Showing posts with label KERIS 1. Show all posts
Showing posts with label KERIS 1. Show all posts

TEMPAH CINCIN DAN KERIS DI http://www.cardovacreative.blogspot.com/MELAKA

cara membuat cincin yang ditempah pada mulanya kita pastikan model yang di tempah kemudian ukur saiznya,
setelah itu tukanng cincin akan memotong kulit sotong untuk di buat bentuk cincin selepas itu perak akan dileburkan dituangkan kekulit sotong.
setelah kering maka sampai lah masa untuk membentuk cincin dengan menggunakan kikir.
mengikir cincin tidaklah semudah disangka untuk mencantikkan cincin tersebut.setelah terbentuk dan dikikir maka cicin tersebut akan di ukir dengan bentuk bunga ataupun mengukir apa yang dipinta mengikut tempahan.setelah itu cicin itu akan dipolish untuk menghensemkannya.
http://www.cardovacreative.blogspot.com/
cincin yang ditempah lebih selesa dan berkualiti mutunya dari  cincin yang dibeli sudah siap.serupa juga baju yang ditempa dengan baju yang dah siap untuk dipakai,cincin yang ditempa akan mengikut apa yang dipinta harga agak mahal tapi mutunya berbaloi..
tengoklah macam-macam peralatan digunakan untuk membuat tempahan-tempahan pelanggan
keterangan diatas cuma serba ringkas jer! untuk membuat tempahan cincin.tapi banyak lagi prosenyer.jadiii lerrr! ringkasan tadi...
kami syarikat cardovacreative menerima tempahan cincin perempuan lelaki dan wanita dan barang-barang kemas.
kami ada bengkel di melaka untuk membuat cincin.tapi tak dikedai yang sedia ada ,kerana tempat perniaagan kami ada aircond,.tidak boleh ada bahan bakar,.kami buat dibengkel kami
kami jua menerima tempahan untuk membuat keris,sarung keris,hulu keris,sarung parang,sarung pisau..
anda hendak menempah cincin atau barang kemas bolehlah order,,secara online atau terus kekadai kami.

CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com

Keris 1 - Keris Naga Sosro Tunggal


Ianya adalah keris yang biasanya digunakan oleh Raja dan pembesar-pembesar Negeri dahulu kala.
Keris ini dikenali juga sebagai Keris Keraton iaitu keris jagaan istana, jarang dimiliki oleh orang-orang kebiasaan pada zaman dahulu. 

Rahsianya ialah untuk mejaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri.


Besinya berbisa pantang terkena tikamannya. 

Nilainya amat tinggi.

Keris ini berkinatah tembaga.


Keris 32 - Keris Gayaman Berlok 11



Keris Gayaman berlok 11 ini pada bilahnya ada ketandaan tapak gajah, mata bilahnya amat tinggi mutunya dan berkualiti. Hulu dan sampirnya berukiran halus bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuhan hutan. 

Manakala ketandaan tapak gajah dipangkal matanya itu mempunyai rahsia sebagai kekuatan dan keteguhan si pemakai.


Keris 33 - Keris Nagasosro Seberang Semenanjung



Keris Nagasosro berlok 11 ini berkinatah tembaga. Keris yang bertanda atau gambaran seekor naga ini melambangkan kekuatan dan kemegahan raja pemerintah di kepulauan tanah seberang. Keris naga ini dikenali sebagai keris keraton iaitu keris jagaan istana ini jarang dimiliki oleh orang kebiasaan pada zaman dahulu.

Keindahannya dan keunikannya dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan keris-keris yang lain. Rahsianya ialah untuk menjaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri, besinya berbisa pantang terkena tikaman dan nilainya amat tinggi.

Hulunya bermotifkan jawa demam dihujung paruh ditambah tanduk rusa. Sampirnya berbentuk bahtera dan dihujung kiri kanan sampir ditambahkan tanduk kerbau. 

Dan dihujung batang serunai ditambahkan tanduk kerbau.



Keris 34 - Keris Singa Barong



Keris Singa Barong berlok 9 ini bermotifkan singa barong.
 Rahsia dan ketandaan singa barong adalah kegagahan dan keberanian pada si pemakai. Keris ini jarang dipakai oleh orang kebiasaan pada zaman dahulu. 
Biasanya orang yang memakainya mempunyai kegerunan dan ketangkasan didalam seni persilatan. 
Hulu dan sampirnya berukiran halus bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuhan hutan.


