MUZIUM ADAT-ISTIADAT
Muzium
Adat Istiadat terletak di Dataran Alor Gajah, bersebelahan
Tugu Keris Majlis Daerah Alor Gajah, kira-kira 25 km dari
Bandar Melaka. Senibina tradisional Rumah Melayu adalah identiti
utama muzium ini.
Fokus
utama muzium merangkumi sejarah awal Daerah Alor Gajah termasuk
gambar tokoh-tokoh daerah dan adat-istiadat perkahwinan dengan
penekanan kepada Melayu Serantau. Bahan pameran termasuk pelamin,
alat perhiasan diri, porselin dan peralatan adat istiadat.
Antara
objektifnya adalah:
- Untuk mengetengahkan pelbagai perkara mengenai adat istiadat khususnya adat perkahwinan agar tidak hilang ditelan zaman
- Untuk mempamerkan adat resam serta budaya masyarakat berbilang kaum yang ada di Melaka.