Bangunan
Dewan Undangan Negeri Melaka ini telah disempurnakan perletakan
batu asasnya oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malek bin
Yusof S.M.N, D.M.K., Gabenor Negeri Melaka pada 31 Ogos 1961.
Ia merupakan tempat persidangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Melaka dan Pembentangan Belanjawan Negeri. Persidangan Dewan
Undangan Negeri dipengerusikan oleh seorang Speaker yang dipilih
daripada kalangan Ahli-ahli Dewan sendiri. Bagi Ahli-ahli Dewan,
mereka dipilih melalui pilihanraya dan akan menganggotai Dewan
selama lima tahun (kecuali Dewan Undangan Negeri dibubarkan).
Ahli-ahli Dewan juga dibataskan kepada mereka yang berumur 21
tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Melaka.
Pada
bulan Februari 2000, Dewan Undangan Negeri ini tidak lagi digunakan
setelah kerajaan membina sebuah bangunan yang memusatkan urusan
dan pengurusan pentadbiran di Ayer Keroh termasuk Dewan Undangan
Negeri.
Kini,
bangunan ini telah dijadikan Muzium Pemerintahan Demokrasi yang
mempamerkan maklumat pemerintahan termasuk amalan demokrasi
di Malaysia. Ia turut memaparkan susur galur mengenai sejarah
awal Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehingga kepada kejayaan-kejayaan
cemerlang yang dikecapi oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya.
Dengan
wujudnya muzium ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman
tentang bentuk pemerintahan yang dilaksanakan di Malaysia dan
sistem kenegaraannya.
Antara objektifnya adalah :
- Untuk merekodkan satu perkembangan dan pentadbiran sistem pemerintahan negara Malaysia yang berpaksikan sistem pemerintahan dunia .
- Untuk memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat dan warganegara Malaysia terhadap sistem pentadbiran negara.
- Untuk mendidik generasi muda dengan satu aturcara kehidupan bernegara yang tersusun dan terbaik yang pernah dilahirkan oleh peradaban bangsa dan dunia.
- Untuk memperlihat bagaimana Islam sebagai satu sistem budaya hidup dan akhirat masyarakat Melayu yang telah membina empayar dan kerajaan serta bekerjasama membina Malaysia seperti tuntutan Islam yang sentiasa galakkan perdamaian, persahabatan, kemakmuran dan ketaatan kepada pencipta yang terkandung dalam Rukun Negara.
- Untuk menjadi tema rujukan pencapaian negara kepada dunia terhadap kestabilan politik, ekonomi dan sosial Malaysia yang terhasil daripada ketelitian para pemimpin dan rakyat Malaysia mengendalikan sistem pemerintahan negara.
DEWASA
|
KANAK-KANAK
/PELAJAR
|
WAKTU OPERASI
|
Tiket masuk sama dengan tiket Muzium Sejarah & Ethnografi dan Muzium Tuan Yang Terutama |
9.00 pagi - 5.30 petang
(Dibuka pada setiap h |