VIRUS CINTA BERBAHAYA
Topik ini memang seperti tidak ada penghujungnya, meskipun
beribu buih di mulut yang menghuraikannya, masih tidak akan habis
persoalan yang ditimbulkan.. MELAINKAN.. seluruh jiwa dan raga kita
diserahkan kepada Yang Memiliki Hati iaitu Allah swt.
Sabda Rasulullah saw:
“Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan
difakihkannya dengan agama, di zuhudkannya dengan dunia dan
diperlihatkan kesalahan kesalahannya”
(Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)
Bukan Allah tidak tahu yang hatimu sering memikirkan si dia, sering
merindukan kehadirannya, bayangannya juga sering singgah di minda mu,
kenapa ini semua terjadi?
Kerana ianya FITRAH. Setiap fitrah ada peraturannya.
Kenapa ada peraturan pula?
Supaya fitrah ini tersalur secara mulia dan diredhai Nya.
~~~~
Sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa
menyerukan kepada kesesatan dan kehancuran, yang sentiasa membaluti
kemungkaran dengan kebajikan untuk mengaburi mata sekalian manusia
kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa
aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat)
di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali
hambahamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.
(Al Hijr 15:39-40)
" dah tu, macam mana kita nak elak supaya CINTA ni tidak menyebabkan berlakunya zina? "
Tundukkanlah pandangan matamu duhai teman, kerana segalanya bermula dengan mata kemudian turun ke hati.
” Katakanlah kepada orang laki laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat”.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.. .”
(An Nuur 24:30-31)
Berjayanya engkau menundukkan pandangan matamu, berjaya jugalah engkau
menundukkan hawa nafsumu. Sekali engkau berjaya melakukannya, selamanya
engkau akan terasa puas, kerana.. engkau MENANG terhadap bisikan dan
hasutan syaitan durjana. Engkau telah menang dalam Mujahadah Nafsumu.
Kerana setiap pandangan yang tidak terjaga itu merupakan lemparan
panahan syaitan terhadapmu.