Showing posts with label PARANG DAN PISAU 1. Show all posts
Showing posts with label PARANG DAN PISAU 1. Show all posts

Parang Menyembelih Melaka



Parang menyembelih ini berbentuk parang sembelih Melaka dan ia pun dibuat di Melaka. Diperbuat daripada kayu ciku, matanya amat tajam dan berkualiti. Tukang parang yang membuat parang ini adalah di antara pakar membuat parang di Melaka.

Di hujung pangkal hulunya diletakkan tanduk dan ditempat selit tali bertanduk dan juga dihujung sarung parang ini. Mata bilahnya, ketajamannya boleh dibuat cukur rambut. Itulah ketajamannya!

Sekarang ini ramai penggemar2 pisau dan parang membuat koleksi peribadi mereka. 

Dihulu dan di sarungnya berukiran flora dan fauna yang simpel tetapi menarik. Kami hanya menjual parang dan pisau yang berkualiti dari sarung dan mata bilahnya.

Harga : RM 480.00


Pisau Menyembelih Berbentuk Badik



 Pisau menyembelih ini bilah matanya boleh makan besi. Di hulu dan di sarungnya berukir halus flora dan fauna. Pembuatan mutunya amat berkualiti dan halus, bilah matanya amat tajam dan keras sehingga boleh memakan besi. 

Kayu sarung dan hulunya daripada kayu jati. Pisau ini bukan hanya untuk menyembelih sahaja bahkan boleh digunakan sebagai senjata kerana itulah kita membuat pisau ini seperti badik agar boleh menyembelih dan dibuat sebagai senjata.

Ada Rupa Ada Harga!

Harga : RM 270.00

Parang Menyembelih (2)



  Parang menyembelih ini mata bilahnya amat berkualiti, halus pembuatannya dan matanya boleh makan besi. Diistilahkan boleh makan besi ini ialah kita boleh mengikis besi dengan pisau ini tetapi bilah matanya tidak sompek. 

Ini adalah kenyataan yang menunjukkan bahawasanya bilah matanya amat keras dan tajam. Anda boleh cuba untuk mengetahui pisau yang anda beli berkualiti seperti kami punya. Boleh cuba adakah ia boleh mengikis besi? Kami pernah cuba pisau bilah matanya diperbuat daripada spring wolkswagen   bila kami tekan sahaja di besi matanya sudah sompek.

Pisau sembelih berukir dengan ukiran yang halus dan indah berbentuk 3D di hulunya. Anda boleh melihat keindahannya dengan ukiran yang halus. Ukirannya jua bukan hanya di hulu bahkan di sarungnya.

Harga : RM 650.00

Pisau Menyembelih (2)



Pisau menyembelih diperbuat dari kayu jati hulu dan sarungnya berukir indah dan mata bilahnya boleh makan besi, boleh menambahkan lagi koleksi pisau anda dan digunakan waktu hari raya korban dan kenduri kahwin.

Jika yang tak der tuh jangan malu2 nak beli supaya anda tak malu pinjam pisau orang!

Harga : RM 285.00

Parang Menyembelih (3)



 Parang menyembelih ini hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu jati dan berukir indah di sarung dan hulunya. Panjang parang ini boleh digunakan untuk menyembelih lembu dan kambing. Bilah matanya boleh makan besi. 

Harga : RM 480.00

Pisau Menyembelih (3)



 Pisau menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading. Dinamakan jati gading kerana kayunya amat keras dan berwarna putih gading, sekali imbas anda rasakan bahawasanya pisau ini diperbuat daripada gading gajah. 

Dan mata bilah boleh makan besi. Dan ia berbentuk senjata badek. 

Harga : RM 280.00

Parang Menyembelih (4)



Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading dan ditompok-tompokkan dengan kayu hitam untuk menambah kecantikan pisau ini. Mata bilahnya boleh makan besi.

