MUZIUM SEJARAH DAN ETHNOGRAFI
Muzium
Sejarah dan Ethnografi terletak di Bangunan Stadthuys, lokasinya
di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, Melaka. Di hadapan
bangunan ini yang lebih dikenali sebagai 'Dataran Belanda' terdapat
Pancutan Air Victoria dan Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina
pada tahun 1886. Muzium Sejarah terletak di aras dua dan Muzium
Ethnografi di aras satu Bangunan Stadthuys.
Muzium
Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat
tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina,
India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Gambaran berhubung
adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang
digunakan, alat muzik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian
yang diusahakan adalah fokus utama muzium ini.Turut dipamerkan
adalah koleksi porselin zaman berzaman, pelbagai jenis senjata,
matawang dari dalam dan luar negara serta pelbagai lagi koleksi
semasa pendudukan Belanda di Melaka.
Muzium
Sejarah bertempat di aras satu pula memperagakan sejarah
Melaka yang menjadi tonggak kepada sejarah Malaysia hari ini
bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis, Belanda,
Inggeris, Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan
lukisan dan artifak sejarah yang ada, maka para pengunjung akan
dapat menghayati keunggulan Melaka dari awal penubuhan, kecemerlangan
dinikmati, perjuangan menuntut kemerdekaan dan erti kemodenan
yang ada.
Antara
objektifnya adalah:
Muzium
Sejarah - Untuk mempamerkan sejarah Melaka bermula dari tahun
1400 semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis,
Belanda, Inggeris dan peperangan dunia kedua sehingga kemerdekaan
dicapai pada tahun 1957.
Muzium
Ethnografi - Untuk mempamerkan cara hidup, budaya dan adat resam
masyarakat berbilang kaum di Melaka seperti Kaum Melayu, Cina,
India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.
DEWASA
|
KANAK-KANAK
/PELAJAR
|
WAKTU OPERASI
|
RM5.00
|
RM2.00
|
9.00 pagi - 5.30 petang
(Dibuka pada setiap hari) |