Keris 2 - Keris Tajung (Pekaka)



Keris Tajung Seberang adalah keris yang popular di kalangan orang-orang Melayu pada zaman dahulu. Biasanya keris ini berhulu tajung digunakan untuk majlis-majlis tertentu seperti mengadap Raja, majlis keramaian tetapi jika untuk bertempur mereka akan menukarkan kepada hulu yang lain kerana hulu tajung ini panjang dan mudah patah.

Hulu pekaka menjadi suatu simbol kebesaran dan kemuliaan orang yang memakainya. Bilah keris ini lebar dan mantap, mempunyai batu lapak yang jelas kelihatan di bawah ganja. Sampir dan sarong berukiran halus bermotifkan flora dan fauna yang amat indah.

Hulunya berasal daripada bentuk burung raja udang, ukirannya amat halus dan indah.Biasanya keris ini dipanggil dengan nama keris pekaka dan ada juga yang memanggilnya keris tajung.




Keris 3 - Keris Ladrang Gayaman



Keris Ladrang Gayaman mata berlok 11, pamor bercorak mayang mengurai hujung gunong ataupon junjung darjat bersalur darah. Hulunya berbentuk gaya madura. Sampirnya jenis ladrang gaya ular tedung di tepi sampir ukiran burung merak dan di batang serunainya berukiran bermotifkan naga dan bunga-bungaan serta tumbuhan.

Pada kebiasaannya keris ini digunakan oleh panglima Melayu.

Keris 4 - Keris Sumatera Palembang



Keris ini berlok 9 berpamor jenis beras tumpah, hulu jenis jawa demam gaya Palembang. Dan dihiasi dengan ukiran yang halus dihulunya. Batang serunainya dihiasi dengan pendok besi putih yang berukir bunga-bungaan.


Keris 5 -





Keris 6 - Keris Jawa Gayaman Singa Barong



Keris Jawa Gayaman Singa Barong mata berlok 13 dapor sengkelat sogokan dalam dan lengkap berpamor beras tumpah, hulu jenis jawa tengah sampir jenis corak gayaman Surakarta, sampir berukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang indah.

Dapornya berbentuk Singa Barong, biasanya keris Singa Barong dipakai oleh Laksamana dan Panglima Singa Barong menunjukkan kehandalan dan kegarangan yang memakai keris tersebut.


Keris 7 - Keris Madura



Keris Madura berbilah lurus keris berpamor katang tebu mempunyai rahsia keamanan dan kemakmuran, berdapor jenis jalak tilam upih, hulunya berbentuk naga tunggal, sampirnya jenis ladarang gaya madura menampilkan imej naga bersayap. 

Ditepi kiri kanan sampir berukir burung cenderawasih ataupun burung merak. Dibatang serunainya bermotifkan naga dan ukiran bunga-bungaan dan tumbuhan.
  

Keris 8 - Keris Jawa Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia



Keris Jawa Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia ini berlok 9 berkinatahkan tembaga dibahagian naga tunggal diganja dan diaring-aring berkinatah tembaga dengan ukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Keris yang bertanda atau gambaran seekor naga ini melambangkan kekuatan dan kemegahan Raja Pemerintah di Kepulauan Tanah Seberang.  Keris Naga dikenali sebagai Keris Keraton iaitu keris jagaan istana, ianya jarang dimilliki oleh orang-orang kebiasaan pada zaman dahulu.

Keindahan dan keunikannya dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan keris-keris yang lain. Rahsianya ialah untuk menjaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri.

Besinya berbisa, pantang terkena tikamannya. Nilainya amat tinggi dan keris ini adalah buatan daripada Jawa.


KERIS 9 - Keris Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia



Keris Jawa Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia ini berlok 9 berkinatahkan tembaga dibahagian naga tunggal diganja dan diaring-aring berkinatah tembaga dengan ukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Keris yang bertanda atau gambaran seekor naga ini melambangkan kekuatan dan kemegahan Raja Pemerintah di Kepulauan Tanah Seberang.  Keris Naga dikenali sebagai Keris Keraton iaitu keris jagaan istana, ianya jarang dimilliki oleh orang-orang kebiasaan pada zaman dahulu.

