Keris Naga Kembar ini antara rahsianya mempunyai ketandaan dan gambaran 2 naga berkembar yang melambangkan dua kuasa kekuatan dan kehebatan bagi sesebuah negeri pada zaman dahulu kerana keris naga seperti ini hak milik raja pemerintah ianya dikenali dengan keris keraton iaitu keris di bawah jagaan istana dari kepulauan tanah seberang semenanjung.
Ketandaan bulatan dan tanda garis bujur itu melambangkan kedaulatan dan kuasa raja yang tidak boleh ditentang. Ketandaan bulatan dibahagian tepi matanya melambangkan di bawah kawalan rakyat menjaga keamanan.
Ketinggian mutunya amat tinggi.Hulunya berukir seekor naga dan sampirnya serta batang serunainya berukir halus dengan bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuhan hutan.
