dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum Muslimin dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan. Juga terjadinya peperangan dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya dibunuh oleh pemberontak-pemberontak tersebut. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke zaman kita sekarang. Dan mungkin berterusan hingga hari kiamat. Maka jika perhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS, iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah kerajaannya.
Wallahu Alam…
@rahsiakayubatudan logam.wordpress.com
p/s dijemput tuan puan ke kedai kami dataran pahlawan, melaka. selain cincin dan batu permata kami ada 2 buah kedai yang menjual pelbagai barangan antik, kraftangan, hiasan rumah dan aksesori wanita.
p/s dijemput tuan puan ke kedai kami dataran pahlawan, melaka. selain cincin dan batu permata kami ada 2 buah kedai yang menjual pelbagai barangan antik, kraftangan, hiasan rumah dan aksesori wanita.
Pemakaian Cincin Mengikut Islam
“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
- 1] jari manis
- 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
- 1] jari tengah
- 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”
p/s tuan2 dijemput ke kedai kami di Lot C-24, C-11 dan C-04, terdapat beratus koleksi cincin dan batu permata sesuai utk dipakai oleh semua kaum muslimin dan muslimat.
p/s tuan2 dijemput ke kedai kami di Lot C-24, C-11 dan C-04, terdapat beratus koleksi cincin dan batu permata sesuai utk dipakai oleh semua kaum muslimin dan muslimat.
Subscribe to:
Posts (Atom)












-1.jpg)