Pelancongan |
Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah
sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan
warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk
dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.
Slogan Melaka iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia
secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan
kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini
meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang
terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah
diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini
dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka
yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya,
Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah,
Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan,
Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah
Keduaku dan Pelancongan Belia.
|