Muzium
Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina
pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun
1994.
Muzium
Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai
Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran
34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus
utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan
Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan
politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya
kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran
di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman
kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis,
Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu.
Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak
berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
Antara
objektifnya adalah:
Untuk menggambarkan tentang peranan Melaka sebagai pusat perdagangan masa lampau dan perkembangan kegiatan maritim semenjak Tanah Melayu ditemui dan kemajuannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris.