KERIS 23 - Keris Laksamana Lok Berantai






Keris Laksamana Lok Berantai 13 ini antara rahsianya keris ini mempunyai ketandaan simpulan patat sipot dan huruf lam-alif. Tanda seperti ini tinggi darjatnya menurut tafsiran bahawa patat sipot itu ialah simbolik bagi kalimah "Allah" manakala lam-alif pula rahsia untuk perlindungan dari ancaman musuh.

Keris ini biasanya dipakai oleh ketua angkatan perang di zaman dahulu mengikut kepercayaan bahawasanya besinya beracun dan berbisa. Lok keris ini disebut lok ular mematuk rahsianya amat digeruni oleh musuh. Biasanya bukan semua orang boleh memiliki keris ini pada zaman dahulu kerana hak memiliki sebuah kerajaan negeri. Nilainya amat tinggi sama dengan keris yang lain setaraf dengannya.