Keindahan dan keunikannya dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan keris-keris yang lain. Rahsianya ialah untuk menjaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri.

Besinya berbisa, pantang terkena tikamannya. Nilainya amat tinggi dan keris ini adalah buatan daripada Jawa. Bilahnya agak kecil sedikit daripada Keris Nagasosro yang di atas (Keris 8).




Keris 10 - Keris Lok Berantai



Keris ini mempunyai ketandaan simpulan patat sipot ataupun huruf "Ha" dan huruf "Lam Alif" tanda seperti ini tinggi darjatnya mengikut tafsiran bahawa patat sipot itu simbolik bagi kalimah "Allah", manakala "Lam Alif" pula rahsia untuk perlindungan dari ancaman musuh.

Keris ini dipakai oleh ketua angkatan perang pada zaman dahulu mengikut kepercayaan bahawa besi nya beracun dan berbisa. Lok keris ini disebut ular mematuk rahsianya amat digeruni oleh musuh. Biasanya bukan semua orang boleh memiliki keris ini pada zaman dahulu kerana hak miliki sebuah kerajaan negeri.

Nilainya amat tinggi sama dengan keris lain yang setaraf dengannya. Ia juga dipanggil sebagai Keris Laksamana.

Keris 11 - Keris Sundang Pendek



Keris ini bilahnya berlok 7. Lok keris ini disebut ular mematuk rahsianya digeruni oleh musuh. Mata bilahnya lebar, ganjanya seiras, hulunya bermotifkan tapak kuda, sarongnya pula berukir halus dengan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang menarik.

Aring-aringnya agak kasar sepadan dengan Keris Sundang ini.

Keris 12 - Keris Singa Barong



Keris ini bernama Keris Singa Barong berkinatah tembaga yang amat halus dan berkualiti. Dipanggil Keris Singa Barong kerana adanya Singa barong diangkut keris ataupon dapor. Dibilahnya berkinatah tembaga yang diukir halus bermotifkan ukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaannya keris ini dimiliki oleh Raja-raja. 

Singa Barong menceterekan kegagahan, kekuatan, kedaulatan sesebuah negara dan orang yang memakainya. Nilainya amat tinggi dari segi pembuatan keris ini yang mana tidak semua pandai keris yang boleh membuat keris seperti ini, hanya pandai keris yang pakar sahaja yang boleh mengolah keris seperti ini.


Keris 13 - Keris Sundang Pendek



Keris Sundang Pendek berlok 9 berpamor mayang mengurai. Lok keris ini disebut lok ular mematuk dan ganjanya seiras, hulunya ada kelainan bentuknya daripada hulu keris yang lain kerana ia seperti kepala burung yang menunduk kebawah, mata bilahnya agak lebar seperti Sundang. 

Disampirnya berukir bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang amat halus dan indah.


KERIS 14 - Keris Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia



Keris Jawa Nagasosro Hulu Berbentuk Manusia ini berlok 11 berkinatahkan tembaga dibahagian naga tunggal diganja dan diaring-aring berkinatah tembaga dengan ukiran bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Keris yang bertanda atau gambaran seekor naga ini melambangkan kekuatan dan kemegahan Raja Pemerintah di Kepulauan Tanah Seberang.  Keris Naga dikenali sebagai Keris Keraton iaitu keris jagaan istana, ianya jarang dimilliki oleh orang-orang kebiasaan pada zaman dahulu.

Keindahan dan keunikannya dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan keris-keris yang lain. Rahsianya ialah untuk menjaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri.

Besinya berbisa, pantang terkena tikamannya. Nilainya amat tinggi dan keris ini adalah buatan daripada Jawa.  




KERIS 15 - Keris Lok 13 Gayaman



 Keris ini berlok 13, hulunya berlembaga manusia, pamornya halus dan berkilat wos utah. Besinya licin kehitaman, sampir dan batang serunainya berukir halus dan menarik bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuhan hutan. 


KERIS 16 - Keris Gayaman Berlok 7



Keris Gayaman ini berlok 7, pamornya tidak berapa kelihatan, bilah matanya kukuh dan keras.Selalunya keris berlok 7 sukar didapati. Ukiran-ukiran sampir dan batang serunainya bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuhan hutan.