Presiden Syiria mungkir janji?
30 Mac 2012
DAMSYIK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mendakwa
Presiden Syria, Bashar al-Assad telah memungkiri janji kerana gagal
untuk menghormati pelan damai yang dikemukakan wakil PBB dan Liga Arab
berikutan tindakan tentera rejim yang berterusan menyerang kubu
pemberontak di negara itu.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia di Syria, sekurang-kurangnya 21 terbunuh selepas tentera rejim Assad bersama kereta kebal menyerang beberapa bandar utama termasuk Qalaat al-Madiq yang menjadi kubu kuat pemberontak.
Dalam satu kenyataan, ketua hak asasi manusia PBB, Navi Pillay berkata, mereka kini mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa Assad atas tindakan keganasannya terhadap penduduk di negara tersebut.
“Dia akan dibicarakan atas kekejamannya dan bukan kerana kegagalan untuk menamatkan konflik yang semakin meruncing di Syria. Assad sebenarnya boleh mengeluarkan perintah untuk menghentikan pembunuhan mengikut pelan damai yang telah dipersetujui bersama Kofi Annan tetapi dia gagal untuk melaksanakannya,” menurutnya lagi.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi menyatakan kerajaan enggan bekerjasama dan mematuhi inisiatif yang dikemukakan oleh Sidang Kemuncak Liga Arab di Baghdad, kelmarin selepas keanggotaannya digantung pada November lalu.
Sehingga kini, kira-kira 9,000 orang dilaporkan terkorban sejak negara tersebut mula bergolak sejak setahun lalu.