CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.com
keris,malay
dagger,handycraft
2012/04/25
MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan memberi tumpuan terhadap subsektor
pelancongan budaya dan sejarah yang berpotensi menarik lebih ramai
pelancong ke negeri ini, kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali
Rustam.
Beliau berkata, pihaknya akan memperbanyakkan kawasan pelancongan yang berunsur kebudayaan dan warisan rakyat Melaka bagi menarik pelancong khususnya dari luar negara memandangkan jumlah pelancong bagi subsektor itu kini dilihat semakin meningkat.
Beliau berkata, pihaknya juga akan meningkatkan seminar dan program berkaitan kebudayaan dan sejarah Melaka sebagai ruang perbincangan dan pertukaran idea untuk memajukan subsektor itu.
Sementara itu, Mohd Ali berkata, penganjuran seminar Keris Taming Sari itu relevan memandangkan keris milik Hang Tuah itu melambangkan kekuatan serta jati diri masyarakat Melayu.
Beliau berkata, berdasarkan fakta sejarah, kerajaan negeri Melaka turut membina Menara Taming Sari setinggi 110 meter sebagai memperingati kehebatan keris itu selain menjadi antara produk pelancongan Melaka.
Katanya, menara berkenaan berjaya menarik 650,000 pelancong dengan jumlah pendapatan RM6.5 juta pada tahun lalu. - BERNAMA