SHAH ALAM - Seorang saksi memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi, semalam bahawa beliau pernah nampak dua ahli perniagaan yang dilaporkan hilang dua tahun lalu, Shafiq Davendram Abdullah dan Muthuraja Allalkathan di rumah bekas majikannya, N Pathmanabhan.
Pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hamidah Karnax, 19, berkata demikian ketika diminta Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani membuat pengecaman terhadap dua keping gambar yang mana masing-masing merupakan gambar Shafiq dan Muthuraja.
“Kamu cam dua keping gambar ini,” soal Idham.
“Ya saya cam,” jawab Siti Hamidah.
“Bagaimana kamu boleh cam mereka,” soal Idham.
“Sebab saya pernah nampak mereka di rumah Pathmanabhan,” jawab saksi ke-33 pendakwaan itu yang dipanggil semula ke mahkamah untuk pengecaman gambar.
Sebelum ini dalam keterangannya di mahkamah, isteri Shafiq, Samson Nahar Mohamed Dali mengesahkan bahawa ahli perniagaan itu tidak pulang ke rumah mereka di Sungai Petani, Kedah, selepas pergi ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dengan seorang peguam dikenali sebagai Datuk Pathma pada April 2010.

Isteri kedua Muthuraja, S Usharani, dalam keterangannya sebelum ini juga mengesahkan ahli perniagaan itu tidak pernah pulang semula ke India selepas ke Malaysia untuk berjumpa Pathmanabhan pada Januari 2010.
Ketika diminta peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan untuk membuat pengecaman terhadap empat keping gambar lain termasuk gambar Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, Siti Hamidah berkata, beliau tidak mengecam empat individu dalam gambar berkenaan.
“Kamu hanya cam gambar dua individu ini (Muthuraja dan Shafiq),” soal Manjeet dan saksi itu menjawab: “Ya”.
Ketika memberi keterangan 3 Ogos tahun lalu, Siti Hamidah berkata, beliau pernah melihat api besar di ladang yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sebanyak lima kali termasuk semasa lelaki bernama Raja dari India datang ke ladang itu.
Beliau dalam keterangannya juga pernah melihat pembakaran sedemikian semasa kawan baik Pathmanabhan bernama Shafik datang ke ladang yang sama.
Saksi ke-103 pendakwaan, penolong pegawai tadbir Unit Rekod, Bahagian Pendaftaran Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur Ahmad Humazi Awang pula mengesahkan Pathmanabhan merupakan pemilik berdaftar ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax bernombor pendaftaran WSF 8707.

Ahmad Humazi yang merujuk kepada rekod kenderaan yang dilesenkan juga berkata, kereta berkenaan dibeli pada 9 Disember 2009.
Kenderaan itu antara eksibit dirampas dari ladang berkenaan oleh polis dan Siti Hamidah dalam keterangannya sebelum ini juga berkata, telah melihat tertuduh keempat, Kathavarayan memasukkan parang dan pisau ke tempat duduk belakang kereta itu pada 30 Ogos 2010.

Turut memberi keterangan dalam prosiding hari ini ialah bekas isteri Kamaruddin, Noor Fazilah Ab Sani yang mengesahkan bahawa beliau dan Kamaruddin bercerai pada 24 Mac 2006.
Sementara itu, percubaan pihak pendakwaan mengemukakan rekod prosiding rayuan dan semakan dua saksi pendakwaan, U Suresh dan K Sarawanan kepada mahkamah dibantah pihak pembelaan.
Bantahan dibuat ketika saksi ke-105 pendakwaan, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Norhayati Mohamad Yunus diminta mengemukakan rekod prosiding rayuan dan semakan Suresh serta Sarawanan yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan esok untuk membuat keputusan. - Bernama