Keris 29 - Keris Tajung Nagasosro





Keris Nagasosro berlok 11 ini yang bertanda atau gambaran seekor naga ini melambangkan kekuatan dan kemegahan raja pemerintah di kepulauan tanah seberang. Keris naga ini dikenali sebagai keris keraton iaitu keris jagaan istana ini jarang dimiliki oleh orang kebiasaan pada zaman dahulu.

Keindahannya dan keunikannya dianggap luar biasa jika dibandingkan dengan keris-keris yang lain. Rahsianya ialah untuk menjaga keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri, besinya berbisa pantang terkena tikaman dan nilainya amat tinggi.

Hulunya bermotifkan burung raja udang dan di kenali sebagai keris tajung. Sampirnya berukiran halus bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuhan hutan. Biasanya hulu tajung ini digunakan untuk majlis keramaian  dan jika untuk bertempur selalunya mereka akan menukarkan hulunya yang lain.