Keris 13 - Keris Sundang Pendek



Keris Sundang Pendek berlok 9 berpamor mayang mengurai. Lok keris ini disebut lok ular mematuk dan ganjanya seiras, hulunya ada kelainan bentuknya daripada hulu keris yang lain kerana ia seperti kepala burung yang menunduk kebawah, mata bilahnya agak lebar seperti Sundang. 

Disampirnya berukir bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang amat halus dan indah.