Harga : RM 480.00

Pisau Menyembelih (4)



 Pisau menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading yang halus pembuatannya. Sarungnya berukir ombak laut dan jua ukiran flora dan fauna. Lihatlah sendiri betapa halus dan berkualiti pembuatannya.

Ini menunjukkan betapa seninya orang Melayu di dalam pembuatan pisau dan parang dan kebudayaannnya. Mata bilah juga boleh makan besi, jika anda tidak percaya boleh makan besi kami boleh buktikan kepada anda.

Datanglah ke kedai kami, kami akan buktikan di depan mata anda!

Harga : RM 390.00

Parang Menyembelih (5)



 Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati berukiran halus dan berkualiti dan mata bilahnya boleh makan besi.

Harga : RM 480.00

Pisau Menyembelih (5)



 Pisau menyembelih berbentuk badek ini sesuai digunakan untuk melapah dan memotong daging juga senjata (pisau belati) . Diperbuat daripada kayu jati berukiran halus flora dan fauna.

Harga : RM 135.00

Parang Menyembelih (6)



 Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading. Mata bilahnya boleh makan besi, sarung dan hulunya di titipkan dengan kayu hitam untuk menambahkan kecantikannya. Mata bilahnya agak panjang sesuai untuk menyembelih lembu. Biasanya bagi orang Melayu parang untuk digunakan sebagai senjata lebih kurang beginilah panjangnya.

Kami banyak dapat tempahan daripada guru-guru silat untuk digunakan sebagai senjata.

Harga : RM 650.00

Parang Menyembelih (7)



 Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati. Berukiran halus flora dan fauna. Mata bilahnya boleh makan besi. Mata sepanjang ini digemari oleh orang-orang Melayu digunakan sebagai senjata. 

Harga : RM 650.00

Parang Menyembelih (8)



Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading. Mata bilahnya boleh makan besi. Lihat sahaja dibilahnya anda dapat menilai betapa halus berkualitinya pembuatannya. Ditambahkan lagi pula dengan ukiran yang ada di sarung dan di hulunya.

Mata bilah begini digunakan untuk menyembelih lembu, kambing dan bagi orang yang bermain silat parang seperti ini dipanggil jua "golok".

Harga : RM 650.00 

Parang Menyembelih (9)



 Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading. Berukiran dengan flora dan fauna yang indah. Bilah matanya boleh makan besi.

Harga : RM 380.00

Parang Menyembelih (10)



  Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati di sarung dan hulunya daripada jati gading. Matanya boleh makan besi. Pembuatannya halus dan amat menarik, berukir flora dan fauna.

Harga : RM 650.00

Pisau Menyembelih (6)



 Pisau menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading yang amat halus dan berkualiti pembuatannya. Berukir flora dan fauna, bilah matanya boleh makan besi. 

Harga : RM 280.00

Parang Menyembelih (11)



 Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati berukir halus berbentuk 3D di hulu dan di sarungnya. Orang Melayu amat sinonim dengan flora dan fauna sehingga diterjemahkan berbentuk ukiran di pisau, parang dan barang-barang perabut di rumah. 

Ukiran di sarung dan hulunya amat bersesuaian dengan parang ini. Mata bilahnya boleh makan besi tidak percaya kami buktikan!

Harga : RM 650.00

Pisau Menyembelih (7)



 Pisau menyembelih ini diperbuat daripada kayu jati gading berukira halus flora dan fauna. Mata bilahnya boleh makan besi.

Harga : RM 280.00

Pisau Menyembelih (8)



 Pisau menyembelih ini diperbuat daripada banih kayu yakni kayu yang berada di pangkal akar. Mata bilahnya boleh makan besi. Pisau ini berbentuk badek. 

Harga : RM 280.00

Parang Menyembelih (12)



 Parang menyembelih ini diperbuat daripada kayu leban. Parang berbentuk begini dipanggil "parang Melaka". Matanya amat tajam sehingga boleh buat bercukur.

Harga : RM 490.00